ni aku masak sabtu ke ahad lepas lupa dah...al kisahnya tercipta resepi aku ni kesan daripada makan di sebuah kedai thailand...kat kedai tu aku order bihun tomyam putih...sekali sampai order aku nampak mcm bodo2 je ...sekali suap...perggghhh sedapnya kuah dia...cukup rasa...aku mmg suka tomyam sebab masam2 pedas...aku pon xtau apa yg aku xsuka kalau bab makan...hahahahaa...
so laki aku sebagai pengkritik masakan aku telah menyuruh dan paksa aku masak tomyam putih tapiiiii bersyarat iaitu jangan pakai pes instant tu....nak sebijik rasa mcm kedai thailand itu...aku offer nak belanja dia makan tomyam putih kat kedai berkenaan tetapi beliau menolak...ohh no ayat aku xcukup manis katanya lantas terpaksa aku memasak sendiri.....mana aku reti...so google resepi cari idea...last2 aku buat resepi sendiri je....rasa??of coz sedap tu ghairah nak share resepi dengan korang ni...sedap pada tekak laki aku dah kira aku hebat sangat...hahaahahaaa....
yang bestnya juga resepi ni sesuai untuk org diet sebab xde tumis2 dan semua pakai lebur n didih je...jom kita tgk resepi aku...aku lemah bab sukatan2 ni sebab aku pakai agak2 je...hmmm pandai2 la korang adjust yer...
BAHAN-BAHAN :
GROUP A
lengkuas-seketul besar, hiris or ketuk
serai-6-7 batang, ketuk
bawang putih-3 ulas, ketuk
bawang holland- 1biji potong tebal
GROUP B
ayam
daging-batang pinang
udang
sotong
GROUP C
6-7 biji limau nipis-perah ambik air sahaja
cili padi-6biji,ketuk
carrot
batang saderi
cendawan
kobis bunga
fish ball
baby jagung
daun limau purut
gula
garam
sos ikan
CARA MEMASAK :
1. jerang air kasi mendidih dulu. rebus bahan group A...rebus agak 5-10 minit...
2. masuk pulak bahan group B.
3. masuk pulak bahan group C.
4. perasakan gula n garam.
5. xcukup masam tambah lagi perahan air limau...xcukup masin tambah garam...pandai2 adjust ikut tekak korang...
watak utama dalam masakan ni adalah serai n air limau...serai tu mmg kene letak banyak..senang gila kot resepi ni...sayur ikut suka la nak bubuh sayur apa2 pon...kita yang masak dia kan...gituuuu...
so ini hasil yang aku buat.........
tara....
ok selamat mencuba !!
tataaaa...........
No comments:
Post a Comment