Wednesday, June 29, 2016

DENDENG DAGING RUSA

Assalammualaikum...24 Ramadhan 1437H

Tak lama lg dah nak raya . Persiapan korang mesti dah siap kan? walaupun korang tak tanya tetap aku nak gtau aku dah siap beli baju. meredah jalan TAR semalam..gigih...hahahaaa. 

Minggu lepas ada kawan laki aku jual daging rusa sekilo RM 28.00. kami pon rembat la sekilo. support kawan meniaga kekdahnya. rusa ni  org bela di Johor. memang ternak dan bela untuk buat meniaga. nak makan rusa liar pergilah memburu yer.  kalau ada org jual pon mesti mahal. mampu tgk je la.

Ni first time gak la aku masak sendiri daging rusa. search internet ramai yang buat masak kicap je. laki aku tak nak. dia kata masak kicap biasa sangat...ewahhh...dia suruh buat dendeng. amboi dia main order ingat bini dia chef gamaknya. aku kata boleh nak masak dendeng tapi sila tumbuk daging tersebut. bab tu aku paling tak suka. leceh. nak makan sedap kan. so kene tolong..itu namanya toleransi bukan mendera suami :-)

Daging rusa ni aku perasan sedikit hanyir dari daging lembu. harga sekilo lebih kurang je. aku basuh dan rendam dengan limau sekejap kasi hilang hanyir tu. Tekstur pun lain sikit dari daging lembu. tapi tekak aku ok je boleh telan =).

Jom tgk resepi dendeng daging rusa cara aku.


BAHAN-BAHAN

Daging rusa 1/2 kg

bahan A (hiris) :
bawang merah (besar) - 2biji 
halia -  2 inci
bawang putih - 4 ulas

bahan B (blend) :
bawang besar - 1 biji
halia - 2 inci
serai - 1 batang
bawang putih 3 ulas
buah keras - 1 biji
cili kering - 5-6 batang

bahan C :
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih

bahan lain:
air asam jawa
kicap manis
kicap masin
bawang goreng



CARA MEMASAK

1. Rebus daging rusa tu sampai empuk. aku potong size besar. lepas agak empuk angkat dan tos. Agak sejuk sikit kita hiris. hiris lebar tapi nipis. paham tak?

2. Lepas tu tumbuk daging yang dah dihiris nipis tu SATU PERSATU. bab ni  yang aku cakap agak leceh. aku tak suka bab ni. hahahaa...suruh laki korang tumbuk. jangan tahu nak ngappp je..

3. dah setel tumbuk semua goreng sekejap daging tu tapi jgn sampai garing sangat. goreng manja2 gituu.. setel satu bab. ketepikan dulu.

4. Kita menumis pulak. pakai je lebihan minyak goreng daging tadi. tak cukup minyak tambah la. tampor kang yg tu pun nak kene ajar. heheehe

5. Tumis bahan C. kemudian masukkan bahan A. Goreng bahan A sampai kekuningan. Resepi aku ni mmg pakai banyak bawang besar. korang nak kurangkan terpulang tapi kalau tak sedap mcm aku punya dendeng pergi cermin diri sendiri.heheehe jgn derhaka resepi. dah expert nanti baru boleh derhaka. gitttuuu...

6. Agak bahan A dah kekuningan dan semebak wangi sampai rumah jiran sebelah masukkan plak bahan B yang dah di blend. Bab ni korang kene tumis sampai pecah minyak. aku mmg pantang kalau org masak cili tak pecah minyak. perut aku sangat alllergic boleh bikin cirit woi...

7. Dah pecah minyak masukkan bahan lain kecuali bawang goreng. rasa dah cukup umpph semua baru masuk daging dan bawang goreng. apa yang kurang adjust sendiri. terpulang nak kuah kering ke basah ke lembap ke. tekak korang kan.

8. Siappppp... boleh la dihidang bersama nasi panas untuk menambat hati suami tercinta. pahala besar masak untuk suami puasa2 ni.gituuu




Ok terliur -______- 

P/S : Korang boleh ganti dengan daging lembu kalau tak makan daging rusa. pon bolehhh. Dendeng ni tahan lama .kalau korang masak lebih boleh simpan dalam peti. buat makan sahur. dah la jimat suami pun bangga dengan korang.. so raya boleh claim baju patploh pasang. = )


Selamat mencuba...Tataaa...




3 comments: