Assalammualaikum....
Hari ni saja nak share pasal aku p bekam jumaat lepas. dulu time anak dara pernah buat bekam ni. ada yang kata bekam ada dua jenis bekam darah n angin. yg aku pernah buat bekam darah je. bekam angin xpasti mcm mana . buang angin tau la... hehehe..
Aku buat dekat area Sri Rampai, Setapak KL. badan aku lepas pantang bersalin ni tak pernah p urut ke apa dah. spa jauh panggang dr api la. balik kg je nak book makcik urut dia ada hal. makcik urut ada masa aku pulak keluar bandar. so aku decide nak bekam je la senang.
Bekam dengan org yang sama bekam aku time anak daro dl. akak ni dulu buat kat rumah dia je bisnes bekam ni sekarang alhamdulilah rezeki dia dapat bukak kedai.
so bekam ni sakit tak? bekam bukan untuk lelaki ke?mahal x? amboi soklan depa kemain..ok meh aku share ngan korang pengalaman aku bekam.
Bagi aku bekam tak sakit pun. mcm kene gigit semut je time dia cucuk nak kuarkan darah tu. bersalin lg sakit uollsss..bekam juga bukan untuk lelaki yer semua boleh. tempat lain aku xtau la harga camne tapi dengan akak ni 1 cup RM 10. hari tu aku buat 11 cup untuk belakang badan dia caj RM 100.
Mula2 dia suruh aku tanggalkan kesemua pakaian kecuali seluar dalam. kene pakai kain batik yang disediakan. Katil dia dekat area muka tu berlubang sebab aku kene meniarap. so senang la aku nak bernafas sebab ada lubang tu. aku kan bekam belakang badan. lepas tu aku di urut sekejap oleh kakak tu nak lancarkan pengaliran darah.
Seeloknya p bekam waktu pagi. sebelum p berbekam jangan ambik makanan berat dan elok datang dengan perut kosong. Aku sebelum datang tu aku minum susu segelas je. buat lapik perut.
Lepas diurut sekejap, badan aku disapu minyak. Terus akak tu pamkan bersama cawan bekam kawasan spot yang ingin dibekam. aku xpasti apa fungsi dia buat mcm tu. tapi time ni dia xcucuk keluarkan darah lagi. lepas beberapa minit dia cabut cawan tu. aku panggil je cawan tak tau nama apa sebetulnya.
pen bekam
Kali ni baru dia pakai pen bekam cucuk di kawasan nak keluarkan darah tu. Setiap kali dia nak cucuk keluarkan darah aku dapat dengar dia baca bismillah. sejuk sikit hati aku hahaha...time dia cucuk ni badan korang jangan keras kejung plak buat lek2 sudah. dapat bayang x korang?
gambar "cawan"- ehsan google
Lepas dia buat proses tu aku dapat rasa darah mengalir keluar. Selang beberapa minit dia datang tengok dan lap darah dengan tisu dan ganti cawan baru.
Dua kali akak tu ulang proses yg sama sampai dia rasa darah aku dah ok kot. lepas tu lap dengan air untuk bersihkan kesan2 darah. lepas tu siap! Sekejap je bekam pun xde la makan masa lama pun. dalam setengah jam je.
Akak ni bekam khas untuk wanita saja. tapi masa aku bekam ni ada gak lelaki yg datang untuk rawatan tulang belakang. tapi pakai mesin la. nampak mcm best gak yang tu. next time aku nak cuba. rawatan resdung, gurah pun akak tu ada buat.
Time aku buat bekam ni hari kerja so tak ramai orang la.lagipun katil bekam ada dua. so mana yang takut datang sorang boleh ajak kawan. yang penting perempuan. sambil bekam boleh gosip artis.hahaha
Setelah hampir setengah jam darah kotor dikeluarkan ni la hasilnya.....
ehsan google
seram x korang??
aku bekam mcm gambar atas tu la. tu pic google. tak kan nak letak pic aku pulak. sebijik mcm pic tu. tu la kesan lepas bekam. tapi jangan risau kesan tu akan hilang. bila mandi tak pedih pun. kalau warna lebam tu pekat n hitam maksudnya darah kotor n banyak angin. kene ulang buat bekam sampai warna darah normal .
Lepas bekam memang rasa ringan gilerrr badan tapi tujuan utama bukan untuk kurus okeyhhh...hahahaha...aku bukan p sedut lemak. ada yang tanya aku p bekam untuk kurus ke? soalan apakah ini? bekam ni untuk keluarkan darah kotor bukan keluarkan lemak. darah kotor ni hasil dari pemakanan kita dll.
So rasanya mungkin aktiviti bekam ni aku nak jadikan rutin. aku dah tanya akak tu takpe ke bekam sebulan sekali.katanya ok. aku risau pengsan or mati je. hahahaha cetek betul ilmu aku. ok korang kalau sapa2 yang area KL boleh la try p bekam kat akak ni.
Tapi ada juga golongan yang tak boleh bekam sepeti ibu mengandung, orang tua dengan penyakit, dalam period dll. sila telefon tanya dl sebelum pergi. kang xpasal2 jadi hal lain pulak.
Selamat mencuba....
ok tata....
Good sharing tp ku tetap seram nk buat...haha
ReplyDeletehahaha...dont seram2 k...bagus untuk badan
Delete