Friday, April 8, 2016

BABY E SPA, WANGSAWALK

Assalammualaikum...

Hari tu bawa Luqman pergi baby spa dekat Wangsawalk. Aku yg excited sebenarnya sebab memang dah lama teringinnnnnn sangat nak tengok dia berenang.. biasalah mak yg akan over lebih dr anak. nak pergi mandi pool entah bila tahun.

pergi hari kerja memang best la sebab takde berebut n serabut dengan orang lain. Time aku pergi baby spa ni memang Luqman sorang je yang ada. nah kau Luqman buat la spa ni macam apak kau punya. Dekat sini ada dua servis kita boleh pilih.

Swimming + Swimming Diaper RM48
Massage RM 38

Nak swimming saja pon boleh tapi sebab aku ibu yang over aku ambik semua. hahahaha..Nak datang sini pastikan baby dah kenyang n cukup tidur. xcukup tidur nanti bukan baby yang swimming tapi baby tidur je dalam kolam tu.kan dah rugi.



Mula2 sampai staff akan bagi borang dan isi la segala mak nenek maklumat diorg minta. Lepas tu baby akan dibogelkan dan dipakaikan swimming diaper yang memang dah termasuk dalam pakej. Swimming diaper ni bg mengelakkan tetiba air menjadi keruh dan bertukar color...hehehe...



Di baby spa ni ada 3 kolam. 1 kolam besar dan 2 kolam kecil. Had umur boleh mandi di baby spa ni sampai 3 tahun je. Lebih  umur p terjun pool lain. paling kecik lupa pulak tanya berapa tahun. Luqman dapat mandi kolam besar sebab takde baby lain. Mula2 letak Luqman dalam air tu dia terus terkangkang jer. nasib tak menangis melalak. good boy Luqman.


Suhu air memang diorg dah set 35C suam2 je sesuai la untuk baby. Diorg akan bagi baby swim 30 minit. memang diorg dah set masa. Sambil baby swim boleh la ibu ambil gambr n video. Staff tu akan monitor anak kita.



mula masuk terkangkang je kaki Luqman



ni baru panas enjin nak gelak2. jenuh staff tu acah2 dia bagi dia gelak.

Bila dah nampak Luqman ok diorg akan pasang ombak. bukan la ombak laut tu tapi mcm air laju tu. mula la mana2 hala anak aku berpusing. tapi Luqman tu lagi gelak galak sebab seronok. Jangan risau baby tenggelam ke apa sebab diorg akan pakaikan pelampung dekat kepala baby.



yang ni dah pakai pelampung kat pinggang pulak.. Luqman lasak sangat katanya.

Lepas setengah jam swim, diorg angkat dan lap badan Luqman. Tuala takyah bawak memang diorg dah sediakan. Lepas tu sesi mengurut pulak. amboi kemain sungguh kau nak. Ibu perati jerrr. hahahaha..





Urutan yang diorg buat ada teknik sebab aku tgk Luqman stim semacam je. hahaha... layu2 mata kene urut. Time tu aku tengok Luqman mcm nak tertidur dah. Time nak urut tu mencabar gak. kesian staf tu nak suruh Luqman baring tapi tetap la dia nak duduk n main. 



Staf tu urut belakang badan dia dl.. Lepastu bagi dia baring dan letak mainan yang gantung2 tu. baru tenang nak urut perut n badan. Sambil urut diorg sapu minyak. minyak apa tak tau la. aku pulak tak tanya. bila cium xde plak bau wangi ke apa.



amboi bagi kaki nampakkkk

Staf tu pesan Luqman akan tidur sebab penat. Lepas mandi tu pun kemain minum banyak susu. setengah jam duk dalam tu mau xlapar anak aku. 

Elok separuh jalan balik dah goal dalam kereta. Angkat masuk rumah pun xsedar. petang tu dia tidur lama gila 3 jam lebih. mata bukak tapi xlarat nak bangun letih sangat kot. tu xpe lagi. malam punnn tidur awal. 8.30pm dah goal. hahaha.... 



hai lah anak. time tido ni lah ibu rasa nak peluk cium. muka budak xde dosa



penat mengalahkan org g berperang

Ohh sebelum terlupa dekat baby spa ni ada disediakan nursing room. so tak perlu risau. untuk yang nak jadi ahli pon boleh siap ada pakej. aku tak jadi ahli pun saja je nak bg Luqman rasa. lepas ni kita pergi air terjun je la. murah sikit...hahahaha...

Jom tengok kebaikan baby spa kepada baby :

 1. Menggalakan perkembangan otak bayi
2.Meningkatkan keyakinana dan keselamatan bayi
3. Meningkatkan keselamatan dan emosi bayi
4.Mengukuhkan hubungan ibu bapa dan bayi
5.Bayi lebih tenang dan tidur lama.





tata....


Ikhlas,
Ibu Luqman


No comments:

Post a Comment