Thursday, October 15, 2015

RESEPI SAMBAL SOTONG

ni lauk aku masak mggu lps.mcm biasa drive balik kerja otak pon sama ligat fikir nak masak apa utk makan malam.so fikir punya fikir buat sambal sotong la senang..nasib baik sebelum p kerja pg tu dah turunkan barang basah ke bawah.xdelah balik kang masih "keras kong" barang basah aku.xkuasa aku nak tunggu merendam bagai.mau sejam dua baru boleh masak kan.

Dalam peti dah ada bawang n cili kering blend so senang keje aku..makan malam tu terjadi la sambal sotong,ikan goreng garing gila n sawi goreng.sayur wajib bagi aku.itu saja kami laki bini makan.janji kenyang alhamdulilah...ni resepi sambal sotong cara aku la.kot2 korang leh cuba kan....



sambal sotong


ikan goreng garing

sawi goreng


BAHAN-BAHAN :

sotong
minyak zaitun
cili kering blend
bawang merah
lengkuas@halia@serai
asam keping
gula 
garam


CARA MEMASAK :

1. panaskan minyak zaitun.masukkan bawang merah dan cili kering.masak sampai pecah minyak.
2. masuk lengkuas.lengkuas ni aku ketuk2 je n campak dalam kuali.nak pakai halia or serai pon boleh.sukahati korang.
3. dah pecah minyak cili tu aku masukkan sotong,asam keping, gula n garam.cukup masam masin n manis siappp

senang kan??


**TIPS :

1. aku mmg xmasukkan air lgsg dalam sambal ni sebab sotong kan berair.taruk air nanti sambal korang jadi cair sangat.aku xsuka.
2. aku kalau masak sambal mmg guna bawang merah sahaja xcampur lgsg dengan bawang putih ye puan2.sambal bilis pon gitu.
3. jgn tanya sukatan bawang ka,cili ka, aku xtau hahahaha aku masak semua jenis agak2 je.

selamat mencuba...

tata....

No comments:

Post a Comment