Assalammualaikum...
Dah lama sangat tak update blog. last update bulan 10.
tak tau la busy ke apa yang jadi malas sangat nak update.
Pejam celik dah nak habis tahun 2016
rasa macam sekejap je tahun ni.
tak tahu kenapa rasa cepat je masa berlalu sekarang
nampak sangat dah kertu
kalau nak cerita pencapaian tahun 2016 ni hmmm
tak tau nak cerita apa sangat
peningkatan berat badan tu sudah tentulah kahkah
tapi azam aku setiap tahun adalah cuba jadi yang terbaik dan org baik-baik. Insyaallah.
Tahun ni banyak bende jugak impian tak tercapai
Nak marah sapa kan?
Marah diri sendiri je la
Satu- berat badan tak mencapai BMI lagi kahkah.
Bukan tahun ni je
tiap-tiap tahun gitu laaaa
Kedua- nak abiskan thesis master yang tak habis-habis lagi
baru separuh jalan je siap
malas betol la nak membaca sekarang ni.
masa asyik mencemburui aku je. alasan sangatttt.nak seribu daya ye dok?
kagum dengan org yang beranak pinak yang sambung belajar.
aku ank sorang pun dah rasa masa mcm tak cukup je
dah tak larat nak hadap n dengar laki bebel pasal thesis ni
Insyaallah cuba habiskan dan konvo tahun 2017.
Doakan aku.
Tahun 2017 aku cuba nak jadi..
Hamba yg taat perintah Allah
Isteri yang baik walaupun selalu melawan suami
Ibu yang baik walaupun selalu marah anak time laki takde
Anak yang baik walaupun tak mampu bagi mak 10k sebulan
Staff yang baik walaupun selalu guna internet ofis layan fb, blog
Kakak yang baik walaupun garang mcm singa
tu jelah impian aku.
aku jenis org yg simple
tak nak letak impian tinggi dan tak logik
nanti jiwa merana dan sakit hati je
dan yanggg paling penting aku tak nak jadi orang yg busuk hati
tak nak dengki dengan orang lain
nak jadi orang yang sentiasa sabar dan positif je
ewahhh kemainnn.. kalau menulis nak up je kan kahkahkah...
Harap 2017 nanti perkara yang baik-baik je jadi kat aku
Untuk semua org juga
nak dengar yang happy2 je
tapi dah nama pun hidup kan?
mesti ada je yg menduga
yang penting bukan apa yang diduga
tapi cara kita handle dugaan tu ok?
Alhamdulilah aku dikelilingi keluarga yang baik
kawan yang baik2
walaupun aku bukan org yang baik2
cantiknya aturan Allah kan?
betapa DIA menegur aku dengan cara yang halus
tanpa buka aib
tanpa jatuhkan hukuman di dunia
makin berumur ni kita cari ramai kawan
bukan cari ramai musuh
tak perlu nak dengki dengan rezeki orang lain
tak perlu nak cari gaduh
rugi masa rugi tenaga
aku pun masih belajar erti syukur
syukur masih bernafas
syukur masih ada ruang taubat
syukur masih ada keluarga
syukur masih cukup makan
syukur atas segalanya
syukur pada apa yang aku ada
bukan apa yang org ada
itu nikmat sebenar syukur
makin tua ni makin emo pulak aku rasa sekarang
baca caption sedih skit kat fb
bergenang air mata
dengar ustaz ceramah terus sayu je rasa kat hati
adik aku gurau kasar dengan aku
"katanya tak lama dah la tu". bongok sangat statement tu.
ya mati itu pasti!
hati n jiwa cepat cair
tapi degil n ego masih ada heheehe
dah geng mak2 ni faham2 lah ye.
Untuk penutup 2016 ni aku menyusun 10 jari mohon maaf (dah mcm raya)
kalau ada yang terasa hati
tersentap dengan mulut laser aku
sepanjang jadi kawan aku
jadi musuh aku
anggaplah aku hanya hamba Allah yang selalu alpa.
Ok tata..
Bye 2016...
Hi 2017...
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Tuesday, December 27, 2016
Monday, July 25, 2016
SAKIT INDUCE BERSALIN
Assalammualaikum..
Bersalin Luqman aku kene induce sebab dah over due di samping aku ada kencing manis time mengandung. Ramai yg tanya sakit ke induce ni. susah nak cakap. bersalin ade ke yg xsakit ??? hahahaa....bukan gelakkan org tapi lucu gak soalan tu..tahap dia aku xleh nak banding lagi sebab baru sekali je bersalin kan. heheehe.
Nak dijadikan cerita aku induce pkl 6.45pg. ubat induce tu pun mcm panadol tapi besar skit dr panadol. paham? xtau la kot ada induce teknik lain plak. sampai pukul 8.00 pagi aku rileks lagi xde rasa apa2 pun..mula2 fikir eh eh xde rasa apa pun. tak sakit pon...lalaala...borak ngan akak katil depan dia gtau mmg camtu belum sampai lagi masa nya tu. katanya lain org lain tahap sakit dia.. dgr yg tu dah tak rileks dah..hahaha..pasrah je la.
pkl 11.30pg dah mula rasa contraction tapi mcm sakit perut period je. masih ok lagi la. sejam lepas tu dah start sakit tetiba badan automatik vibrate. tangan pegang tepi katil. mata tutup menahan contraction tu. haaaa time ni br aku tau sakit induce tu. ohhh begini rasanya. makin lama makin kerap rasa sakit tu.
dalam pkl 3ptg nurse dtg check n tanya. "awak nak ubat tahan sakit ke?". tapi sebab nak tunjuk macho aku kata no! ewah gila berlagak. tapi tapi keluar gak air mata jantan aku ni ha...sakit weii.. istighfar tetap istighfar tapi sakit tetap sakit. gigih bangun berjalan konon nak kurangkan sakit. pun tak de kurang sakit. laki tak boleh masuk lagi time ni sebab bukan waktu melawat. bila ingat balik sakit contraction tu rasa dah xnak mengandung. amboi kemain hahahaa... tapi bila tgk baby org teringin plak. acaner tu?? simptom mak2 gitu la kot. hahaha..
pkl 4.20ptg air ketuban pecah so terus nurse suruh salin baju dan berak. terus nurse tolak ke labour room. sakit kat labour room lagiiiiiii kerap. yg tu mmg toksah nak cite la. 100 kali sakit dari contaction pagi tu. tutup mata korang dan bayangkannnn..Allah je yang tau sakitnya camne. time tu memang tobat lahom dah nak mengandung. time sakit je mesti dah taknak ngandung...hahaha
So jawapan aku pada yang tanya tu semua cara bersalin tu sakit dikk oii kecuali hang bersalin tipu2 mcm dlm drama TV or main pondok2 kahwin time kecik2 dl. hahaha..
P/S : Entry ni bukan nak takutkan org yang nak bersalin tau. saja nak share pengalaman aku bersalin kene induce. pada yg agak tak selesa dengan entry ni maafkan aku. tak ada niat lain.
Nanti borak lagi k.
tata...
Thursday, June 9, 2016
CABARAN PUASA ADA ANAK KECIL
Assalammualaikum..

Tahun ni kali kedua puasa dengan ada anak kecil. dulu kali pertama Luqman masih baby. baru 44 hari. ngam2 aku habis pantang kita sambut puasa. selamat sebab dia tak makan lagi dan menyusu je la kejenya. aku pun dapat puasa penuh dengan jayanya. tapi dahaga Allah sahaja yang tahu sebab menyusu badan.
sekarang dia dah setahun sebulan. tak boleh panggil baby dah. tak pelah selamanya Luqman baby ibu walaupun dah kertu nanti. hek. makan pun dah macam orang beso. macam2 dia makan dah sekarang ni walaupun badan masih slim tak berapa nak beso. slim mcm ibunya =)
Biasa sebelum pergi kerja pagi2 aku akan masak bekal dia. nak makan kat rumah mami (pengasuh) nanti. masak yang simple je. paling simple sup la. sup yg dia suka sangat buat masa ni. sup udang , sup ayam dan sup bilis . sup tu aku isi sayur skali dan lawankan dengan nasi. senang sangat kan. tak mencabar langsung lauk anak aku. heheehe. tapi bulan puasa ni mencabar skit la sebab aku tak leh rasa. itu ok lagi la korang. yang lagi mencabar bila aku asyik nak tersuap mulut sendiri je kalau suap Luqman makan. acaner tu. hahaha...
Luqman ni pulak sejenis makhluk yang makan sambil main. ambik masa lamaaaaaa nak tunggu dia makan tu. dia makan sesuap dia p main 2 minit. pastu datang kat aku makan semula. pastu main lagi. stress ibu nak oii tunggu hang nak habis makan. kadang2 aku geram aku p je depan muka dia suap banyak2. senang dan cepat habis.
Pagi tadi masak sup udang n nasi putih. masak pukul 7 pagi. mesti jiran ingat aku tak puasa . lantok. aku memang dah biasa masak bekal Luqman sebelum p kerja. bahan2 dah siapkan malam sebelum tu. pagi2 bersilat kejap je kat dapur.
nak dijadikan cerita sup dah siap masak nak rasa la . nasib la sempat teringat aku puasa..hahaha nasib sungguh la. dah la dugaan bau tumis bawang putih tu semerbak wangi. macam budak2 kan.bau mcm tu pun dah lapo. lapo la woii harini tak sempat sahur.
Balik kerja kang nak suap dia makan lagi. Biasanya aku suap dia makan sambil tengok tv. tu yang kadang2 tersasul nak suap masuk mulut sendiri tu. fokus kat tv. Baru anak sorang dah asyik nak tersuap je ke mulut sendiri. camne lah orang yang ada anak kecil ramai tu. huhuhuhu
Sebulan ni bertabah la aku nak suap anak makan . tengok dia minum air mati pun dah terliur acaner tu...dia plak kalau minum susu or air mati mcm lapo sangat siap sound effect crott crott crotttttttt..sabo je la -____-
ni bukan entry mengeluh ye kawan2. hehehee...baru terbayang camne la mak aku yg anak 8 tu bela kami time kecik2 dulu. fuhhhhh hebat la toknab. dah la kami lahir jarak tak jauh. dengan ayah aku kerja luar lagi time tu.. aku laki outstation jap pon dah nak meroyan kena jaga luqman sorang2..
ok nanti aku kongsi entry baru lagi. harap korang tak jemu baca la ye.
tata.
Ikhlas,
Ibu Luqman.

Tahun ni kali kedua puasa dengan ada anak kecil. dulu kali pertama Luqman masih baby. baru 44 hari. ngam2 aku habis pantang kita sambut puasa. selamat sebab dia tak makan lagi dan menyusu je la kejenya. aku pun dapat puasa penuh dengan jayanya. tapi dahaga Allah sahaja yang tahu sebab menyusu badan.
sekarang dia dah setahun sebulan. tak boleh panggil baby dah. tak pelah selamanya Luqman baby ibu walaupun dah kertu nanti. hek. makan pun dah macam orang beso. macam2 dia makan dah sekarang ni walaupun badan masih slim tak berapa nak beso. slim mcm ibunya =)
Biasa sebelum pergi kerja pagi2 aku akan masak bekal dia. nak makan kat rumah mami (pengasuh) nanti. masak yang simple je. paling simple sup la. sup yg dia suka sangat buat masa ni. sup udang , sup ayam dan sup bilis . sup tu aku isi sayur skali dan lawankan dengan nasi. senang sangat kan. tak mencabar langsung lauk anak aku. heheehe. tapi bulan puasa ni mencabar skit la sebab aku tak leh rasa. itu ok lagi la korang. yang lagi mencabar bila aku asyik nak tersuap mulut sendiri je kalau suap Luqman makan. acaner tu. hahaha...
Luqman ni pulak sejenis makhluk yang makan sambil main. ambik masa lamaaaaaa nak tunggu dia makan tu. dia makan sesuap dia p main 2 minit. pastu datang kat aku makan semula. pastu main lagi. stress ibu nak oii tunggu hang nak habis makan. kadang2 aku geram aku p je depan muka dia suap banyak2. senang dan cepat habis.
Pagi tadi masak sup udang n nasi putih. masak pukul 7 pagi. mesti jiran ingat aku tak puasa . lantok. aku memang dah biasa masak bekal Luqman sebelum p kerja. bahan2 dah siapkan malam sebelum tu. pagi2 bersilat kejap je kat dapur.
nak dijadikan cerita sup dah siap masak nak rasa la . nasib la sempat teringat aku puasa..hahaha nasib sungguh la. dah la dugaan bau tumis bawang putih tu semerbak wangi. macam budak2 kan.bau mcm tu pun dah lapo. lapo la woii harini tak sempat sahur.
Balik kerja kang nak suap dia makan lagi. Biasanya aku suap dia makan sambil tengok tv. tu yang kadang2 tersasul nak suap masuk mulut sendiri tu. fokus kat tv. Baru anak sorang dah asyik nak tersuap je ke mulut sendiri. camne lah orang yang ada anak kecil ramai tu. huhuhuhu
ni bukan entry mengeluh ye kawan2. hehehee...baru terbayang camne la mak aku yg anak 8 tu bela kami time kecik2 dulu. fuhhhhh hebat la toknab. dah la kami lahir jarak tak jauh. dengan ayah aku kerja luar lagi time tu.. aku laki outstation jap pon dah nak meroyan kena jaga luqman sorang2..
ok nanti aku kongsi entry baru lagi. harap korang tak jemu baca la ye.
tata.
Ikhlas,
Ibu Luqman.
Tuesday, June 7, 2016
LAKI VS BINI
Assalammualaikum w.b.t...
Salam ramadhan 1437H. Alhamdulilah dah masuk hari ke 2 kita berpuasa hari ni.. harap sampai hujung ramadhan kita terus istiqamah dengan perkara kebaikan. amin.
Blog ni mcm diari aku. sekarang jarang update blog sebab telefon rosak. tak boleh nak transfer gambar. macam2 nak borak dan cerita. ada org baca blog ni or tak tu belakang cerita.
..........................................................
KISAH 1
Tak tau la laki org lain tapi laki aku ni memang suka pergi pasar basah . sama mcm aku juga la. tengok ikan , ayam segar n sayur dah macam satu terapi pada kami. terapi ni je la mampu milik pun hehehee...
peristiwa yang aku tak boleh lupa aku pernah kirim daun ketumbar suruh laki aku beli. dengan konfiden time nak masak ambik kononnya 'daun ketumbar' tu. tapi sekali tengok awat pelik semacam daun ketumbar. awat bau mcm ni? aku terus bau n sah DAUN SUP ...adoi la bang oii.
Bini : "salah beli ni. ni daun sup bukan ketumbar"
Laki : "sama jeeeee"
Urut dada aku dengar jawapan dia. tak rasa bersalah langsung. hahahaa
Start drpd hari tu dah ajar dia kenal mana satu daun ketumbar. Bila dah kenal daun ketumbar dia tak suka pulak sebab katanya bau macam "lipas"... -_________-
Bini : "memang bau daun tu cam tu la"
Laki : "tu bau lipas . tak sedap"
satu hal pulak nak masak tak letak daun ketumbar. tapi aku bubuh je.. bila dah masak hilang la bau "lipas" tu...heheheee
...............................................................................
KISAH 2
pesan barang dapur suruh laki beli 2 barang. memang 2 barang tu je lah dia beli...lurus betul. hahaha ... harap bab lain pun lurus lah yer.. =)
kalau kita perempuan mesti plan nak beli 2 barang tapi mesti mcm2 plak terbeli kan...aku la tu. otak fikir nak beli bawang je. dah sampai kedai nampak kentang beli juga. ternampak halia eh kat umah dah habis la halia. beli lagi. mana tak macam2 beli. heheehe
..........................................................
Pengajaranya memang fikiran lelaki dan wanita tak kan sama walau pun hari2 jumpa dan dah jadi laki bini. mungkin itulah nikmat perkahwinan walaupun kdg2 bikin hati geram hahahaha. manis, masin, masam dalam rumahtangga.
betul lah bagai dikata suami dan isteri tu saling melengkapi satu sama lain. sorry terjiwang. faktor umur.
ok lah nanti sembang lagi. tata
Ikhlas,
Bini Ismail
Monday, December 21, 2015
UMRAH
Assalammualaikum.....
lama x menulis ni terusss jadi malas nak ber blog...nak update kat fb pon malassss...entah la apa nak jadi...dah la gemuk malas pulak tu...nasib la laki aku...hahaha...banyak nak cerita sebenarnya...kan best ada org tolong taip aku bacakan aje...punyalah dasar pemalas ...
jom la merajinkan semula diri...ni cerita ahad lepas kisah MIL aku pergi umrah...Alhamdulilah dapat juga dia p umrah..Mak mertua aku pergi umrah dengan adiknya Mak Asiah...Nampak dia semangat n sihat bila dapat tau nak pergi rumah Allah...padahal sebelum ni sembahyang pon kene duduk...
Flight pkl 9.30 pg tapi pkl 4 pagi aku dah kejut laki aku suh bangun siap2 terus pergi airport. MIL aku stay kat shh alam umah Mak Asiah...senang pergi sekali ke airport...kami gerak dari Sentul...jumpa diorg di airport je...Group MIL aku adalah 20 orang yang akan pergi sekali...Diorang akan transit di Oman selama 4 jam xsilap aku sebelum teruskan perjalanan...Harap mak kuat kat sana...MIL aku ni dekat 70 dah umurnya..risau jugak sebab MIL aku n adik dia ni bukan pandai bab IT ni...sampai hari ni sepi je sampai ke belum diorg...30hb ni dah balik...harap2 semua dalam lindungan Allah hendaknya...
Kebetulan hari ahad tu jugak la kenduri rumah Pak saudara laki aku kat Shah Alam..Konon lepas balik dari hantar MIL kami nak tidur sekejap dalam sejam dua n siap2 lepas tu nak ke kenduri...Ngantuk ya amat pkl 4 pagi dah bangun...kepala pon dah toing toing.....sampai Sentul dalam pkl 10pg...
Harammmmm terlajak tido sampai dekat pukul 2ptg...kenduri air liur basi je lah kami 3 beranak....hahahaaa...Elok pulak si kenit Luqman pun join sekali...Letih apa entah si kenit tu...Lagi dasyat dia sambung tidur sampai dekat pukul 6petang...Luqman bangun nak menyusu je pastu tidur semula..bagus nakkkk senang keje ibu hang....hahahaha
jom layan gambar kami bajet comel....harap jgn muntah...=)
Left : Nabila, MIL, Kak Chik, Luqman, Tasha
Right : Qalish anak Kak Chik
yg bj merah tu satu dunia dah kenal =)
ok tataa....
Tuesday, December 1, 2015
HAPPY BIRTDAY TO ME....
birthday aku 29.11.15 hari ahad baru ni.....laki aku ni dr zaman bercinta bukan ingat tarikh2 penting ni...ke mmg laki gitu??? malas nak layan bende2 remeh gini??aku dah biasa dia lupa dari zaman bercinta lagi...birthday dia pon dia lupa inikan birthday org lain -_____- tu aku x expect apa2.....kalau dia ingat alhamdulilah...
untung bangg oii dapat sy yg jiwa kental ni...kalau pompuan lain mau amukan seminggu lupa birthday binik...heheehe....
ahad pg tu bangun mcm biasa n kami nak p jog...dalam duk turun tangga tu dia ucap birthday kat aku...wahhhh terkejut mak.... dia ingat la....ke ada org ingatkan dia ni...hahaha.....kat tangga pon tangga la bang oii janji ingat...kat tangga pon romantik apa!! hahahaha..... apalagi senyum leret2 la aku walau sekadar ucapan ...hahahaa saiko sgt....
laki aku tanya lunch nak makan apa sebuuuttt aja...wahhhh peluang baik ni hahahaha...aku pe lagi mintak nak makan suhi la....p la festival city...situ ada sakaei sushi...sampai2 mak oiii ramai nya tqh q....perut dah nari2 lapo ni....last2 tukar fikiran makan ayam penyet je la....
dapat makan je terus happy...heheheeh itulah aku...xperlu ada tiup lilin bagai pon xpe... janji laki ucap pon dah seronok....mmg dari kecik pon aku xpernah sambut birthday ni...mak ayah aku xpernah ajar...lgpon kami org susah mana mampu nak sambut birthday2 ni.....
ahad lepas genap umur aku 30 tahun....cepatnya masa berlalu....sedar2 dah tuo...hehehee...Alhamdulilah masih bernafas di muka bumi Allah ni....dah 3 series ni xdak pa sangat yg nak diraikan cukuplah rasa syukur Allah pinjamkan nyawa ni untuk berbakti pada suami,anak dan org lain.... terima kasih ats ucapan dan doa kalian semua...amin...
10hb dec birthday laki aku plak...rasa mcm nak buat2 lupa bleh??? hahahaha...
**Ikhlas, gadis 30 thn =)
Tuesday, November 17, 2015
KENANGAN UPSR
berderet tgk org up result anak UPSR kat FB...majoriti yg up tu straight A....yg diam tu paham2 la yer....tahniah pada yg dapat A penuh...Ini semua baru permulaan dik...yg mana xdpt A penuh jgn kecewa hidup harus diteruskan...jauh lagi perjalanan anda...
saja nak share kenangan UPSR aku...ingat2 lupa dah...sbelum tu nak bgtau result aku 3A 1B 1C...kahkahkah... aku bukan budak pandai n geliga...kelas pon biasa2 je...sekolah kat ceruk kg je...lgsg xde tutor tuisyen bagai...ada pon kelas tambahan dari ehsan cikgu time nak dekat exam UPSR...uhuhhuhu...aku dulu darjah 6 semua budak kelas aku perempuan...ada dua kelas je mcm tu...satu kelas lg semuaaa lelaki...kelas harapan la kononya kami ni....ehem ehemm...
bdk sekarang hebat ambik result pon mak ayah siap ambik cuti...lagi canggih mak ayah boleh check result anak guna telefon je...aku dulu kemain tgk kat papan kenyataan je...hahahaha...pergi pon ngan kawan2 je kayuh basikal p ambil result kat sekolah...balik mak tanya dapat berapa? aku jawab....mak aku jawab OK!tu sajo...hahahaaha seee sempoi kan mak aku...zaman anak aku nanti camana la agaknya yer..huhuhu....mencabar sungguh zaman sekarang...bukan saja zaman duit tapi segala-galanya mencabar mental n fizikal....
lepas dapat result aku nak isi borang masuk asrama konon xnak sekolah kat kg dah ting.1....mak aku xbagiiiiiii.....sampai nangis2 aku....last2 sampai ting.5 aku sekolah kat kg...elok je aku hidup sampai sekarang...=) dulu kawan2 aku ramai masuk asrama lepas UPSR...konon aku pon nak jadi cam diorg la...persepsi aku time tu kalau masuk asrama boleh jadi cerdik n bijak...-_____-
kenangan UPSR lain xde kot...kenangan kene denda jalan itik ada la...heheehe...oh kene rotan sebab math dapat B... dan kenangan lain adalah kenangan kene denda jerrr...nakal kan? padan muka aku...
****bagi aku didik anak zaman sekarang kene pakai psikologi...rotan dan pukul ni xberapa nak ngam dah kottt...pandangan aku je la...
ok tu je nak bebel....
tataa.......
Wednesday, October 21, 2015
WANITA BEKERJAYA vs SURI RUMAH
hmmmmm termenung n berfikir jap perlu buat ke x entry ni...isu ni sangat sensitif bagi sesetengah orang...ok jom kita borak2 pasal topik ni...kita try buka minda n berlapang dada k...ini just pandangan perbadi aku je...aku sekarang masih bekerja n makan gaji...so jom kita tgk soalan2 yg selalu di fikiran org luar terhadap kami yang bekerja ni....
1. xpercaya dengan rezeki Allah ke kalau xkerja??
kenapa aku perlu pertikaikan rezeki yg Allah bagi??...aku bekerja ni kira rezeki Allah bagi...mungkin ini jalan dan bahagian yg Allah dah aturkan untuk aku...siapa tahu kan?...kita jgn membandingkan dengan org lain...rezeki org lain2...bahagian dan ujian org pon x sama...Qada' dan Qadar...
InsyaAllah satu hari aku juga akan bergelar suri rumah sepenuh masa...bila tu xpasti...ibu mana yg xnak tgk anak membesar depan mata kan?? bekerja atau suri rumah Allah dah tentukan untuk kita semua...dua2 tanggungjawab yang besar...relak dan hadapi saja dengan hati yang gembira...hidup mesti gembira dan jangan busuk hati...itu yang penting...
2. cari duit bukan tanggungjawab suami ke??
ye mmg dlm agama pun disebut tentang hal ni...aku bekerja dengan izin laki aku sendiri...bagi aku yg duduk di KL ni setakat gaji kami laki bini dengan pendapatan yang xseberapa aku mmg kene bekerja...wlpon anak aku hanya seorang (buat masa ni) tetapi perbelanjaan dia juga agak besar...hantar umah pengasuh sahaja hampir cecah RM400 sebulan...belum kira dgn belanja yg lain2....
lagipun aku seronok sebab boleh pegang duit sendiri n belanja pakai duit aku sendiri...xperlu takut2 nak beli keperluan aku sendiri tanpa harapkan duit laki aku...gituuu..
3. xtakut anak kene dera ke duduk dgn pengasuh??
ye aku mengaku mmg hari2 kot risau....aku yakin 200% perasaan takut dan risau tu mesti ada dlm setiap ibu yg hantar anak ke pengasuh...Ibu mana yang xrisau kan? apa yg aku buat hari2 doa Allah lindungi keselamatan dan kesihatan anak aku...kita sebagai ibu bapa pulak jangan terlampau berkira dengan pengasuh...pandai2 la ambik hati mereka...mereka juga manusia yg ada hati n perasaan....mereka bukan kuli kita...
4. sebenarnya bekerja sebab apa??
sebab duit la..duit tu lah nak bantu laki aku bayar segala keperluan kami....bila aku bantu laki tu dah kira ibadah aku...aku bekerja pun dgn izin laki aku...salah ke kalau isteri mcm aku ni bekerja sebab nak bantu laki sendiri??? tetiba emo hahahaa....
5. xpenat ke lepas balik kerja uruskan hal rumahtangga pulak??
senang je jawapan aku...duk saja laaaagiiii penat hahahahaa....tipu kalau aku kata xpenat lepas balik kerja nak fikir hal rumah pulak...nak basuh baju, masak, iron baju, kemas rumah blablablabla...kerja rumah mmg xkan pernah habis...aku duk rumah cuti sabtu ahad pon dah rasa penat nak handle kerja rumah yg xpernah habis .....dok ofis boleh lagi la aku tidur waktu rehat atau lelap sat kat kerusi time bos xde....hehheehe....bab ni aku mmg salute kepada suri rumah sepenuh masa...lain la kalau ada maid...tu cite lain...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
senang cerita mcm ni lah...rezeki dan bahagian org lain2...jgn judge org yg ni yg tu xbetul dan semua org xbetul....wanita bekerja atau suri rumah dua2 tetap hebat...masing2 ada tanggungjawab....sebab tu Allah bagi kita "hak" bersalin sebab DIA tau kita as woman mampu nak hadap yg lain2...tangan yg menghayun buaian mampu menggoncang dunia...=)
oh harini aku bebel agak skema n serius plak.....ok itu saja nak bebel...
ikhlas dari wanita bekerjaya...ceeewahhh....
tata....
Subscribe to:
Posts (Atom)



