Thursday, June 9, 2016

CABARAN PUASA ADA ANAK KECIL

Assalammualaikum..




Tahun ni kali kedua puasa dengan ada anak kecil. dulu kali pertama  Luqman  masih baby. baru 44 hari. ngam2 aku habis pantang kita sambut puasa. selamat sebab dia tak makan lagi dan  menyusu je la kejenya. aku pun dapat puasa penuh dengan jayanya. tapi dahaga Allah sahaja yang tahu sebab menyusu badan.

sekarang dia dah setahun sebulan. tak boleh panggil baby dah. tak pelah selamanya Luqman baby ibu walaupun dah kertu nanti. hek. makan pun dah macam orang beso. macam2 dia makan dah sekarang ni walaupun badan masih slim tak berapa nak beso. slim mcm ibunya =)

Biasa sebelum pergi kerja pagi2 aku akan masak bekal dia. nak makan kat rumah mami (pengasuh) nanti. masak yang simple je. paling simple sup la. sup  yg dia suka sangat buat masa ni. sup udang , sup ayam dan sup bilis . sup tu aku isi sayur skali dan lawankan dengan nasi. senang sangat kan. tak mencabar langsung lauk anak aku. heheehe. tapi bulan puasa ni mencabar skit la sebab aku tak leh rasa. itu ok lagi la korang. yang lagi mencabar bila aku asyik nak tersuap mulut sendiri je kalau suap Luqman makan. acaner tu. hahaha...

Luqman ni pulak sejenis makhluk yang makan sambil main.  ambik masa lamaaaaaa nak tunggu dia makan tu. dia makan sesuap dia p main 2 minit. pastu datang kat aku makan semula. pastu main lagi. stress ibu nak oii tunggu hang nak habis makan. kadang2 aku geram aku p je depan muka dia suap banyak2. senang dan cepat habis.

Pagi tadi masak sup udang n nasi putih. masak pukul 7 pagi. mesti jiran ingat aku tak puasa . lantok. aku memang dah biasa masak bekal Luqman sebelum p kerja. bahan2 dah siapkan malam sebelum tu. pagi2 bersilat kejap je kat dapur.

nak dijadikan cerita sup dah siap masak nak rasa la . nasib la sempat teringat aku puasa..hahaha nasib sungguh la. dah la dugaan bau tumis bawang putih tu semerbak wangi. macam budak2 kan.bau mcm tu pun dah lapo. lapo la woii harini tak sempat sahur.

Balik kerja kang nak suap dia makan lagi. Biasanya aku  suap dia makan sambil tengok tv. tu yang kadang2 tersasul nak suap masuk mulut sendiri tu. fokus kat tv. Baru anak sorang dah asyik nak tersuap je ke mulut sendiri. camne lah orang yang ada anak kecil ramai tu. huhuhuhu


Sebulan ni bertabah la aku nak suap anak makan . tengok  dia minum air mati pun dah terliur acaner tu...dia plak kalau minum susu or air mati mcm lapo sangat siap sound effect crott crott crotttttttt..sabo je la -____-

ni bukan entry mengeluh ye kawan2. hehehee...baru terbayang camne la mak aku yg anak 8 tu bela kami time kecik2 dulu. fuhhhhh hebat la toknab. dah la kami lahir jarak tak jauh. dengan ayah aku kerja luar lagi time tu.. aku laki outstation jap pon dah nak meroyan kena jaga luqman sorang2..

ok nanti aku kongsi entry baru lagi. harap korang tak jemu baca la ye.

tata.


Ikhlas,
Ibu Luqman.

No comments:

Post a Comment