Wednesday, June 29, 2016

DENDENG DAGING RUSA

Assalammualaikum...24 Ramadhan 1437H

Tak lama lg dah nak raya . Persiapan korang mesti dah siap kan? walaupun korang tak tanya tetap aku nak gtau aku dah siap beli baju. meredah jalan TAR semalam..gigih...hahahaaa. 

Minggu lepas ada kawan laki aku jual daging rusa sekilo RM 28.00. kami pon rembat la sekilo. support kawan meniaga kekdahnya. rusa ni  org bela di Johor. memang ternak dan bela untuk buat meniaga. nak makan rusa liar pergilah memburu yer.  kalau ada org jual pon mesti mahal. mampu tgk je la.

Ni first time gak la aku masak sendiri daging rusa. search internet ramai yang buat masak kicap je. laki aku tak nak. dia kata masak kicap biasa sangat...ewahhh...dia suruh buat dendeng. amboi dia main order ingat bini dia chef gamaknya. aku kata boleh nak masak dendeng tapi sila tumbuk daging tersebut. bab tu aku paling tak suka. leceh. nak makan sedap kan. so kene tolong..itu namanya toleransi bukan mendera suami :-)

Daging rusa ni aku perasan sedikit hanyir dari daging lembu. harga sekilo lebih kurang je. aku basuh dan rendam dengan limau sekejap kasi hilang hanyir tu. Tekstur pun lain sikit dari daging lembu. tapi tekak aku ok je boleh telan =).

Jom tgk resepi dendeng daging rusa cara aku.


BAHAN-BAHAN

Daging rusa 1/2 kg

bahan A (hiris) :
bawang merah (besar) - 2biji 
halia -  2 inci
bawang putih - 4 ulas

bahan B (blend) :
bawang besar - 1 biji
halia - 2 inci
serai - 1 batang
bawang putih 3 ulas
buah keras - 1 biji
cili kering - 5-6 batang

bahan C :
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih

bahan lain:
air asam jawa
kicap manis
kicap masin
bawang goreng



CARA MEMASAK

1. Rebus daging rusa tu sampai empuk. aku potong size besar. lepas agak empuk angkat dan tos. Agak sejuk sikit kita hiris. hiris lebar tapi nipis. paham tak?

2. Lepas tu tumbuk daging yang dah dihiris nipis tu SATU PERSATU. bab ni  yang aku cakap agak leceh. aku tak suka bab ni. hahahaa...suruh laki korang tumbuk. jangan tahu nak ngappp je..

3. dah setel tumbuk semua goreng sekejap daging tu tapi jgn sampai garing sangat. goreng manja2 gituu.. setel satu bab. ketepikan dulu.

4. Kita menumis pulak. pakai je lebihan minyak goreng daging tadi. tak cukup minyak tambah la. tampor kang yg tu pun nak kene ajar. heheehe

5. Tumis bahan C. kemudian masukkan bahan A. Goreng bahan A sampai kekuningan. Resepi aku ni mmg pakai banyak bawang besar. korang nak kurangkan terpulang tapi kalau tak sedap mcm aku punya dendeng pergi cermin diri sendiri.heheehe jgn derhaka resepi. dah expert nanti baru boleh derhaka. gitttuuu...

6. Agak bahan A dah kekuningan dan semebak wangi sampai rumah jiran sebelah masukkan plak bahan B yang dah di blend. Bab ni korang kene tumis sampai pecah minyak. aku mmg pantang kalau org masak cili tak pecah minyak. perut aku sangat alllergic boleh bikin cirit woi...

7. Dah pecah minyak masukkan bahan lain kecuali bawang goreng. rasa dah cukup umpph semua baru masuk daging dan bawang goreng. apa yang kurang adjust sendiri. terpulang nak kuah kering ke basah ke lembap ke. tekak korang kan.

8. Siappppp... boleh la dihidang bersama nasi panas untuk menambat hati suami tercinta. pahala besar masak untuk suami puasa2 ni.gituuu




Ok terliur -______- 

P/S : Korang boleh ganti dengan daging lembu kalau tak makan daging rusa. pon bolehhh. Dendeng ni tahan lama .kalau korang masak lebih boleh simpan dalam peti. buat makan sahur. dah la jimat suami pun bangga dengan korang.. so raya boleh claim baju patploh pasang. = )


Selamat mencuba...Tataaa...




Thursday, June 9, 2016

CABARAN PUASA ADA ANAK KECIL

Assalammualaikum..




Tahun ni kali kedua puasa dengan ada anak kecil. dulu kali pertama  Luqman  masih baby. baru 44 hari. ngam2 aku habis pantang kita sambut puasa. selamat sebab dia tak makan lagi dan  menyusu je la kejenya. aku pun dapat puasa penuh dengan jayanya. tapi dahaga Allah sahaja yang tahu sebab menyusu badan.

sekarang dia dah setahun sebulan. tak boleh panggil baby dah. tak pelah selamanya Luqman baby ibu walaupun dah kertu nanti. hek. makan pun dah macam orang beso. macam2 dia makan dah sekarang ni walaupun badan masih slim tak berapa nak beso. slim mcm ibunya =)

Biasa sebelum pergi kerja pagi2 aku akan masak bekal dia. nak makan kat rumah mami (pengasuh) nanti. masak yang simple je. paling simple sup la. sup  yg dia suka sangat buat masa ni. sup udang , sup ayam dan sup bilis . sup tu aku isi sayur skali dan lawankan dengan nasi. senang sangat kan. tak mencabar langsung lauk anak aku. heheehe. tapi bulan puasa ni mencabar skit la sebab aku tak leh rasa. itu ok lagi la korang. yang lagi mencabar bila aku asyik nak tersuap mulut sendiri je kalau suap Luqman makan. acaner tu. hahaha...

Luqman ni pulak sejenis makhluk yang makan sambil main.  ambik masa lamaaaaaa nak tunggu dia makan tu. dia makan sesuap dia p main 2 minit. pastu datang kat aku makan semula. pastu main lagi. stress ibu nak oii tunggu hang nak habis makan. kadang2 aku geram aku p je depan muka dia suap banyak2. senang dan cepat habis.

Pagi tadi masak sup udang n nasi putih. masak pukul 7 pagi. mesti jiran ingat aku tak puasa . lantok. aku memang dah biasa masak bekal Luqman sebelum p kerja. bahan2 dah siapkan malam sebelum tu. pagi2 bersilat kejap je kat dapur.

nak dijadikan cerita sup dah siap masak nak rasa la . nasib la sempat teringat aku puasa..hahaha nasib sungguh la. dah la dugaan bau tumis bawang putih tu semerbak wangi. macam budak2 kan.bau mcm tu pun dah lapo. lapo la woii harini tak sempat sahur.

Balik kerja kang nak suap dia makan lagi. Biasanya aku  suap dia makan sambil tengok tv. tu yang kadang2 tersasul nak suap masuk mulut sendiri tu. fokus kat tv. Baru anak sorang dah asyik nak tersuap je ke mulut sendiri. camne lah orang yang ada anak kecil ramai tu. huhuhuhu


Sebulan ni bertabah la aku nak suap anak makan . tengok  dia minum air mati pun dah terliur acaner tu...dia plak kalau minum susu or air mati mcm lapo sangat siap sound effect crott crott crotttttttt..sabo je la -____-

ni bukan entry mengeluh ye kawan2. hehehee...baru terbayang camne la mak aku yg anak 8 tu bela kami time kecik2 dulu. fuhhhhh hebat la toknab. dah la kami lahir jarak tak jauh. dengan ayah aku kerja luar lagi time tu.. aku laki outstation jap pon dah nak meroyan kena jaga luqman sorang2..

ok nanti aku kongsi entry baru lagi. harap korang tak jemu baca la ye.

tata.


Ikhlas,
Ibu Luqman.

Tuesday, June 7, 2016

LAKI VS BINI

Assalammualaikum w.b.t...

Salam ramadhan 1437H. Alhamdulilah dah masuk hari ke 2 kita berpuasa hari ni.. harap sampai hujung ramadhan kita terus istiqamah dengan perkara kebaikan. amin.

Blog ni mcm diari aku. sekarang jarang update blog sebab telefon rosak. tak boleh nak transfer gambar. macam2 nak borak dan cerita. ada org baca blog ni or tak tu belakang cerita.

..........................................................
KISAH 1

Tak tau la laki org lain tapi laki aku ni memang suka pergi pasar basah . sama mcm aku juga la. tengok ikan , ayam segar n sayur dah macam satu terapi pada kami. terapi ni je la mampu milik pun hehehee...

peristiwa yang aku tak boleh lupa aku pernah kirim daun ketumbar suruh laki aku beli. dengan konfiden time nak masak ambik kononnya 'daun ketumbar' tu. tapi sekali tengok awat pelik semacam daun ketumbar. awat bau mcm ni? aku terus bau  n sah DAUN SUP ...adoi la bang oii.

Bini : "salah beli ni. ni daun sup bukan ketumbar"

Laki : "sama jeeeee"

Urut dada aku dengar jawapan dia. tak rasa bersalah langsung. hahahaa

Start drpd hari tu dah  ajar dia kenal mana satu daun ketumbar. Bila dah kenal daun ketumbar dia tak suka pulak sebab katanya bau macam "lipas"... -_________-

Bini : "memang bau daun tu cam tu la"

Laki : "tu bau lipas . tak sedap"

satu hal pulak nak masak tak letak daun ketumbar. tapi aku bubuh je.. bila dah masak hilang la bau "lipas" tu...heheheee
...............................................................................
KISAH 2

pesan barang dapur suruh laki beli 2  barang. memang 2 barang tu je lah dia beli...lurus betul. hahaha ... harap bab lain pun lurus lah yer.. =) 

kalau kita perempuan mesti plan nak beli 2 barang tapi mesti mcm2 plak terbeli kan...aku la tu. otak fikir nak beli bawang je. dah sampai kedai nampak kentang beli juga. ternampak halia eh kat umah dah habis la halia. beli lagi. mana tak macam2  beli. heheehe

..........................................................

Pengajaranya memang fikiran lelaki dan wanita tak kan sama walau pun hari2 jumpa dan dah jadi laki bini. mungkin itulah nikmat perkahwinan walaupun kdg2 bikin hati geram hahahaha.  manis, masin, masam dalam rumahtangga. 

betul lah bagai dikata suami dan isteri tu saling melengkapi satu sama lain. sorry terjiwang. faktor umur.


ok lah nanti sembang lagi. tata


Ikhlas,
Bini Ismail