Last day ni memang dah plan nak borong barang je kiriman kawan2 ofis dan untuk diri sendiri.. Lepas breakfast terus merayau jalan kaki ke Pekan KK ni. Kedai pertama nak tuju adalah kedai mutiara. nama kedai JAMILAH JEWELLERIES. kami cari kedai ni guna waze je.
Sapa yang minat pearl tu boleh hilang akal kejap datang kedai ni. hilang akal sebab cantik. aku suka tengok je la. tak minat nak beli hehe. macam2 harga ada dari murah sampai harga telan ayaq liuq hahahaa...pearl pun macam2 kualiti dan jenis. laki aku sempat la beli satu gelang untuk mak dia. aku tunggu luar je. nampak sangat tak minat kat situ..aku minat tang makanan je =)
Kedai depa ni besaq bukan gelang je rantai semua ada. gtau je nak set ka, nak beli satu2 ka. semuaaa ada..tapi yang ni je sempat tangkap gambar..heheheee..
Dah habis pusing pekan balik hotel semula. dah tak larat jalan sebab cuaca panas. hahaha mengada sangat kan. tengahari rembang merayau jalan kaki mau tak peluh ketiak aku. Luqman pun panass kan? Sementara laki aku p jumpa kawan dia, aku dah siap mendobi baju semua. Kemas2 barang tunggu nak check out je.
Dalam pukul 11pg check out hotel sebab terus nak terjah Filipino Market nak shoppingggg...aku sukaaaa...
Sotong kering
Sila minta diskaun serendah mungkin okeyyy...kalau ada kawan Sabah sila bawa bersama..dapat harga lagi murahhh
Baju biru tu la kawan laki aku. orang Sabah baaah.. nasib ada dia dapat la murah banyak. Faham2 la kalau org luar yang datang beli cakap plak keyel memang harga mahal la. Baju merah tu owner kedai. kawan dia gak. Kat situ aku tunjuk je barang pe aku nak. Bab harga kawan laki aku yang kawtim...Baik sangat kawan laki aku ni siap hantar sampai ke airport. Terima kasih En Bait. =)
Macam2 ada pilih dan sedia duit je. aku memang suka shopping barang mcm ni..kene dengan hati ahkak tau =)
hasil tangkapan di Filipino Market..
Kuih cincin
Amplang ikan dan udang
Baju merah ni bukan beli kat Filipino Market ye heheehe... Lepas beli semua barang kiriman kami singgah makan dulu then terus ke airport. Flight kami 3.30 ptg.
Maka tamatlah sudah percutian di Sabah. back to reality kene p kerja kene masak hari2...hahaaha...
Pada yang bertanya total harga semua nah aku senaraikan kat bawah tapi ni ikut bajet kami sepanjang di Sabah ni. Harap membantu pada korang yang merancang nak bercuti ke Sabah. Memang puas hati pergi ke Sabah terutamanya Kundasang. ada rezeki nak datang lagi dan duduk lama skit di Kundasang. Bang mail sila take note dan hadam =)
Anggaran Kos Untuk 4 Hari 3 Malam (2 Orang)
Tiket Flight – RM600
Pengangkutan(FOC) + minyak – RM200
Penginapan – RM600
Entry Fee yang pergi (Details kat
bawah) – RM23
Makan Minum – RM300+-
Lain-lain/ Shopping – RM300+-
** Kereta tu korang boleh sewa dengan harga RM100/day. Kene rajin survey. Alhamdulilah rezeki Luqman kami tak perlu bayar sewa kereta sepanjang 4 hari kat Sabah. jimat banyak =)
TOTAL KOS UNTUK 2 ORANG: RM2023
Entry Fee Details: (2 orang dewasa)
Fish Spa Kg. Luanti +Camera Fee – RM10 +RM3
Desa Dairy Farm – RM10
Fish Spa Kg. Luanti +Camera Fee – RM10 +RM3
Desa Dairy Farm – RM10
Tea Garden - FOC
Entry fee yang kami tak pergi :
Kinabalu Park – RM3 (boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali)
Park Museum – RM2
Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3
Kundasang War Memorial – RM2
Rumah terbalik – RM10.60
Taman Laut – RM3
Park Museum – RM2
Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3
Kundasang War Memorial – RM2
Rumah terbalik – RM10.60
Taman Laut – RM3
Pakej Pulau Details: Pulau Manukan & Pulai Sapi
Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Entry pulau: RM3
Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Entry pulau: RM3
P/s : Harga mungkin akan berubah....
Okay tata...
ooh best dpt jalan2 ke sabah..
ReplyDelete