Monday, April 11, 2016

FILEM REVIEW : THE JUNGLE BOOK



Dah setahun tak masuk panggung wayang sejak bersalin Luqman. nak bawak Luqman masuk wayang sekali memang tak la. mau kene jeling je dgn org sebelah bila anak merengek. so nak senang cerita p la tgk wayang tanpa anak dan suami. Sampai2 wayang tengok cerita ni je yang paling cepat dan takyah menunggu lama. Beli jugak la tiket walaupun tgk mcm cerita budak2 je.

Masuk wayang tgk tak ramai pun org. pergi hari bekerja mcm tu lah. duduk la kat mana yg suka. Depan aku sekumpulan budak Indonesia datang dengan cikgu depa. aku dulu sekolah tak de pulak cikgu bawak p tengok wayang...huhuhuhu...Aku tengok cerita ni di Sunway Putra Mall. First time tgk wayang kat sini sampai nak cari pintu masuk pun tersasul. 

Cerita ni pasal budak (Mowgli) yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala. Harimau kumbang yang jumpa dia  time dia kecil. so kira dia ni adik beradik dengan serigala tu la. comel gila Mowgli ni. macam muka anak hindustan. 

Separuh cerita dah rasa mcm best je cerita ni. ada lucu, sedih dan ngeri. part lucu memang aku gelak sama naik la ngan bebudak Indon tu. eh eh tak sedar jadi bebudak jugak walaupun dah kertu..huhuhuhu

part ngeri tak delah ngeri tahap infiniti. masih boleh budak2 tengok. yang tak boleh blah bila budak baris aku jerit sambil peluk mak dia. Mak dia explain kemain apa yang jadi. Budak india tu tak berani nak tgk tapi nak tgk gak. tgk sambil tutup muka je lah tapinya....heehehehe comel je..

bab sedih bila ibu serigala yang jaga Mowgli dr kecil  sayang gila dekat Mowgli ni. dia kata Mowgli tu tetap anak dia sebab dia yang besarkan dan asuh Mowgli. Part ni aku sedih tetiba teringat Luqman. tetiba emo sejak jadi mak2 ni.

 Lagi sedih bila Mowgli terpaksa tinggalkan kumpulan serigala tu utk pergi hidup dengan manusia. Mowgli tu dah memang dari kecil hidup dengan binatang camne dia nak hidup dengan manusia kan?. Mowgli terpaksa keluar dari hutan tu sebab ada seekor harimau, Shere Khan nak bunuh dia. kemain nama harimau tu kan. Harimau tu jugaklah yang bunuh ayah Mowgli dl. 

Part geli bila tang ular besar duk nak membelit n makan Mowgli.  geli gelaman sebab memang bapak besar la ular tu sama besar dengan batang pokok. nasib ada beruang nama Baloo selamatkan Mowgli. Baloo ni kelakar gila dalam cerita ni. nak tau lebih lanjut korang p lah tengok cerita ni.

Rasa tak rugi pun tengok cerita ni. 5 bintang. sesuai la mak ayah bawa anak2 p tgk cerita ni. 

Kesimpulannya, walaupun cerita ni cerita pasal seorang budak dengan binatang dalam hutan tapi banyak pengajaran. jalan cerita dah la best tak pernah pulak aku rasa bosan. 2 jam tu sekejap je.  Cerita ni khabarnya adaptasi dr novel.



Ikhlas,
Ibu Luqman

Friday, April 8, 2016

BABY E SPA, WANGSAWALK

Assalammualaikum...

Hari tu bawa Luqman pergi baby spa dekat Wangsawalk. Aku yg excited sebenarnya sebab memang dah lama teringinnnnnn sangat nak tengok dia berenang.. biasalah mak yg akan over lebih dr anak. nak pergi mandi pool entah bila tahun.

pergi hari kerja memang best la sebab takde berebut n serabut dengan orang lain. Time aku pergi baby spa ni memang Luqman sorang je yang ada. nah kau Luqman buat la spa ni macam apak kau punya. Dekat sini ada dua servis kita boleh pilih.

Swimming + Swimming Diaper RM48
Massage RM 38

Nak swimming saja pon boleh tapi sebab aku ibu yang over aku ambik semua. hahahaha..Nak datang sini pastikan baby dah kenyang n cukup tidur. xcukup tidur nanti bukan baby yang swimming tapi baby tidur je dalam kolam tu.kan dah rugi.



Mula2 sampai staff akan bagi borang dan isi la segala mak nenek maklumat diorg minta. Lepas tu baby akan dibogelkan dan dipakaikan swimming diaper yang memang dah termasuk dalam pakej. Swimming diaper ni bg mengelakkan tetiba air menjadi keruh dan bertukar color...hehehe...



Di baby spa ni ada 3 kolam. 1 kolam besar dan 2 kolam kecil. Had umur boleh mandi di baby spa ni sampai 3 tahun je. Lebih  umur p terjun pool lain. paling kecik lupa pulak tanya berapa tahun. Luqman dapat mandi kolam besar sebab takde baby lain. Mula2 letak Luqman dalam air tu dia terus terkangkang jer. nasib tak menangis melalak. good boy Luqman.


Suhu air memang diorg dah set 35C suam2 je sesuai la untuk baby. Diorg akan bagi baby swim 30 minit. memang diorg dah set masa. Sambil baby swim boleh la ibu ambil gambr n video. Staff tu akan monitor anak kita.



mula masuk terkangkang je kaki Luqman



ni baru panas enjin nak gelak2. jenuh staff tu acah2 dia bagi dia gelak.

Bila dah nampak Luqman ok diorg akan pasang ombak. bukan la ombak laut tu tapi mcm air laju tu. mula la mana2 hala anak aku berpusing. tapi Luqman tu lagi gelak galak sebab seronok. Jangan risau baby tenggelam ke apa sebab diorg akan pakaikan pelampung dekat kepala baby.



yang ni dah pakai pelampung kat pinggang pulak.. Luqman lasak sangat katanya.

Lepas setengah jam swim, diorg angkat dan lap badan Luqman. Tuala takyah bawak memang diorg dah sediakan. Lepas tu sesi mengurut pulak. amboi kemain sungguh kau nak. Ibu perati jerrr. hahahaha..





Urutan yang diorg buat ada teknik sebab aku tgk Luqman stim semacam je. hahaha... layu2 mata kene urut. Time tu aku tengok Luqman mcm nak tertidur dah. Time nak urut tu mencabar gak. kesian staf tu nak suruh Luqman baring tapi tetap la dia nak duduk n main. 



Staf tu urut belakang badan dia dl.. Lepastu bagi dia baring dan letak mainan yang gantung2 tu. baru tenang nak urut perut n badan. Sambil urut diorg sapu minyak. minyak apa tak tau la. aku pulak tak tanya. bila cium xde plak bau wangi ke apa.



amboi bagi kaki nampakkkk

Staf tu pesan Luqman akan tidur sebab penat. Lepas mandi tu pun kemain minum banyak susu. setengah jam duk dalam tu mau xlapar anak aku. 

Elok separuh jalan balik dah goal dalam kereta. Angkat masuk rumah pun xsedar. petang tu dia tidur lama gila 3 jam lebih. mata bukak tapi xlarat nak bangun letih sangat kot. tu xpe lagi. malam punnn tidur awal. 8.30pm dah goal. hahaha.... 



hai lah anak. time tido ni lah ibu rasa nak peluk cium. muka budak xde dosa



penat mengalahkan org g berperang

Ohh sebelum terlupa dekat baby spa ni ada disediakan nursing room. so tak perlu risau. untuk yang nak jadi ahli pon boleh siap ada pakej. aku tak jadi ahli pun saja je nak bg Luqman rasa. lepas ni kita pergi air terjun je la. murah sikit...hahahaha...

Jom tengok kebaikan baby spa kepada baby :

 1. Menggalakan perkembangan otak bayi
2.Meningkatkan keyakinana dan keselamatan bayi
3. Meningkatkan keselamatan dan emosi bayi
4.Mengukuhkan hubungan ibu bapa dan bayi
5.Bayi lebih tenang dan tidur lama.





tata....


Ikhlas,
Ibu Luqman


Monday, April 4, 2016

BEKAM

Assalammualaikum....

Hari ni saja nak share pasal aku p bekam jumaat lepas. dulu time anak dara pernah buat bekam ni. ada yang kata bekam ada dua jenis bekam darah n angin. yg aku pernah buat bekam darah je. bekam angin xpasti mcm mana . buang angin tau la... hehehe..

Aku buat dekat area Sri Rampai, Setapak KL. badan aku lepas pantang bersalin ni tak pernah p urut ke apa dah. spa jauh panggang dr api la. balik kg je nak book makcik urut dia ada hal. makcik urut ada masa aku pulak keluar bandar. so aku decide nak bekam je la senang.

Bekam dengan org yang sama bekam aku time anak daro dl. akak ni dulu buat kat rumah dia je bisnes bekam ni sekarang alhamdulilah rezeki dia dapat bukak kedai. 

so bekam ni sakit tak? bekam bukan untuk lelaki ke?mahal x? amboi soklan depa kemain..ok meh aku share ngan korang pengalaman aku bekam.


Bagi aku bekam tak sakit pun. mcm kene gigit semut je time dia cucuk nak kuarkan darah tu. bersalin lg sakit uollsss..bekam juga bukan untuk lelaki yer semua boleh. tempat lain aku xtau la harga camne tapi dengan akak ni 1 cup RM 10. hari tu aku buat 11 cup untuk belakang badan dia caj RM 100.


Mula2 dia suruh aku tanggalkan kesemua pakaian kecuali seluar dalam. kene pakai kain batik yang disediakan. Katil dia dekat area muka tu berlubang sebab aku kene meniarap. so senang la aku nak bernafas sebab ada lubang tu. aku kan bekam belakang badan. lepas tu aku di urut sekejap oleh kakak tu nak lancarkan pengaliran darah. 

Seeloknya p bekam waktu pagi. sebelum p berbekam jangan ambik makanan berat dan elok datang dengan perut kosong. Aku sebelum datang tu aku minum susu segelas je. buat lapik perut.

Lepas diurut sekejap, badan aku disapu minyak. Terus akak tu pamkan bersama cawan bekam kawasan spot yang ingin dibekam. aku xpasti apa fungsi dia buat mcm tu. tapi time ni dia xcucuk keluarkan darah lagi. lepas beberapa minit dia cabut cawan tu. aku panggil je cawan tak tau nama apa sebetulnya. 

pen bekam

Kali ni baru dia pakai pen bekam cucuk di kawasan nak keluarkan darah tu. Setiap kali dia nak cucuk keluarkan darah aku dapat dengar dia baca bismillah. sejuk sikit hati aku hahaha...time dia cucuk ni badan korang jangan keras kejung plak buat lek2 sudah. dapat bayang x korang? 

gambar "cawan"- ehsan google

 Lepas dia buat proses tu aku dapat rasa darah mengalir keluar. Selang beberapa minit dia datang tengok dan lap darah dengan tisu dan ganti cawan baru.

Dua kali akak tu ulang proses yg sama sampai dia rasa darah aku dah ok kot. lepas tu lap dengan air untuk bersihkan kesan2 darah. lepas tu siap! Sekejap je bekam pun xde la makan masa lama pun. dalam setengah jam je.

Akak ni bekam khas untuk wanita saja. tapi masa aku bekam ni ada gak lelaki yg datang untuk rawatan tulang belakang. tapi pakai mesin la. nampak mcm best gak yang tu. next time aku nak cuba. rawatan resdung, gurah pun akak tu ada buat.




Time aku buat bekam ni hari kerja so tak ramai orang la.lagipun katil bekam ada dua. so mana yang takut datang sorang boleh ajak kawan. yang penting perempuan. sambil bekam boleh gosip artis.hahaha

Setelah hampir setengah jam darah kotor dikeluarkan ni la hasilnya.....



ehsan google 

seram x korang??

aku bekam mcm gambar atas tu la. tu pic google. tak kan nak letak pic aku pulak. sebijik mcm pic tu. tu la kesan lepas bekam. tapi jangan risau kesan tu akan hilang. bila mandi tak pedih pun. kalau warna lebam tu pekat n hitam maksudnya darah kotor n banyak angin. kene ulang buat bekam sampai warna darah normal .

Lepas bekam memang rasa ringan gilerrr badan tapi tujuan utama bukan untuk kurus okeyhhh...hahahaha...aku bukan p sedut lemak. ada yang tanya aku p bekam untuk kurus ke? soalan apakah ini? bekam ni untuk keluarkan darah kotor bukan keluarkan lemak. darah kotor ni hasil dari pemakanan kita dll. 

So rasanya mungkin aktiviti bekam ni aku nak jadikan rutin. aku dah tanya akak tu takpe ke bekam sebulan sekali.katanya ok. aku risau pengsan or mati je. hahahaha cetek betul ilmu aku. ok korang kalau sapa2 yang area KL boleh la try p bekam kat akak ni.  

Tapi ada juga golongan yang tak boleh bekam sepeti ibu mengandung, orang tua dengan penyakit, dalam period dll. sila telefon tanya dl sebelum pergi. kang xpasal2 jadi hal lain pulak.


Selamat mencuba....


ok tata....

Tuesday, March 22, 2016

PANAS LIT LIT

Assalammualaikum...

Sekarang memang panas sungguh la.walaupun petang2 ada gak hujan turun tapi tetap membahang...belah utara lagi la tengah panas gila.Ipoh pon antara bandar yg panasss...



Awal bulan aritu dah balik Ipoh mak aii panas ya amat. tengahari masuk dapur dah mcm sauna. malam  aku memang tidur berpeluh meleleh2. kalau kat rumah sendiri mau pakai yg dalam2 je...heheehe....kipas sampai 2 pasang pon masih terasa bahang. 

Mak mertua aku lagi la pkl 10pg dah masak tengah hari...lepas pkl 12 ke atas dapur dah bertukar jd sauna hahaaha...siang tu mandi mmg kerap..sian luqman la xselesa..baju memang xpakai dah...tinggal pampers je..

petang pulak sebab tak tahan panas sangat aku masuk dalam kereta pasang aircond bg luqman main dlm kereta. aku pulak tidur la.....dekat sejam gak la duk dalam kereta...lepas tu ajak anak buah laki aku p MCD cari aiskrim..dengan semua tak berbaju nya...aku pakai la baju..nak mampos xpakai baju..heheehe....sengih2 je bdk MCD tu...nasib MCD dekat je dgn rumah MIL... kalau tak, ingat org asli mana la dtg MCD beli aiskrim...huhu heaven gila dapat makan aiskrim time panas2 tu..

Malam pergi Mydin pulak..masuk Mydin mcm nak baring n tidur terus situ je...sejukkk...seronokk...hahahaha. peghok sangat...banyak kore plak aku kan..nak buat mcm mana mmg panas bukan cerewet k...

Kalau balik time sekarang lagiiii la panasss. umah MIL aku dah la tengah renovate...Minggu ni laki aku nak balik Ipoh. aku dah memang gtau xnak ikut balik sebab kesian ke Luqman...menantu hantu x?hehehehe laki aku pun ckp xyah ikut la nanti seksa asyik nak kene g  Mydin je bukan nak beli barang tapi sebab nak aircond...ngeeee


laki : luqman tu baby aircond mana boleh panas....dr mengandung dah ajar aircond...bila balik kampung mula la xtentu hala bila pns...dah ibu nya ajar gitu...


binik : balik pahang ok jer...(xnak kalah)


laki : (jelingan maut)


binik : (pandang tempat lain tapi dalam hati xhabis menjawab lagi).


Sekarang kalau balik kerja je terus masuk bilik on aircond dulu. bil naik melambung fikir kemudian..hahaha...kipas tu kadang2 pasang sekali ngan aircond. dah sejuk bilik tutup kipas..nak buat mcm mana kan memang keperluan sgt dah...kesian org tua n baby la... aku yang xberapa nak tua ni pon kdg2 xtahan panas....jauhkanlah penyakit strok haba bagai tu...takuttt..

Dalam panas mcm ni memang kena banyak minum air mati..aktiviti outdoor pun kene kurangkan..so ada alasan la xnak jog petang2...huhuhu...jangan harap ye cik Ana! 

So sama2 la kita jaga kesihatan bersama..sure lepas ni harga aircond melambung...time ni la nak kaut untung lebih...aku rasa je la...

k la tataaaaa..


Ikhlas,
Puteri Lilin, KL

Thursday, March 17, 2016

KURUS SELEPAS BERSALIN


Assalammualaikum.....

Amboi mcm la hebat sangat nak bg tips kan. just nak share apa yg aku sedang buat sekarang ni.DAPATKAN BMI BADAN YG IDEAL DAN FIT!! belum lagi berjaya masih dalam proses. sekarang umur luqman dah 10 bulan tapi aku masih belum dapat berat ideal aku.bukan la aku nak persis model tu ha tapi aku ada target aku sendiri.

mungkin bagi sesetengah orang diet je dah boleh turun berat badan tapi aku big NO okey...badan aku ni bangsa mudah naik tapi susah nak turun.kalau setakat diet je nan hado kim salam mak enon..nak kene extra usaha br ada hasil.




Sekarang masalah utama aku adalah no 1 versi perempuan la. perut buncit, double chin n bahu besar.

Badan aku ni kira sekejap gemuk sekejap fit. taknak pangil kurus sebab aku bukan nak kurus tapi nak fit.gituuu...BMI aku 57-58kg sepatutnya. sebelum kawin pernah 58kg sampai la mengandung luqman badan naik.normal la mengandung berat naik kan tapi lepas bersalin tak fit.itu luar biasa. aku xsuka perasaan tu. dah la badan aku ni jenis bahu besar.kalau berat naik nampak sangat sado nya...heheehe.



                             Berat sebelum mengandung =58kg



Berat  time mengandung =75kg






Berat lepas bersalin 4 minggu = 65kg


lepas abis pantang turun 10kg je. Aku time dalam pantang memang makan nasi banyak.kadang2 sampai 2 pinggan.menyusu badan memang lapar je memanjang.mak aku pulak memang xsekat aku makan apa..masak cabai  ikan pun aku makan...hehehee tapi ulam memang xtinggal la.wajib.tapi badan maintain je sebab menyusu kot. maintain 65kg la tapinya...hahaha...

aku dah start jog time luqman dah 6 bulan.hujung minggu  je tasik titiwangsa tu jadi saksi aku kene dera dek laki aku.

tapi dalam dok jog  tu makan macam biasa jugak xde diet2.so badan aku ni tak terkesan pun setakat jog hujung minggu tu..huhuhuhu so badan masih sama je.masih xdapat BMI yang ideal. kecewa,menyampah geram semua ada la...bukan xbersyukur dengan badan yg 'sihat' ni tapi aku nak jaga amanah ni.kesihatan kan amanah Allah jugak.kalau sakit aku gak susahkan org lain nak jaga laki n anak2 nanti.xnak la jadi mcm tu kan. So aku fikir aku perlu ubah rutin aku.

So sekarang rutin aku dah berubah.guna plan B.try n error.baru 2 minggu je ubah pon.

(weekdays).
8am-5pm 
Pergi kerja lunch aku bawak bekal nasi sikit n ikan/ayam stim.pagi sebelum pergi kerja aku tanak nasi n kukus ayam/ikan sekali.guna rice cooker yg ada stimmer tu.kalau ada sayur aku campak sekali.bubuh la apa yg ada kat dapur nak bagi sedap tapi kurangkan garam.kalau boleh xyah langsung.pagi aku memang kene makan berat terus.kalau x mula la sasau kelaparan..kalau dah xtau nak makan apa aku makan nasi n ayam stim tu.

So lunch aku tak ambik nasi dah kalau pg dah makan nasi n ayam stim tu.aku makan epal hijau n kitkat. jgn plak bedal sampai kenyang kitkat tu.sekadar nak ganti gula yg hilang.

Petang sebelum balik kerja kalau lapar sangat aku biasa buat susu.malas sangat minum air mati. senang.air mati wajib ye.memang botol air mati sentiasa ada atas meja aku..

6pm-7pm
Jogging atau lari2 anak tolak stroller luqman.Anak beranak turun padang.

7.30pm-8pm
Makan xheavy sangat la.roti cicah sambal ke.kdg2 makan je nasi n lauk yg ada tapi nasi skit.lepas ni nak disiplinkan diri makan sup plak.

Air detox.aku wajib buat tapi versi aku la.ikut la buah apa yg ada dlm peti aku mix kan buah.nak buat air detox dr sayur belum ada keberanian. takut ke tong sampah. heheehe..malas kalu detox ngan  teh hijau. brand BOH .simple n senang.

10.00pm
Tidur sepatut awal la tapi Luqman sekarang suka tidur lewat xkan aku nak tidur sebelum dia plak kan.

Tu jelah yg aku tengah buat sekarang ni.keputusannya xde lah gempak tapi slow2 kayuh...cepat2 nak pergi mana??heheehe..

Pil kurus/Supplement
aku xpernah percaya pada pil kurus ni bukan apa takut kesan tua nanti.tapi terpulang la kalau org lain nak guna kan. poket masing2..

Bagi aku DISIPLIN diri yang paling utama. mental dah sah2 kene double kuat.tambah bila kawan2 ofis ajak makan luar. sekali sekala apa salahnya tapi cepat2 la sedar diri balik. selain tu kene enjoy je buat semua ni jgn rasa stres. biar lambat asal selamat.aku kadang2 terbabas gak yelah manusia kan bukan robot.

tunggu sebulan dua lagi nampak ada perubahan x. xde perubahan kita try plan C,D,E.....Z yang penting jgn putus asa....heheheh....sapa yg tengah target fit kita geng..sep sketttt...ok la stop bebel.. tataaa....

Ikhlas,
Budak gemok, KL





Tuesday, March 8, 2016

10 BULAN

Assalammualaikum...

Lama tak update blog...macam2 nak tulis tapi tulis je padam tak tau kenapa....ni roh rajin dah seru meh la tulis apa yg terbuku di hati ni...cewaahhh...ahad lepas genap Luqman 10 bulan...aishhh jap je rasa dah besar ko nak...sakit bersalin pun masih lagi terbayang kat kepala ni...alignment badan pun xbetul lagi ni tuptup dah 10 bulan...Syukur alhamdulilah membesar dengan sihat. demam selsema tu biasa la bukan robot kan... .dah besar jangan lupa bg ibu duit....hahahaaa...

Jom tengok Luqman 10 bulan ni :

1. Dah pandai meniti di bibir kerusi.dah mula  memanjat katil dan kerusi. jatuh tergolek dok tu biasa..kata hero

2. Tanpa rasa bersalah sepahkan barang dalam rumah. Sepah tahap kalau org datang pun boleh tolong kemaskan sebab lebih teruk dr tsunami. geram ibu simpan dalam hati je ...terpaksa kemas hari2 setiap malam lepas dia tidur.

3. Makan dah pandai sembur2. ibu masak tak sedap ke atau dah kenyang tu tak pasti. yang pasti Luqman tak pandai jaga hati ibu. kalau tak sedap pun jgn sembur2 depan ibu. jaga la hati ibu sikit nak huhuhuhu.

4. Tidur dah tak buai sangat.Ikut mood dia. Katil tu dia yang punya...Malam letak tepi dinding bangun pagi dah kat kaki ibu. Abah mmg dah sign kontrak dengan ruang tamu sebagai tempat tidur. kasih seorang bapa...huhuhuhu

5. Mandi dah pandai main2 buih sabun..nak tangkap buih tapi tak dapat lepas tu marah diri sendiri...kenapa kau nak?

6. Minum susu dah banyak.normal la kan. Air mati pun  dia suka...Badan dah lama tak timbang..tapi yang pasti ibu jarang dah nak dukung sebab dah rasa mcm angkat beras 10kg.

7. Gigi masih 2 batang tu la...huhuhu...Tumbuh umur 3 bulan lepas tu stop terus sampai sekarang...bagus juga tak payah ibu nak gosok gigi dia.

8. Kali ni tak demam. Biasa bertambah usia demam dan merengek...Semalam je buat drama Monday Blues di rumah pengasuh sampai ibu kene EL.sabo je la.

9. Luqman paling suka kunci. pantang nampak kunci mesti marah2 tanda dia nak kunci tu...nak kunci bukan buat apa pun...buat gigit2 je...huhuhu...mainan punya banyak kunci n senduk ibu juga yg dia suka...

10. Dah mula menegur org sekeliling dengan ramah cara dia...sampai mamak kedai pun dia tapau tegur sekali...ni mmg ikut perangai ibu...huhuhu

11. Dah pandai cepuk muka ibu kalau tak layan dia main.kira memberontak la tu. belajar dari mana entah buat gitu..dia tak tau muka ibu dia ni aset..

12. Dah pandai tak nak pakai pampers. Lepas mandi letak atas katil terus lari bucu katil..terpaksa bergusti dengan ibu nak pakai pampers..Banyak kali pampers bocor sebab burung salah parking.


Itu je la kot yang ibu nampak buat masa ni...

Harap Luqman membesar dengan sihat ye nak...jadi anak

yang soleh...tak lama lagi dah boleh jadi abang long dah...hehehehe












Ikhlas,
Ibu Luqman,KL

Monday, February 22, 2016

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PERAK


CNY aritu balik Ipoh mmg target nak p JJCM sekitar sana la...gigih google n salin alamat kedai makan...dasarr sgttt...xyah intro panjang, jom tgk...

...

...

...

...

...


LAKSA TELUR GORENG BERSARANG
KAFE SETINGGAN, BANDAR SERI BOTANI, IPOH




Bagi aku kuah laksa dia kena la ngan tekak aku...tambahan telur dadar goreng je dlm laksa tu...kira kita pon boleh buat la kat rumah...hehehee ikhlas...cuma mungkin ni kira inovatif dari pemilik kedai..telur dia bersarang...Dengar cerita dulu owner ni berniaga laksa pakai lori je tapi dah laku bukak la kedai...Nak datang sini jgn lewat sgt mmg full house...mungkin time aku pergi pun CNY kan...cuma aku rasa owner tu boleh letak kipas kasi sejuk skit kat dalam tu...berbahang bila aku masuk dalam  kedai tu..belum aku duduk makan dalam tu lagi.....nasib aku makan kat luar...panas sebab diorg pakai lampu mcm lampu pelamin tu..makan kat dalam confirm basah ketiak...kesian dekat budak kecil la...

tapi service sini memang laju la...itu aku puji....sebab sistem depa yang bungkus kat luar...bayar pun kat luar...kaunter dalam yg makan situ...so xgaduh sapa nak bungkus sapa nak makan situ...clever...sini pon ada jual nasi kukus ayam rempah tapi aku xmakan la...kopi goyang pon ada jual ponnnn xbeli...tapi jeling sebab nanti nak datang lagi n beli...hahaaha...sape peminat laksa mcm aku boleh try sini...nak cari kedai pon senang je..pakai waze confirm jumpa...xjumpa kalu salah korang sendiri...


Next.......

WOOP2 LOBSTER, SG SIPUT




ni semua gara2 tgk majalah 3....time tgk tv pasal lobster ni pon dah jeling2 laki aku...paham ke x bang?? dia tau kalau pasal makan hujung dunia aku nak cari....ok la tu bang oii mintak makan je dr mintak mekap handbag ribu riban kennn....pergi makan lobster sini bawak mak mertua n 2 anak saudara laki aku...perjalanan dr ipoh lebih kurang sejam...hujan je sepanjang jalan....aku dah call dl sebelum dtg tapi diorg kata full house dah...aku redah je nak pergi jugak...kalau penuh kita makan tempat lain kata aku kepada lakiku...laki aku agree so on...kene gtau plan kepada driver gak...heheehe....sampai2 memang org penuh n hujan...bahagian dalam kedai pon org dah penuh...nampak kat luar ada meja xbuka lagi...sebab hujan diorng xbuka meja lg...aku p buka meja sendiri...nasib xlebat ...join meja org sebelah yang berbumbung....nak makan punya pasal... 



Left : RM30, RM 80, RM 30



sini lobster xtimbang kilo...diorg dah bg tau harga siap2...ada 3 jenis...ikutkan aku bukan pencinta seafood sgt tapi nak rasa punya pasal...yg makan lobster aritu aku ngan laki aku je...ambik 2 jenis...satu 80.00 dan 30.00.....ooooo gini rasa dia....hahahaaha sian sgt bila aku rasa xdak bezza pon sgt...laki aku kata freshh...ok komen diterima la kot sebab dia pernah makan di sabah...aku makan xdak perasaan pon....hahahahaa...xkenyang...mak mertua aku makan chicken chop...fish n chip anak saudara aku bedal sebab mana kenyang....hahaahah...so kalau setakat nak p merasa ok lah...nak kenyang kalu balik rumah tanak nasi goreng telur taruk kicap...heaven!


chicken chop

Tapi kira ok la sapa xmakan udang boleh order makanan lain...goreng2 pon ade...air pon order tempat goreng...kira lobster ni tumpang kedai ni la bisnes...



nak cari lokasi ni betul2 depan pizza hut...dalam MH Cafe...selamat mencari ye cik Kiah cik Jenab...hakak dua kali pusing tempat yg sama br jumpa


Next....


KETAM LEMBUT & KARI IKAN SEMBILANG
KUALA GULA SANCTUARY RESORT




Total damage RM67.++

yg ni mmg lama dah aku nak pergi...rezeki pulak CNY  kawan aku kawin di Parit Buntar...haaaa pelagi dah xjauh dah nak ke Kuala Gula...sampai2 dalm pkl 4pm gitu...nasib dah makan lapik perut kat kenduri td...full house oooo.mmg kalau public holiday cenggitu la...org malaysia mmg kaya dengan makan2...heheeheh termasuk aku...aku dtg mmg aim ketam lembut...

dapat meja ngadap jeti nelayan...sebelah tu Resort Kuala Gula... panas gila waktu ni...kipas banyak tapi xrasa...sekali bot lalu bergoyang seluruh badan....usha meja  sebelah makan ikan sweet sour n kari sembilang aku dah telan air liur...tapi sampai diorg dah habis makan ketam lembut xsampai2 lagi...last2 aku tgk akak tu p dapur ambik sendiri...wow pantasss akak ni....hahahaha...laki aku order kari sembilang,ketam lembut,kangkung goreng n telur dadar...xtau apa motif dia order telur dadar tu....sesuatu sangat...






Resort Kuala Gula

rupanya nasib aku sama mcm akak meja sebelah...harharhar ....aku p dapur ambik sendiri ketam lembut...tapi kami order 6 ekor je...ngam2 la kami berdua...just nice je abis semua...order nasi 1 je...sebab nak meratah je n konon2 diet...korang kalau pergi order ketam lembut celup tepung  br rasa dia punya kelembutan ketam tu...paham x?? xpaham buat2 paham...aku mmg biasa makan ikan sembilang so dah biasa makan...kari dia ok la bg aku tapi bukan win punya kari la...mak mertua aku punya kari mmg win...so nak pergi makan xde masalah ...poket masing2..hehehehe..nak cari tempat ni taip je Kuala Gula..confirm jumpa...waze kan ado!

tu saja review aku makan2 di Perak...banyak lagi tempat nak pergi lagi nanti...tunggu bos besar approve dl...heheehe....kesimpulannya sedap or x terpulang anak tekak masing2...sedap tu subjektif kan...hak masing2...pe salahnya kita support bangsa sendiri...sedap kita puji dlm blog, xsedap pon kita buh dalam blog...ngehngehngeh...

oh baru teringat kedai beriani kat ipoh...nanti2 la aku share ye korang....

tata....


Ikhlas,
Gadis Pelahap, KL