Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Wednesday, June 29, 2016

DENDENG DAGING RUSA

Assalammualaikum...24 Ramadhan 1437H

Tak lama lg dah nak raya . Persiapan korang mesti dah siap kan? walaupun korang tak tanya tetap aku nak gtau aku dah siap beli baju. meredah jalan TAR semalam..gigih...hahahaaa. 

Minggu lepas ada kawan laki aku jual daging rusa sekilo RM 28.00. kami pon rembat la sekilo. support kawan meniaga kekdahnya. rusa ni  org bela di Johor. memang ternak dan bela untuk buat meniaga. nak makan rusa liar pergilah memburu yer.  kalau ada org jual pon mesti mahal. mampu tgk je la.

Ni first time gak la aku masak sendiri daging rusa. search internet ramai yang buat masak kicap je. laki aku tak nak. dia kata masak kicap biasa sangat...ewahhh...dia suruh buat dendeng. amboi dia main order ingat bini dia chef gamaknya. aku kata boleh nak masak dendeng tapi sila tumbuk daging tersebut. bab tu aku paling tak suka. leceh. nak makan sedap kan. so kene tolong..itu namanya toleransi bukan mendera suami :-)

Daging rusa ni aku perasan sedikit hanyir dari daging lembu. harga sekilo lebih kurang je. aku basuh dan rendam dengan limau sekejap kasi hilang hanyir tu. Tekstur pun lain sikit dari daging lembu. tapi tekak aku ok je boleh telan =).

Jom tgk resepi dendeng daging rusa cara aku.


BAHAN-BAHAN

Daging rusa 1/2 kg

bahan A (hiris) :
bawang merah (besar) - 2biji 
halia -  2 inci
bawang putih - 4 ulas

bahan B (blend) :
bawang besar - 1 biji
halia - 2 inci
serai - 1 batang
bawang putih 3 ulas
buah keras - 1 biji
cili kering - 5-6 batang

bahan C :
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih

bahan lain:
air asam jawa
kicap manis
kicap masin
bawang goreng



CARA MEMASAK

1. Rebus daging rusa tu sampai empuk. aku potong size besar. lepas agak empuk angkat dan tos. Agak sejuk sikit kita hiris. hiris lebar tapi nipis. paham tak?

2. Lepas tu tumbuk daging yang dah dihiris nipis tu SATU PERSATU. bab ni  yang aku cakap agak leceh. aku tak suka bab ni. hahahaa...suruh laki korang tumbuk. jangan tahu nak ngappp je..

3. dah setel tumbuk semua goreng sekejap daging tu tapi jgn sampai garing sangat. goreng manja2 gituu.. setel satu bab. ketepikan dulu.

4. Kita menumis pulak. pakai je lebihan minyak goreng daging tadi. tak cukup minyak tambah la. tampor kang yg tu pun nak kene ajar. heheehe

5. Tumis bahan C. kemudian masukkan bahan A. Goreng bahan A sampai kekuningan. Resepi aku ni mmg pakai banyak bawang besar. korang nak kurangkan terpulang tapi kalau tak sedap mcm aku punya dendeng pergi cermin diri sendiri.heheehe jgn derhaka resepi. dah expert nanti baru boleh derhaka. gitttuuu...

6. Agak bahan A dah kekuningan dan semebak wangi sampai rumah jiran sebelah masukkan plak bahan B yang dah di blend. Bab ni korang kene tumis sampai pecah minyak. aku mmg pantang kalau org masak cili tak pecah minyak. perut aku sangat alllergic boleh bikin cirit woi...

7. Dah pecah minyak masukkan bahan lain kecuali bawang goreng. rasa dah cukup umpph semua baru masuk daging dan bawang goreng. apa yang kurang adjust sendiri. terpulang nak kuah kering ke basah ke lembap ke. tekak korang kan.

8. Siappppp... boleh la dihidang bersama nasi panas untuk menambat hati suami tercinta. pahala besar masak untuk suami puasa2 ni.gituuu




Ok terliur -______- 

P/S : Korang boleh ganti dengan daging lembu kalau tak makan daging rusa. pon bolehhh. Dendeng ni tahan lama .kalau korang masak lebih boleh simpan dalam peti. buat makan sahur. dah la jimat suami pun bangga dengan korang.. so raya boleh claim baju patploh pasang. = )


Selamat mencuba...Tataaa...




Thursday, May 5, 2016

RESEPI : LAKSA UTARA


Assalammualaikum...

Walaupun aku lahir dan membesar di Pahang tapi aku mix utara (Mak-Perak, Ayah-Kedah). kira mix juga kan. hehehe. sebab tu tak hairan aku sukaaa laksa utara  daripada laksa pahang. rasanya sepanjang aku hidup ni baru 2 kali kot aku makan laksa pahang @ laksa gebok. tak silap aku laksa pahang ni diorg masukkan rempah sikit dan santan. aku pernah makan je buat  tak pernah.

So harini saja nak share cara buat laksa utara cara aku . setiap org ada cara masing2 kan so jangan gaduh2. Sukatan ni aku buat makan untuk 2 bungkus laksa basah.

BAHAN-BAHAN :

Ikan selayang (sardin) + Ikan kembung kecil 12 ekor
Laksa basah 2 bungkus
Cili kering blend 3 senduk - nak pedas tambah lagi
Bawang merah besar blend - 2 senduk
Asam keping
Daun kesum - 1 ikat
Bunga kantan - 2 batang
Garam
Gula



 AKSESORI LAKSA:

Timun
Bawang
Telur - rebus
Daun salom/salad
Lada kecil




1. Ikan disiang bersih. masukkan ikan dalam periuk bersama air, asam keping dan garam. Rebus sampai ikan tu masak. Sekejap je dalam 10 minit.


2. Ni rupa kejadian ikan yang direbus tadi. tapis mereka semua untuk tos air. Air rebusan tu jangan gatai p buang pulak. Kita nak guna sat lagi untuk buat kuah laksa. air tu yang penyedap kuah nanti.


3. Sementara tunggu ikan tu sejuk kita blender la bawang merah besar. setengah orang blender sekali dengan cili kering tapi aku tak.  blender asing2. tok guru aku ajar macam tu so jangan nak derhaka resepi. dah expert nanti baru boleh derhaka. :)


4. Masak bawang merah blender tu dalam periuk tapi jangan tumis. Masak tanpa minyak sampai air bawang tu kering. Bawang ni kalau  tak masak sampai air kering nanti kuah laksa tak sedap dan cepat rosak.



5. Lepas masak bawang merah tadi sampai kering air, masukkan cili kering blender. pun sama masak cili tu sampai kering air bukan sampai hangit ok. jaga api dan sesekali kacau2 la.


6. Part mengopek ikan ni paling bercinta sekali. buat ramai2 sekejap je la. nak makan sedap punya pasal buat je la. aku asingkan isi dgn tulang ikan. seekor demi seekor huhuhu. tulang ikan jangan gatai p buang. nanti ada gunanya.

7. Isi ikan yang diasingkan tadi kita blend. Isi ikan sahaja dulu.  Lepas tu blend tulang ikan. Kemudian tapis untuk ambil airnya sahaja.


8. Agak2 cili dan bawang kita dah kering air masukkan la ikan yang kita blend tadi. kalau pekat sangat tambah air. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, asam keping, garam dan gula.

9. Laksa basah tu aku celur je bila air dah mendidih. Kemudian tos air.  Siappp



Sesetengah laksa nampak berminyak sebab depa tumis cili n bawang pakai sedikit minyak. Dengan cara aku ni pun Insyaalah cili kering tu akan masak dan tak akan sakit perut. Berzaman dah aku pakai resepi ni. kalau korang tak nak guna bawang dalam kuah ponnnn boleh takde hal. masing2 punya cara kan. 

Ada juga orang masukkan ikan sardin tin dalam kuah. ponnn boleh. tapi kalau pakai ikan fresh ni lagi sedap n manis kuah kita. manis ikan.

So itu sajalah cara aku buat laksa utara dari dulu sampai la ni. xpernah berubah. Harap korang boleh mencuba. kalau sedap alhamdulilah =)

Laksa ni sedap kalau kita buat kuah dia sehari awal. lagi rasa umphh. tapi aku lepas siap terus makan sampai puas. tak makan nasi pun takpa dah..heheehe



Ikhlas,
Peminat fanatik laksa utara


Thursday, November 12, 2015

PROJEK MEMIKAT PERUT SUAMI

tu dia projek memikat suami sangattt....jaga laki aku ni nak kata senang x juga...ada time angin cerewet dia datang uishhh kecik beso kecik beso aku pandang dia...pandang je la...nak melawan kang jatuh derhaka pulak...tp kadang2 mulut ni mmg melawan gak...kadang2 ke??bkn selalu??hahahahaa....susah pon xsusah mana la nak jaga.... biasa la laki bini xsependapat, gaduh2 kan...sedangkan lidah lagi tergigit...ewahhh cakpongcakpong...

org tua2 kata perut suami antara part yg kita kena jaga...yang lain2 tu korang paham2 la ye...ngehngehngeh...hmmm tapi banyak je kes yg bini jaga pakai makan tapi laki buat hal yadayadayadayadayada (bebel kuasa 5)....lantokk... aku mls nak bincang kat sini...hahahaha...p blog lain kalau nak kupas isu tu...=) 

semalam balik awal dari ofis sebab nak p klinik cucuk Luqman 6 bulan...balik dr klinik tu singgah kedai runcit sat p beli keoteow, daun sup n daun bawang...pk punya pk nak masak apa utk makan malam...zasss terlintas keoteow sup daging...pebret laki aku...daging dah turunkan dari tempat beku dah awal2 sebelum p kerja...

sampai umah terus buat sup daging nak lawan dengan keoteow...campak2 semua barang...sup siapppp.....tetiba entah mcm mana dtg idea nak buat bergedil plak...semua barang dah ada....kali ni aku nak buat bergedil konsep dia nak makan puas2 biar sampai muntah bergedil...hahahaaha....

dah lama sebenarnya laki aku teringin/mengidam nak makan bergedil ni tapi aku buat pekak je...malas ....p beli je la bang oii setakat seketoi dua....dia kalau dah start mengidam kemain kalah org ngandung 8 bulan...eh dia ngandung gak la..tapi lemak je la dalam perut tu...babhabhabhabha....ampun bang terkutuk laki sendiri pulak...=)


nak buat bergedil bagi aku xsusah.... bahan pon xleceh sgt la...kalau nak makan sekampung mmg leceh la...ni aku buat utk makan laki bini kami je...dapat la 12 ketol...jom aku nak share resepi bergedil cara aku...

BAHAN-BAHAN :

kentang- 5biji
daging ayam kisar-200g
daun bawang
daun sup
serbuk lada putih/sulah
bawang goreng
telur 1 biji
garam


CARA MEMASAK :



1. potong kentang saiz wedges...potong nipis sebab senang masak... nak lecek pon senang nanti...lepas potong korang goreng keperangan..

2. goreng bawang utk dijadikan bawang goreng...nak pakai bawang goreng yg jual tu pon boleh tapi kali ni aku buat sendiri je bawang goreng...

3. daun sup n daun bawang hiris halus.

 4. dalam satu bekas, masukkan kentang dan lenyek bg hancur...lenyek ke lecek??confius..

5. kemudian dalam bekas yg sama masukkan daging ayam kisar, bawang goreng, daun bawang, daun sup, garam, serbuk lada putih n garam. kacau sebati...



 aku pakai ayam kisar ni..pakai sekeping je-200g





6. bulat dan penyekkan bancuhan bergedil tadi..sebelum bulatkan bergedil sapu tangan dgn minyak skit...petua xnak bancuhan td melekat di tangan...



7. dalam bekas lain, pecah kan telur. telur ni utk kita celup bergedil sebelum digoreng...tujuan lain xnak bagi bergedil pecah semasa digoreng..gituuu...


8. goreng bergedil api jgn kuat sgt...pelan2 kayuh...heheehee...dah agak perang angkat terus...goreng sekejap je...paham dok??

taraaaa.....hasilnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


bergedil cinta syg muahmuah nama diberi...hahahaaa


nak lagi power makan ngan keoteow sup daging....sengih2 laki anda nanti....hahahahaa...

tamat sudah projek memikat perut suami ...cara anda bagaimana pula?? hahahaha soklan aku cam mintak lempang x??

ok tu je nak bebel

 tata.......

Tuesday, November 3, 2015

RESEPI TOMYAM PUTIH

ni aku masak sabtu ke ahad lepas lupa dah...al kisahnya tercipta resepi aku ni kesan daripada makan di sebuah kedai thailand...kat kedai tu aku order bihun tomyam putih...sekali sampai order aku nampak mcm bodo2 je ...sekali suap...perggghhh sedapnya kuah dia...cukup rasa...aku mmg suka tomyam sebab masam2 pedas...aku pon xtau apa yg aku xsuka kalau bab makan...hahahahaa...

so laki aku sebagai pengkritik masakan aku telah menyuruh dan paksa aku masak tomyam putih tapiiiii bersyarat iaitu jangan pakai pes instant tu....nak sebijik rasa mcm kedai thailand itu...aku offer nak belanja dia makan tomyam putih kat kedai berkenaan tetapi beliau menolak...ohh no ayat aku xcukup manis katanya lantas terpaksa aku memasak sendiri.....mana aku reti...so google resepi cari idea...last2 aku buat resepi sendiri je....rasa??of coz sedap tu ghairah nak share resepi dengan korang ni...sedap pada tekak laki aku dah kira aku hebat sangat...hahaahahaaa....

yang bestnya juga resepi ni sesuai untuk org diet sebab xde tumis2 dan semua pakai lebur n didih je...jom kita tgk resepi aku...aku lemah bab sukatan2 ni sebab aku pakai agak2 je...hmmm pandai2 la korang adjust yer...



BAHAN-BAHAN :


GROUP A
lengkuas-seketul besar, hiris or ketuk 
serai-6-7 batang, ketuk
bawang putih-3 ulas, ketuk
bawang holland- 1biji potong tebal


GROUP B
ayam
daging-batang pinang
udang
sotong


GROUP C
6-7 biji limau nipis-perah ambik air sahaja
cili padi-6biji,ketuk
carrot
batang saderi
cendawan
kobis bunga
fish ball
baby jagung
daun limau purut
gula
garam
sos ikan


CARA MEMASAK :

1. jerang air kasi mendidih dulu. rebus bahan group A...rebus agak 5-10 minit...

2. masuk pulak bahan group B.

3. masuk pulak bahan group C.

4. perasakan gula n garam.

5. xcukup masam tambah lagi perahan air limau...xcukup masin tambah garam...pandai2 adjust ikut tekak korang...


 watak utama dalam masakan ni adalah serai n  air limau...serai tu mmg kene letak banyak..senang gila kot resepi ni...sayur ikut suka la nak bubuh sayur apa2 pon...kita yang masak dia kan...gituuuu...


so ini hasil yang aku buat.........








tara....






ok selamat mencuba !!


tataaaa...........

Friday, October 16, 2015

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

nak share resepi lagi boleh? xhabis2 bab makan n masak kan...heheheehe...aku bukan pakar sgt bab masak memasak ni tapi aku suka memasak terutamanya lauk2 kampung ni...lagi satu niat aku saje je nak share kot2 ada yg teringin nak cuba...yang pasti resepi aku semua simple2 n senang je....kali ni nak share resepi masak lemak cili api plak...hari tu kan laki aku p mancing dapat ikan tenggiri, so dia suh aku masak lebih sikit utk dia bawak p ofis...baik kanda... dinda menurut perintah...=) jom tgk resepi cara aku la ye...


BAHAN-BAHAN :

12 ketul ikan tenggiri
2 kotak kecil santan -pakai fresh santan lg power
10 biji cili padi -nak berapi mulut tambah lagi
seketul besar kunyit hidup
sehelai daun kunyit
2 btg serai
 asam keping
garam n gula




ikan tenggiri



santan aku pakai brand ni



 CARA MEMASAK :

1. Kisar kunyit hidup, cili padi n air. air jgn banyak sangat

2. masuk hasil kisar tadi dalam periuk n didihkan sekejap...masak ni xperlu tumis bagai...kasi lebur je..

3. masuk santan, serai yg diketuk, asam keping n daun kunyit...api jgn kuat nanti kuah pecah minyak xsedap..didihkan sekejap kuah tu kasi santan xcepat basi...

4. masuk ikan n perasakan garam n gula..siappppppppp


*** masak lemak aku mmg xpakai lgsg bawang...letak bawang aku rasa mcm bunuh dia punya rasa masak lemak tu...


hasilnyaaaa......taraaa......


tinggal 2 ketul kat rumah...yg lain laki aku dah angkut p ofis...


senang kan resepi aku? selamat mencuba...


tata....

Thursday, October 15, 2015

RESEPI SAMBAL SOTONG

ni lauk aku masak mggu lps.mcm biasa drive balik kerja otak pon sama ligat fikir nak masak apa utk makan malam.so fikir punya fikir buat sambal sotong la senang..nasib baik sebelum p kerja pg tu dah turunkan barang basah ke bawah.xdelah balik kang masih "keras kong" barang basah aku.xkuasa aku nak tunggu merendam bagai.mau sejam dua baru boleh masak kan.

Dalam peti dah ada bawang n cili kering blend so senang keje aku..makan malam tu terjadi la sambal sotong,ikan goreng garing gila n sawi goreng.sayur wajib bagi aku.itu saja kami laki bini makan.janji kenyang alhamdulilah...ni resepi sambal sotong cara aku la.kot2 korang leh cuba kan....



sambal sotong


ikan goreng garing

sawi goreng


BAHAN-BAHAN :

sotong
minyak zaitun
cili kering blend
bawang merah
lengkuas@halia@serai
asam keping
gula 
garam


CARA MEMASAK :

1. panaskan minyak zaitun.masukkan bawang merah dan cili kering.masak sampai pecah minyak.
2. masuk lengkuas.lengkuas ni aku ketuk2 je n campak dalam kuali.nak pakai halia or serai pon boleh.sukahati korang.
3. dah pecah minyak cili tu aku masukkan sotong,asam keping, gula n garam.cukup masam masin n manis siappp

senang kan??


**TIPS :

1. aku mmg xmasukkan air lgsg dalam sambal ni sebab sotong kan berair.taruk air nanti sambal korang jadi cair sangat.aku xsuka.
2. aku kalau masak sambal mmg guna bawang merah sahaja xcampur lgsg dengan bawang putih ye puan2.sambal bilis pon gitu.
3. jgn tanya sukatan bawang ka,cili ka, aku xtau hahahaha aku masak semua jenis agak2 je.

selamat mencuba...

tata....

Monday, October 5, 2015

KEOW TEOW GORENG

masak keow teow goreng pon nak masuk blog ka.ah lantak sebab senang aku nak rujuk ka nanti.kot2 plak ada resepi lain ka yg readers bleh share ngan aku sapa tau kan.keow teow ni aku goreng lps lik keje.aku dl xsuka sgt keow teow lagi prefer mi or mihun.tatapiii sebab laki den pencinta keow teow no 1 so marilah masak keow teow goreng.ni resepi keow teow goreng versi aku la.yg penting laki den cakap sedap! ok sila keji sebab aku  puji diri sendiri hahahahaa...aku masak ikut bahan yg ada dalam peti je.yg penting sayur mesti banyak sebab aku la pengutip sayur paling terkenal kat umah tu.i loveeee sayurrrr xkisah sayur pe.heheehee bgs kan aku?lagi sekali puji diri sendiri.matiklah.ok jom tgk resepi aku ni.


BAHAN-BAHAN:

keowteow sepeket
minyak zaitun
ayam (potong kecil),sotong n udang
2-3 sudu besar cili blender
bawang putih
kicap manis,kicap pekat n kicap soya
garam n gula
sawi,kobis,tauge,lada besar,daun bawang


CARA MEMASAK:

1. panaskan minyak zaitun.masukkan ayam n udang.aku masak jap (half cook) ayam,sotong n udang utk hilangkan hanyir.
2. pakai minyak n kuali yg sama.masuk bawang putih,cili blend.masak sampai pecah minyak.agak2 dah masak cili tu masukkan ayam,sotong n udang td.
3. masukkan kicap manis,kicap soya,kicap pekat,garam n gula.garam agak2 la jgn banyak sangat sebab kicap soya dah masin kan.pandai2 la korang adjust ye.
4. masukkan keow teow n semua sayur mayur tersebut.
5. kacau2 sebati n rasa semua cukup dah pun siap.senang sgt n cepat


hasilnyaa.......




taraaaa......



senang kan? selamat mencuba!!


tata...