Thursday, May 5, 2016

RESEPI : LAKSA UTARA


Assalammualaikum...

Walaupun aku lahir dan membesar di Pahang tapi aku mix utara (Mak-Perak, Ayah-Kedah). kira mix juga kan. hehehe. sebab tu tak hairan aku sukaaa laksa utara  daripada laksa pahang. rasanya sepanjang aku hidup ni baru 2 kali kot aku makan laksa pahang @ laksa gebok. tak silap aku laksa pahang ni diorg masukkan rempah sikit dan santan. aku pernah makan je buat  tak pernah.

So harini saja nak share cara buat laksa utara cara aku . setiap org ada cara masing2 kan so jangan gaduh2. Sukatan ni aku buat makan untuk 2 bungkus laksa basah.

BAHAN-BAHAN :

Ikan selayang (sardin) + Ikan kembung kecil 12 ekor
Laksa basah 2 bungkus
Cili kering blend 3 senduk - nak pedas tambah lagi
Bawang merah besar blend - 2 senduk
Asam keping
Daun kesum - 1 ikat
Bunga kantan - 2 batang
Garam
Gula



 AKSESORI LAKSA:

Timun
Bawang
Telur - rebus
Daun salom/salad
Lada kecil




1. Ikan disiang bersih. masukkan ikan dalam periuk bersama air, asam keping dan garam. Rebus sampai ikan tu masak. Sekejap je dalam 10 minit.


2. Ni rupa kejadian ikan yang direbus tadi. tapis mereka semua untuk tos air. Air rebusan tu jangan gatai p buang pulak. Kita nak guna sat lagi untuk buat kuah laksa. air tu yang penyedap kuah nanti.


3. Sementara tunggu ikan tu sejuk kita blender la bawang merah besar. setengah orang blender sekali dengan cili kering tapi aku tak.  blender asing2. tok guru aku ajar macam tu so jangan nak derhaka resepi. dah expert nanti baru boleh derhaka. :)


4. Masak bawang merah blender tu dalam periuk tapi jangan tumis. Masak tanpa minyak sampai air bawang tu kering. Bawang ni kalau  tak masak sampai air kering nanti kuah laksa tak sedap dan cepat rosak.



5. Lepas masak bawang merah tadi sampai kering air, masukkan cili kering blender. pun sama masak cili tu sampai kering air bukan sampai hangit ok. jaga api dan sesekali kacau2 la.


6. Part mengopek ikan ni paling bercinta sekali. buat ramai2 sekejap je la. nak makan sedap punya pasal buat je la. aku asingkan isi dgn tulang ikan. seekor demi seekor huhuhu. tulang ikan jangan gatai p buang. nanti ada gunanya.

7. Isi ikan yang diasingkan tadi kita blend. Isi ikan sahaja dulu.  Lepas tu blend tulang ikan. Kemudian tapis untuk ambil airnya sahaja.


8. Agak2 cili dan bawang kita dah kering air masukkan la ikan yang kita blend tadi. kalau pekat sangat tambah air. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, asam keping, garam dan gula.

9. Laksa basah tu aku celur je bila air dah mendidih. Kemudian tos air.  Siappp



Sesetengah laksa nampak berminyak sebab depa tumis cili n bawang pakai sedikit minyak. Dengan cara aku ni pun Insyaalah cili kering tu akan masak dan tak akan sakit perut. Berzaman dah aku pakai resepi ni. kalau korang tak nak guna bawang dalam kuah ponnnn boleh takde hal. masing2 punya cara kan. 

Ada juga orang masukkan ikan sardin tin dalam kuah. ponnn boleh. tapi kalau pakai ikan fresh ni lagi sedap n manis kuah kita. manis ikan.

So itu sajalah cara aku buat laksa utara dari dulu sampai la ni. xpernah berubah. Harap korang boleh mencuba. kalau sedap alhamdulilah =)

Laksa ni sedap kalau kita buat kuah dia sehari awal. lagi rasa umphh. tapi aku lepas siap terus makan sampai puas. tak makan nasi pun takpa dah..heheehe



Ikhlas,
Peminat fanatik laksa utara


No comments:

Post a Comment