Showing posts with label ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

CABARAN PUASA ADA ANAK KECIL

Assalammualaikum..




Tahun ni kali kedua puasa dengan ada anak kecil. dulu kali pertama  Luqman  masih baby. baru 44 hari. ngam2 aku habis pantang kita sambut puasa. selamat sebab dia tak makan lagi dan  menyusu je la kejenya. aku pun dapat puasa penuh dengan jayanya. tapi dahaga Allah sahaja yang tahu sebab menyusu badan.

sekarang dia dah setahun sebulan. tak boleh panggil baby dah. tak pelah selamanya Luqman baby ibu walaupun dah kertu nanti. hek. makan pun dah macam orang beso. macam2 dia makan dah sekarang ni walaupun badan masih slim tak berapa nak beso. slim mcm ibunya =)

Biasa sebelum pergi kerja pagi2 aku akan masak bekal dia. nak makan kat rumah mami (pengasuh) nanti. masak yang simple je. paling simple sup la. sup  yg dia suka sangat buat masa ni. sup udang , sup ayam dan sup bilis . sup tu aku isi sayur skali dan lawankan dengan nasi. senang sangat kan. tak mencabar langsung lauk anak aku. heheehe. tapi bulan puasa ni mencabar skit la sebab aku tak leh rasa. itu ok lagi la korang. yang lagi mencabar bila aku asyik nak tersuap mulut sendiri je kalau suap Luqman makan. acaner tu. hahaha...

Luqman ni pulak sejenis makhluk yang makan sambil main.  ambik masa lamaaaaaa nak tunggu dia makan tu. dia makan sesuap dia p main 2 minit. pastu datang kat aku makan semula. pastu main lagi. stress ibu nak oii tunggu hang nak habis makan. kadang2 aku geram aku p je depan muka dia suap banyak2. senang dan cepat habis.

Pagi tadi masak sup udang n nasi putih. masak pukul 7 pagi. mesti jiran ingat aku tak puasa . lantok. aku memang dah biasa masak bekal Luqman sebelum p kerja. bahan2 dah siapkan malam sebelum tu. pagi2 bersilat kejap je kat dapur.

nak dijadikan cerita sup dah siap masak nak rasa la . nasib la sempat teringat aku puasa..hahaha nasib sungguh la. dah la dugaan bau tumis bawang putih tu semerbak wangi. macam budak2 kan.bau mcm tu pun dah lapo. lapo la woii harini tak sempat sahur.

Balik kerja kang nak suap dia makan lagi. Biasanya aku  suap dia makan sambil tengok tv. tu yang kadang2 tersasul nak suap masuk mulut sendiri tu. fokus kat tv. Baru anak sorang dah asyik nak tersuap je ke mulut sendiri. camne lah orang yang ada anak kecil ramai tu. huhuhuhu


Sebulan ni bertabah la aku nak suap anak makan . tengok  dia minum air mati pun dah terliur acaner tu...dia plak kalau minum susu or air mati mcm lapo sangat siap sound effect crott crott crotttttttt..sabo je la -____-

ni bukan entry mengeluh ye kawan2. hehehee...baru terbayang camne la mak aku yg anak 8 tu bela kami time kecik2 dulu. fuhhhhh hebat la toknab. dah la kami lahir jarak tak jauh. dengan ayah aku kerja luar lagi time tu.. aku laki outstation jap pon dah nak meroyan kena jaga luqman sorang2..

ok nanti aku kongsi entry baru lagi. harap korang tak jemu baca la ye.

tata.


Ikhlas,
Ibu Luqman.

Friday, April 8, 2016

BABY E SPA, WANGSAWALK

Assalammualaikum...

Hari tu bawa Luqman pergi baby spa dekat Wangsawalk. Aku yg excited sebenarnya sebab memang dah lama teringinnnnnn sangat nak tengok dia berenang.. biasalah mak yg akan over lebih dr anak. nak pergi mandi pool entah bila tahun.

pergi hari kerja memang best la sebab takde berebut n serabut dengan orang lain. Time aku pergi baby spa ni memang Luqman sorang je yang ada. nah kau Luqman buat la spa ni macam apak kau punya. Dekat sini ada dua servis kita boleh pilih.

Swimming + Swimming Diaper RM48
Massage RM 38

Nak swimming saja pon boleh tapi sebab aku ibu yang over aku ambik semua. hahahaha..Nak datang sini pastikan baby dah kenyang n cukup tidur. xcukup tidur nanti bukan baby yang swimming tapi baby tidur je dalam kolam tu.kan dah rugi.



Mula2 sampai staff akan bagi borang dan isi la segala mak nenek maklumat diorg minta. Lepas tu baby akan dibogelkan dan dipakaikan swimming diaper yang memang dah termasuk dalam pakej. Swimming diaper ni bg mengelakkan tetiba air menjadi keruh dan bertukar color...hehehe...



Di baby spa ni ada 3 kolam. 1 kolam besar dan 2 kolam kecil. Had umur boleh mandi di baby spa ni sampai 3 tahun je. Lebih  umur p terjun pool lain. paling kecik lupa pulak tanya berapa tahun. Luqman dapat mandi kolam besar sebab takde baby lain. Mula2 letak Luqman dalam air tu dia terus terkangkang jer. nasib tak menangis melalak. good boy Luqman.


Suhu air memang diorg dah set 35C suam2 je sesuai la untuk baby. Diorg akan bagi baby swim 30 minit. memang diorg dah set masa. Sambil baby swim boleh la ibu ambil gambr n video. Staff tu akan monitor anak kita.



mula masuk terkangkang je kaki Luqman



ni baru panas enjin nak gelak2. jenuh staff tu acah2 dia bagi dia gelak.

Bila dah nampak Luqman ok diorg akan pasang ombak. bukan la ombak laut tu tapi mcm air laju tu. mula la mana2 hala anak aku berpusing. tapi Luqman tu lagi gelak galak sebab seronok. Jangan risau baby tenggelam ke apa sebab diorg akan pakaikan pelampung dekat kepala baby.



yang ni dah pakai pelampung kat pinggang pulak.. Luqman lasak sangat katanya.

Lepas setengah jam swim, diorg angkat dan lap badan Luqman. Tuala takyah bawak memang diorg dah sediakan. Lepas tu sesi mengurut pulak. amboi kemain sungguh kau nak. Ibu perati jerrr. hahahaha..





Urutan yang diorg buat ada teknik sebab aku tgk Luqman stim semacam je. hahaha... layu2 mata kene urut. Time tu aku tengok Luqman mcm nak tertidur dah. Time nak urut tu mencabar gak. kesian staf tu nak suruh Luqman baring tapi tetap la dia nak duduk n main. 



Staf tu urut belakang badan dia dl.. Lepastu bagi dia baring dan letak mainan yang gantung2 tu. baru tenang nak urut perut n badan. Sambil urut diorg sapu minyak. minyak apa tak tau la. aku pulak tak tanya. bila cium xde plak bau wangi ke apa.



amboi bagi kaki nampakkkk

Staf tu pesan Luqman akan tidur sebab penat. Lepas mandi tu pun kemain minum banyak susu. setengah jam duk dalam tu mau xlapar anak aku. 

Elok separuh jalan balik dah goal dalam kereta. Angkat masuk rumah pun xsedar. petang tu dia tidur lama gila 3 jam lebih. mata bukak tapi xlarat nak bangun letih sangat kot. tu xpe lagi. malam punnn tidur awal. 8.30pm dah goal. hahaha.... 



hai lah anak. time tido ni lah ibu rasa nak peluk cium. muka budak xde dosa



penat mengalahkan org g berperang

Ohh sebelum terlupa dekat baby spa ni ada disediakan nursing room. so tak perlu risau. untuk yang nak jadi ahli pon boleh siap ada pakej. aku tak jadi ahli pun saja je nak bg Luqman rasa. lepas ni kita pergi air terjun je la. murah sikit...hahahaha...

Jom tengok kebaikan baby spa kepada baby :

 1. Menggalakan perkembangan otak bayi
2.Meningkatkan keyakinana dan keselamatan bayi
3. Meningkatkan keselamatan dan emosi bayi
4.Mengukuhkan hubungan ibu bapa dan bayi
5.Bayi lebih tenang dan tidur lama.





tata....


Ikhlas,
Ibu Luqman


Wednesday, January 27, 2016

LUQMAN TAK SIHAT..

Assalammualaikum...

lamanya tak menulis blog...banyak cerita nak cerita tapi mood nak menulis tu tak mari2....makan xde pulak nak ikut mood kan...dasar sangattt hahahaha....

ni nak cerita pasal anak xsihat...xpernah la luqman xsihat teruk mcm ni...luqman tak sihat dr jumaat 15 hb aritu...lepas je cucuk vaksin 8 bulan jumaat tu, ahad dah mula dedar badannya...memang nurse ada cakap akan demam cucuk ni...so memang klinik dah bagi ubat demam..isnin tengah malam tu dia muntah tiap kali minum susu...makan ubat pun muntah...sudah la tu makan pun tak berapa lalu...lembik semacam je....isnin 18hb tu aku n laki ambil EL bawa luqman ke klinik...sebab badan dia panas betul..dekat 40c. Doktor Hayati masukkan ubat demam kan bontot luqman...asyik merengek n nak berdukung je...letih ibu nak oiii nasib kecik molek je badannya...malam toksah cakaplah memang aku macam xtidur langsung la risau badan makin panas lagi....malam je dia dah start nak panas...tengah malam...tidur dia pun kejap2 je...tidur nak berdukung beriba dengan aku...biasa tidur buai....

Hari selasa hantar jugaklah rumah pengasuh.. ibu nak kene kerja nak oiii...tapi makin teruk pulak dapat batuk n selesema...dah la anak pengasuh pun demam...pakej sangat...pg jumaat tu bawak lagi sekali ke klinik...doc xbg ubat sebab katanya luqman baby lagi...hanya sembur air garam dlm hidung beli kat farmasi je....again tak tidur malam lg aku..tipulah xtidur lgsg tapi org kata acah2 tidur je...anak merengek terus automatik bangun...

Alhamdulilah sekarang badan dia dah xdemam n tinggal batuk berkahak je...tiap kali luqman batuk aku  dok sebut 'tui tui tui' konon suruh dia ludah...mmg xludah la dia...telan gamaknya...nak isap kahak dia aku xla seberani itu...geli sebenarnya...hahahaa

Kelmarin sebab dah xcukup tidur kepala aku pulak toing toing pening xcukup rehat gamaknya...duk jaga si kenit tu tiap2 malam letih tapi makan lalu semacam je...hahahaha ok xlawak...aku mmg gitu kalau xsihat pun makan tetap lalu...xsihat tu kepala bukan mulut ye puan2...telan jugaklah panadol activefast tu sebelum drive p kerja...tahan sikit...kat ofis telan lagi 2 biji lepas lunch...mmg xnak ajar sgt telan panadol tapi yg tu je cepat berkesan redah je lah....mungkin faktor cuaca yg panas gila2 sekarang ni....pasang ekon kat ofis pon xrasa sangat pon...balik umah mmg terpa ekon dl....semacam bahang panas skang ni....satu lagi faktor usia la kot...kehkehkeh...dah masuk 3 series ni enjin slow skit la...

Bila anak xsihat ni dengan emak2 skali xsihat...kesian tgk dia melepek je xlarat ...dah sihat geram pulak aktif sangat...xlarat nak kemas rumah...hahahaa...baru rasa camna jaga anak xsihat...dulu xfaham ada anak baru faham...rasakannn...



luqman si budak batuk berkahak


sesiapa ada petua nak ilangkan kahak baby share la ngan aku k...mana tau mujarab n serasi ngan luqman...sian dia kalau dah start batuk....

ok tu je la intro 2016...banyak lagi pic dlm folder ...tunggu la aku rajin skit nak menaip nanti biar korang jemu baca cerita aku...hehehee...

tataa......

Tuesday, November 3, 2015

SOLID FOOD

kemain excited solid food bagai padahal bubur kosong je...hahahaha..lantokk....of coz excited kot suap anak makan bubur walaupun bubur kosong.....hahaahah...biasa org duk bagi puree dulu kan...tapi aku terus bagi bubur nasi..tapi bubur aku cair la n aku blend dulu...banyak sikenit tu makan...dia apa je yang xmakan...semua disumbat kat mulut dia nak kunyah...perangai ibu dia sangat....pantang tengok makanan...syabas nak!!

aku google kat internet konon nak cari resepi puree bagai last2 buat bubur kosong je...hahaaha...mggu pertama ni bagi bubur kosong je dulu....nampak sangat ayat pemalas aku kat situ kan???...heheehehee....bagi dia biasa makan bubur nasi...nanti2 bubuh la aksesori dia...heheehehe...

tak ingat nama pemilik resepi ni...jumpa kat FB...aku suka petua kakak tu bagi dia suruh  sangai n blend dulu beras sebelum masak bubur....ke aku sorang je yang xtau cara ni??? hahahaaha....masak bubur jadi sekejap je...halalkan saya guna resepi akak ni yer...saya nak bagi anak saya makan ni...nak jadi darah daging ni kak...tetiba emo...hahaahah...

jom kita tgk cara buat bubur nasi...syabas sgt bagi resepi bubur kosong...=)



beras selepas disangai...

sangai ni macam kita goreng tanpa minyak...gittuuu



lepas sangai kita blend kering kasi halus...


buat stok banyak terus...nak masak ambik je....senang kerja aku...





taraaa...dah jadi bubur nasi luqman...aku isi olive oil sikit masa masak bubur nasi ni....nak blend boleh xnak pon ok...suka hati korang...sebab bg aku dah halus....

sekejap je masak bubur xsampai 15minit...sekali masak aku guna satu sudu je...hari2 masak hantar rumah pengasuh...setakat ni la masak hari2...malas kalu xtau la nasib luqman camne...heheheheehee




jangan luah Luqman....ibu babap kang...muka terpaksa makan sangaaatt...




banyak gak dia makan...seronok ibu suap dia...pemakan budak ni....

 sebab pemakan lepas ni ibu up skit aksesori bubur hang k...sila makan banyak2 dan jangan membaziaq...barang2 mahal sekarang ni...hahahahaa nasib badan dapat ibu dasar kede.......T___T


ok tu je nak cerita...


dari ibu yg excited anak makan bubur kosong...kahkahakah....


tataa......





Thursday, October 22, 2015

AKHIRNYA TEWAS JUA....

mcm kalah masuk pertandingan pulak bunyi tajuk kali ni kan...heheehehe....actually ....amboi omputeh sgt tu....hahaahaha nak cite pasal Luqman yg selsema...mula2 selsema tu anak pengasuh yg kena...lepas tu baby syakir ....syakir tu baby yg duduk sama dgn Luqman dekat rumah mami(pengasuh)...akhirnya semalam Luqman pulak yg berjangkit...diorg dah selsema dah dekat seminggu...aku ingat x berjangkit lah dkt Luqman tetapi kena jugak...nak wat camne kan...dengan musim jerebu lagi sekarang ni....hmmm...

Semalam lepas balik keje laki aku kata selsema Luqman makin teruk ni...aku diam membatu lagi...duk kat dapur tgh masak...

laki aku : jom la ibu kita p klinik...

aku : perlu ke?dlm peti ada ubat selsema dia dulu...

laki aku :  takut lagi teruk kalau dibiarkan blablablabla...***bebel kuasa 5....

kalau pasal anak, laki aku kalau dah start bebel boleh tahan mak joyah dia tu...kalah org perempuan datang period T__T

aku pon siap2 la p klinik dekat area rumah kami...



klinik??? tatootttt




nasib masa sampai tu xramai org pon....sebelum ni mmg pernah p dah so register xlama la...xlama lepas tu nurse dah panggil masuk...doktor check xde bengkak apa dalam hidung....Luqman pon xdemam...Alhamdulilah.....see...abah dia gelabah lebih...sabo je lah...Doktor kata xperlu ubat apa just suruh beli "Sterimar" sajo kat farmasi....

yang paling bestnya kami langsung x dikenakan caj oleh klinik ni...mcm xpercaya je jumpa doktor xkena caj...paling koman kalau tempat lain (klinik swasta) mesti kene caj kalau jumpa doktor...air liur doktor ni bernilai...heheehe....cakap n consult sikit je terus kene caj...x gitu doktor2 sekalian?? dah la dapat doktor lelaki yang lembut n soft je cakap...Alhamdulilah rezeki Luqman...aku doakan moga klinik ni terus maju dan dimurahkan rezeki...amin...


ni la ubat yg kene beli kat farmasi tu...STERIMAR
 ubat ni jenis spray dalam lubang hidung...xboleh spray lebih 6kali sehari...

ni nak spray dalam hidung Luqman...kasi dia main2 dl tapi semua benda nak makan sekarang ni...pemakan mcm ibu dia....anak sapa la ni T___T

ok Luqman sila bagi kerjasama k...Ibu nak spray hidung hang ni...Lubang hidungmu tetap menjadi pojaaan hatikuuu.......


muka pasrah n redha tapi nasib baik dia ok...cuma terkejut je mula2 sembur ubat ni dalam hidung dia...sembur kiri n kanan dalam lubang hidung...nasib lubang hidung kembang setaman...senang nak masuk spray ni...hahahaa

lepas sembur tu dia bersin n meleleh hingus dia...memang ubat ni fungsinya untuk cairkan hingus kat dalam hidung tu...so xde la dia xselesa bila bernafas ....

pg tadi sebelum p kerja dah sembur lagi dalam hidung dia...dah pesan juga kat mami dia suh sembur dalam lubang hidung Luqman ni....moga cepat sihat ye nak...xsihat kalu sabtu ahad ni xde can nak minta abah bawa kita p jalan2 n makan2...mereput je la kita duduk dalam rumah sambil berhuhuhuhuhu sampai malam...=)

ok tu je nak cerita...

tata....





Friday, October 16, 2015

SSC BABY CARRIER

SSC (Soft Structured Carrier)  ni aku beli dari FB Cozy Baby time luqman umur 2 bulan gitu...kononnya senang xyah bawak stroller dah p mana-mana nanti...biar abahnye je yg dukung...aku xnak dukung...malas sebab balik nanti sakit pinggang....harga pon xla mahal sangat...masih dalam bajet aku lagi...xsilap aku RM185.00 xtermasuk pos...lupa dah...SSC ni boleh pakai utk baby 4 bulan ke atas....kami pakai SSC ni time umur Luqman dah 5 bulan tu pon sebab nak naik train p UTC...

lepas beli n pakai mmg ternyata xmenyesal la beli...memang banyak menolong kalau nak p mana2 terutamanya bila jalan2 naik public transport...senang xyah angkut stroller dah....tapi luqman pon kadang2 sampai time dia rimas dia xnak lgsg duk dalam tu ...rimas si kenit tu sebab dia boleh ngadap dada abah dia je...so mengadap bulu dada abahnya je la sampai sudah...hahahahaa...

abah n luqman dlm train..

lagi satu best pakai ni sebab kita dah tau baby mmg secure duduk melekat kat badan...so tangan boleh la capai apa2 masa nak membeli nanti...kalau org nak culik gak anak kita mmg cari maut la sebab xkan kita xsedar kan anak duk melekat kut kat kita....nauzubillah minta dijauhkan semua tu....

tapi aku perasan Luqman start rimas bila pergi kawasan yg xde aircond...amboi kemain ko nak...nak kata pakai ketat sangat xplak...sebab berpeluh kot tu dia rimas...aku agak je la...sudahnya abah dia bukak n dukung mcm biasa je...br muka dia ada senyum...


sampai tertido la dlm SSC ni...


anak kanggaroo moden...hek


 ni cara pemakaian btl SSC ni...nah baca sendiri dr pakcik google ni...jangan malas membaca...


Not Recommended:

Thigh NOT supported to the knee joint. The resulting forces on the hip joint may contribute to hip dysplasia.


 Better:
Thigh is supported to the knee joint. The forces on the hip joint are minimal because the legs are spread, supported, and the hip is in a more stable position.

kesimpulannya aku suka la SSC ni...hehehehe


ok nanti borak2 lg...

tata...

Friday, October 9, 2015

KEHIDUPAN SEBELUM DAN SELEPAS ADA ANAK

ewaaaahhh tajuk mcm dalam dilema sgt kan??hhahahaa.saja je nak sembang2 tentang topik ni...tu je.xde yg suspen sgt pon..hmmm ada beza ke x sblm or selepas ada anak ni..bg aku baaaanyaaakkkk beza sangat...maksudnya tanggungjawab dah bertambah lagi sorang.dulu uruskan laki aja...tu pun bleh tahan mcm baby gak laki aku tu...hehehe...ni bila dah ada anak automatik hidup berubah totally...jom kita tgk apa yg beza...


1. TIDUR

SEBELUM- ikut aku nak tido or bangun pukul berapa...pkl 3 pagi lepak mamak lagi borak2 ngan laki aku even tgh sarat mengandung pon dulu...buruk perangai...baru jiwa muda kononnyaaa...-___-

SELEPAS -dah ada sikenit Luqman tu time tido dah caca merba....tidur kene ikut time dia plak...lagi plak space tido pon dia dah conquer..xbg can langsung kat mak pak hang no...heheeheh...dia duk tgh2 sekarang...


 bos kecik tengah beradu...jgn berani2 nak kacau...=)


2. MAKAN

SEBELUM- makan mesti berdua..i suap u..u suap i..kemain romantik...muntah.. hahahaha..masa makan pon boleh lagi sembang merapu sampai sejam dua....siap meratah lauk yg xhabis..sampai tangan kering pon xbgn2 lagi.again buruk perangai sgt...

SELEPAS- makan sepantas mungkin...lepas sumbat, sumbat lagi secepat mungkin risau anak melalak..makanan xsempat hadam lagi  anak dah lalak2 acaner??makan pon xtenang...sekarang makan pon kene ikut turn.kalau anak tidur ada chance la jugak makan berdua tu pun makan laju2 gak risau kot2 dia jaga.kalau aku dah lapar sgt mmg aku yg nak makan dulu...hahaha laki aku kemudian k.....makan pon dah xrasa apa dah janji kenyang sudah.kadang2 lepas makan pon lupa minum air..-___-


3. SHOPPING

SEBELUM - boleh pusing mall tanpa beli apa2 pon selama 1-2 jam...berjalan dlm mall pon dgn lenggang mak kiah sambil2 kutuk n gelakkan org yg ada dlm mall...dah xde benda nak buat kan.nak beli barang kadang2 poket xcargas lg belum gaji =)

SELEPAS - mmg dah siap list barang apa yg nak beli then terus tuju kedai berkenaan. no more usya2 org sebab Luqman perlukan kasih sayang... time tu jugak lah dia nak merengek nak susu nak ni nak tu...barang yg dibeli pon semuanya barang luqman wlpon xde dlm list.kasut kerja aku dari tahun lepas tak bertukar tapi sebab berkenan barang utk dia, aku mengalah n pasrah hahahaaha....


4. JALAN-JALAN

SEBELUM - nak p mana pon xkisah sgt time bila.tgh malam pon jadi.duk dlm kereta br fikir nak p mana..nak p masuk hutan hiking or jungle trekking pon rilek je.

SELEPAS - nak p jalan pon fikir tmpat yang sesuai ngan baby.mana lagi kalu bukan mall kan?risau la kat luar panas sgt ke cuaca....hitam anak i nanti wlaupon mmg sahih luqman xputih hahahaha. p jalan2 sekarang pon sebab terpaksa or nak beli barang2 penting sgt je....kdg2 singgah kedai pon aku xturun.laki aku je turun n cari barang...aku n luqman tunggu dalam kereta sajo..sedih kan?


5. MASA

SEBELUM- rasa masa 24 jam tu cukup je nak buat semua benda..buat kerja  pon tertib n xde kelam kabut bagai...sampai kadang2 xtau nak buat apa dah bila duk rumah time cuti...hek

SELEPAS - "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" huhuhuhu rasa 24 jam tu mcm xcukup je...sekarang semuanya kene plan awal2...mana yg nak buat dl...mana yg penting. xde lg isitilah tanggguh2 kerja ni...cewaaahhh gitttu...


6. MANDI

SEBELUM - selagi buih sabun tu xkepuk2 selagi tu lah nak sabun n berus badan bagai...rajin skit scrub badan pulak..syampu rambut hari2..syampu rambut pon lemah gemalai je takut rambut putus hahahaa...duduk dalam bilik air kemain lama..berbulu jer org tunggu nak masuk kencing or berak...hehehehe

SELEPAS - syampu seminggu 2-3 kali je...paling teruk seminggu sekali             -__-...sabun badan pon yg mana dan je...ambik syarat mandi org kata...bersih or x belakang cerita...xdan nak belek bagai dah..jgn berdaki sudehhh hahaahaha....kadang2 mandi pon bukak pintu bila laki aku xde dekat rumah...risau luqman melalak sorang2..terkebil2 luqman melihat ibunya  mandi..


7. BERAT BADAN

SEBELUM - ni mmg beza yg ketara...hahahaaha sebelum ada anak 58kg...

SELEPAS - lps ada luqman 65kg...bahagia sgt menternak lemak =)



hmmm apa lagi ye?? nanti aku ingat aku tambah lagi..kalau korang nak tambah pon silakannnnn....=)

mmg nampak beza kan sebelum n selepas ada anak ni...tapi anak itu lah amanah Allah yg perlu dididik untuk berjaya dunia akhirat..anak juga lah penyejuk mata aku kalau penat balik dari kerja. Anak juga tempat aku meluah perasaan lps gaduh ngan laki walau dia xpaham sepatah haram pon aku cakap apa...hahahaha....dia juga buat aku belajar erti LEBIH sabarrrrr....br tahu tahap kesabaran kita ni level mana..heheheee...hebat betul penangan insan bernama ANAK...akhir kalam jadilah kamu anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat ye nak!






ok lah nanti sembang topik lain plak...=)


ok tata....

Wednesday, September 23, 2015

NICU


lepas beranakkan luqman nurse bawak dia utk dbersihkan dan aku kene jahit ngan doc pelatih lelaki.jahitan banyak n dalam. aku sampai tanya doc tu lama lagi ke?kaki akak dah lenguh kangkang ni.letih kangkang teran pon xilang lagi.hahahaha doc pelatih tu pon jawab " sabar kak ,akak koyak banyak ni n dalam. take time skit nak jahit" wokeh aku jawab pasrah n redha je la...aku tgk doc yg jahit aku tu berpeluh2.yg jahit aku dua2 doc peltih n yg win nya dua2 lelaki.aku?tadah je lah hahaahaa nak malu pe kan.diorg dah biasa tgk lagpon doc yg jahit aku tu dah kawen n ada anak dah.korang bayangkan aku sempat tau cerita dia sambil dia duk jahit tu.betapa lamanya dia jahit aku.dah macam jahit pukat ikan dah aku tgk dia.

Sejam lps tu doc pompuan dtg cek jahitan aku.dia kata kemas n cantik..bangga jap  aku wlpon bkn aku yg jahit hahahaa..diorg bg aku makan tapi aku xlalu..tetiba aku pening2 lalat xtau nape.mgkin sebab tgh hari aku xmakan,tenaga dah xde darah banyak ilang maby la kot.aku gagahkan diri makan epal.nasi xlalu lgsg wlpon perot lapo n badan letih ya amat.setel semua n anak aku pon dah bersih.



NICU

Luqman kene masuk NICU bila doc dtg check esok harinya.mula2 doc kata dah bleh discharge,seronok bebenor rasa di hati ini.pastu bleh plak kata kene masuk NICU.terkejutlah kami laki bini.nape plak kene tahan ni.terus doc tolak luqman ke NICU ngan aku plak laki bini terpinga2.xtau ujung pangkal cuma doc mention anak awak de tiroid.gitu aje.lagi la aku what??nasib laki aku cool wlpon dia cuak gak. So bermulah episod luqman di NICU, Hospital Selayang.



ni luqman di NICU.rasa sedih tgk tangan dia kene cucuk n drip air..huhuhu


NICU ni kira xkritikal macam ICU tapi tetap org luar xleh masuk tgk baby kecuali ibu n bapa baby saja.masuk pon kene pakai baju cover putih n setiap kali sebelum n selepas pegang baby kene cuci tangan.kat situ jugak ada nurse yg uruskan baby2 ni.ramai baby yg masuk situ mcm baby xcukup bln,baby jaundise dll.yg bestnya kat selayang ni aku diberi katil tapi katil ni hanya utk ibu yg BF baby sahaja.makanan utk ibu pon free.ala2 hostel gitu.tapi ari pertama tu katil xde kosong maby petang nurse kata baru ada.aku nak balik umah nak kene naik tingkat 4 xde lif okey lagi la ngeri.so aku n laki aku decide cari hotel murah sementara nak dapat katil kosong.xkan nak melangut dr pagi sampai petang kat NICU.aku nak rehat n baring.

Kesan jahit tu ngilu2 je rasa n mata ngantuk ya amat.naseb depan hospital tu ada hotel smile xsilap aku nama dia.check in situ tp bila aku nak tido xngantuk n terkebil2 aku mula2 tu.nak tido pon teringat2 kat baby.camne la dia kat sana.elok je nak tido dlm pkl 11malam nurse kol kata katil dah de.xkan aku nak p hospital plak kan.hotel dah bayar ni.aku mintak kat nurse nak masuk pg sok.so pg2 dlm pkl 7pg aku dah bgn n p hospital tgk luqman.aisssh rindu ya amat wlpon tinggal dia sekejap je.

sampai2 nurse suh BF baby.satu hal plak aku terkial2.hahahaaha. nasib nurse situ baik2 n ajar aku camna nak BF baby dengan cara yg betul.lps baby tido n daftar semua bagai, laki aku balik sentul n aku p tido kat katil.tapi di NICU bkn leh tido dengan enak ye puan2 selang 2-3 jam kene p kat baby BF kan baby.pastu kene perah stok susu.ada bilik khas perah susu.bilik perah susu siap seme breast pump,peti ais n tv bagai.bilik tu suami xdibenarkan masuk.ibu2 perah susu sajo yg leh masuk.so tulah rutin aku selama 3 hari kat NICU.ari2 aku tanya nurse bila baby leh kuar. dah sian tgk baby kene amik darah bagai.




tiroid 


Doc ckp semua org ada tiroid.kanak2 or org dewasa.cuma bacaan tiroid luqman tinggi utk dia as baby.tu kene monitor.elok tiroid dah nak ok luqman kene kuning plak.so kene dok bawah lampu plak.aku masa ni stress ya amat tgk anak kene mcm2.nasib mak n mak mentua aku dok kol redakan aku punya stress.mana xstress woo dgn aku luka jahit ngilu2 lg dgn anak camtu lg.nak kuar wad xbleh lg.huhuhu sabo je la.patut org kata emosi org pantang ni lain macam sket.br aku paham.


So hari ke5 baru aku dapat kuar dr NICU.lega ya amat rasa sebab baby dah ok n leh balik kg. terima kasih sgt2 pada nurse2 kat NICU n hospital selayang khususnya.layanan diorg terbaik bg aku wlpon aku bayar ciput je.korang bayangkan kalu aku kat swasta mau puluh ribu kot.dengan vacum,warded NICU lg.Alhamdulilah keputusan nak bersalin di Hospital Selayang xsilap n dipermudahkan Allah.




ni kat luar NICU tgh layan ofismate borak bkn ckp sorg2 .xleh masuk so diorg xdpt tgk baby.


ok itu saja pengalaman aku di NICU yg aku nak share =)

BERSALIN LUQMAN PART 2

ok seperti janji aku nak sambung pasal luqman di NICU dan pengalaman VACUM time nak lahirkan anak soleh n bertuah tu.

INDUCE & VACUM

Sepatutnya due aku 4/5/15 tapi  ari due tu aku xrasa sakit lagsg  atau keluar tanda2 nak bersalin ke hapa.siap merempit ngan laki aku p sogo n jalan tar...laki aku plak yg naik risau nampak aku cargas semacam je...heheeehee...tapi disebabkan aku ni ada kencing manis(time ngandung ni je) laki aku kata jom siap semua barang p menyerah diri.aku?xnakkkkkk nak p jalan2 lagi hahahahaa dan lagi tu xnak beranak lagi sebab nak p jalan2 n makan mcm2 lagi .gilo kata laki aku sebab nak makan aje aku xnak beranak =). So pergi menyerah diri 5/5/15 tupon sebab isau baby lemas ke apa ke kan.makan n jalan2 nanti2 pon xpe. laki aku sound tau takut yer?? ingat power sangat.hampagas sgt dia..aku xnak kuarkan anak dia br tau...

So sebagai isteri yg solehah sgt dan mendengar cakap suami berbondong2 lah aku n laki aku p ke Hospital Selayang dengan harapan xkena tahan kat sana. memang aku n laki aku je berdua.xde mak waima mak mertua pon yg teman.berdikari sungguh kalu ingat..huhuhu.kata susah senang bersama kennnn...puii..Harapan tinggal harapan aje memang kene tahan la sebab de kencing manis and overdue (sehari jek pon) so tunggulah kami nak dapatkan katil n prosedur2 bagai.p hospital pg n ptg lps asar br dapat katil. penat tunggu tu hazabedah ya amat tapi sebab tau gomen n bayar xmahal so sila jgn merungut! nak dapat layanan istimewa p swasta la n pastikan wallet anda cargas!

Malam tu kene seluk ngan doc hensem plak tu nak tgk bukaan tapi xbuka2 hahahaaa degil ye ko nak xnak kuar..so doc decide induce la sok pg.Induce??natang pe tu??oh lps doc hensem tu terangkan baru aku cerdik skit induce tu ape..maklumlah anak sulung.pastu buat2 cerdik hahahaa...pagi induce pkl 6.45pg awl gile naseb aku dah mandi wangi2 kene seluk lagi masuk ubat kat bawah.doc hensem tu lg..tadah je lah nak wat lagu mana kan.xkan nak ckp xnak doc laki seluk kan??mmg kene halau la aku.jgn banyak songeh.ubat induce aku tu macam panadol tapi besar duit 50sen tu..boleh bayang x kamu2?? hahaah time masuk ubat tu senak lagi sekali.aku tarik nafas panjang2.

Pkl 11.30pg tu dah rasa contraction tu mula kuat.sampai pejam2 mata aku tahan sakit tu.laki aku datang pon aku xleh nak cakap banyak dah.makan toksah ckp la mmg xlalu lgsg.gigil badan,mata pejam n tangan genggam katil tahan sakit. sakit datang selang 10 minit. Nurse datang cek tekanan darah n aku siap merintih sakit ...sakit..Nurse tu pesan ingat Allah n berzikir. Laki aku urut2 belakang aku pon konon nak bg tenang pon xjalan.Masa tu baru tau ingat mak hahaahaha...Susahnya mak nak beranakkan kami 8 org..huhuhu sayang mak.

Lama gila aku tahan sakit dari kol 11.30am sampai kol 4.20pm. Aku xmakan pon mknan hospital bagi.laki suap n paksa gak aku makan kurma.aku telan gak la 5 biji kurma tu bg tenaga nak teran nanti. 4.20 ptg tetiba air terpancut n katil aku basah.aku panggil nurse n kol laki aku.laki aku kat luar xbleh masuk lagi blom pkl 5 waktu melawat.nurse kata tu air ketuban dan pecah.tapi sebab aku dah pecah air ketuban laki aku dapat masuk.Nurse bg aku ubat kasi berak n aku tukar baju then nurse tolak aku ke labour room.

Labour room satu hal plak laki aku xleh masuk.tinggallah aku sorg2 menahan sakit yg maha sakit.lagi kuat sakitnya dan dtg lagi kerap.gigil2 badan aku tahan sakit.org yg pernah induce je kot yg paham perasaan aku time tu huhuhu.aku mintak kat nurse suh laki aku masuk nurse jawab xboleh lagi.kejap lagi dia akan benarkan laki aku masuk.lagi la aku nak meraung.tapi sebab nak nampak jantan aku xnak nangis..hahahaa..Pkl 6.30ptg aku dah xtahan aku rasa mcm de bende nak kuar tapi xkuar dr perut aku.bergelodak semacam.bila dtg contraction tu aku pejam mata n baca surah pendek yg aku ingat. Doc masuk cek bukaan baru 7cm..jgn teran dia kata. dia ingat aku saje2 nak teran ke padahal aku rasa kalu doc duk kat kaki aku mau aku terajang sebab sakit ya amat.time tu mmg ingat nak kuarkan baby je.

Pkl 7pm aku merayu kat doc aku xtahan sgt2 dah ni.Bg la laki aku masuk.aku cakap "saya nak suami saya doc" kalu ingat balik lawak pon de...mcm la laki aku nak lari tinggalkan aku kan.laki aku dapat masuk lega skit hati aku wlpon dia bkn leh kuarkan baby pon. Doc panggil team dia n suh aku standby nak teran. Ramai yg keliling aku. yang lawaknya doc pelatih jadi team sorak plak dah la semua lelaki.Doc je pompuan.Malu dah hilang sebab sakit ya amat.aku stat teran sampai pkl 7.20ptg tapi xkuar2 gak luqman.Doc kata kene vacum kalu x baby lemas kat dalam.Laki aku kene keluar xbleh tgk proses vacum tu.Lagi la laki aku cuak tggu kat luar.Vacum pon aku kene teran gak.Kali pertama vacum xle.kali kedua teran n vacum baru keluar baby.luqman kuar jam 7.23ptg sedang elok azan maghrib (azan dr fon doc) Alhamdulilah dah jadi ibu.Fuhhhh..baby dah kuar tu aku  rasa mcm menang moto! hahahahaa...




ni vacum gak tapi bkn vacum ni tau yg sedut luqman!! =)





ni selepas baby dibersihkan.nurse letak tepi aku. aku plak dah setel kene jahit...hohoho..jahit rasa pe?cam rasa epal =) 







ok nanti sambung lg =)