Thursday, April 28, 2016

CCRIS PTPTN


Assalammualaikum...

Hutang WAJIB bayar kan? camtulah dengan PTPTN. dah kita pinjam kita bayarlah kan huhuhu. Saja nak share pengalaman kami laki bini tentang CCRIS PTPTN ni. Masalah timbul bila laki aku nak buat loan bank tak diluluskan.

kami pergi semak dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ipoh rupanya laki aku ada CCRIS sebab PTPTN.  bukan sebab jadi penjamin atau kredit kad (memang tak ada pon) dll. dah alang2 aku pun semak. ponnn samaa CCRIS PTPTN. sehati sejiwa sungguh la. hahahaa..

Kami pelik gak sebab sekarang memang kami bayar konsisten kenapa sampai kene CCRIS ni. lepas dah diterangkan oleh staf AKPK tu mereka suruh kami rujuk ke PTPTN terus. AKPK hanya boleh semak  dengan Bank Negara. So dari situ kita boleh tahu kita CCRIS sebab apa. Balik KL, kami pergi cari booth PTPTN dalam Giant Batu Caves. 

CCRIS PTPTN ni boleh kene sebab :

1) kurang bayar bulanan- sepatutnya korang kene bayar sebulan rm200 tapi hanya bayar rm100 je setiap bulan still kene CCRIS juga.

2) tunggakan awal - lepas 6 bulan habis belajar WAJIB bayar PTPTN. tapi korang bayar selepas 2 tahun habis belajar walaupun setiap bulan konsisten.


kami dinasihatkan oleh staff PTPTN untuk bayar separuh dari tunggakan yang ada untuk melayakkan kami dapat surat daripada PTPTN untuk tujuan lulus loan di bank. so bila dah bayar separuh daripada tunggakan, nama CCRIS di bank dah tak wujud. 

So fikir punya fikir laki aku gunakan KWSP Akaun 2 dia untuk buat bayaran separuh tunggakan tersebut. Sistem ujrah PTPTN dari 3% -1% juga akan berlaku bila dah setelkan separuh tunggakan tersebut.

Bagi yg ada i-akaun (KWSP Online) lagi mudah sebab staf PTPTN yang akan uruskan bagi pihak kita. Cuma isi borang yang diberi oleh staf di booth tu dan seterusnya diorg tolong uruskan. Kita cuma pergi ke KWSP bila dapat panggilan dari KWSP untuk buat pengesahan bahawa kita ada melakukan transaksi tersebut. Amaun tersebut akan terus kredit ke PTPTN dalam masa 2-3 minggu bekerja jika tiada sebarang masalah.



Menurut depa lagi penstrukturan boleh dibuat sekiranya kita tidak mampu bayar komitmen bulanan yang sepatutnya yang telah ditetapkan oleh PTPTN. tapi yang tu kene buat perbincangan lanjut dengan PTPTN. yang tu bab lain.

So itulah yang aku boleh kongsi tentang CCRIS PTPTN kami. Sehingga blog ni ditulis kami belum lagi dapat surat dari PTPTN untuk tujuan lulus loan tersebut.

Kalau ada korang yang tau cara lain boleh la kongsi kat blog ni. pada peminjam PTPTN yang dah buat loan awal huntunglah korang kan. terlepas la korang CCRIS tapi hutang tetap hutang kan. peringatan untuk diri aku jugak. Walaupun tak mampu bayar semua sekurang2 nya kita ada usaha nak bayar tiap2 bulan. jangan tak bayar langsung. itu melampau. heheehe...

ok la tata...


Ikhlas,
Peminjam PTPTN

Monday, April 11, 2016

FILEM REVIEW : THE JUNGLE BOOK



Dah setahun tak masuk panggung wayang sejak bersalin Luqman. nak bawak Luqman masuk wayang sekali memang tak la. mau kene jeling je dgn org sebelah bila anak merengek. so nak senang cerita p la tgk wayang tanpa anak dan suami. Sampai2 wayang tengok cerita ni je yang paling cepat dan takyah menunggu lama. Beli jugak la tiket walaupun tgk mcm cerita budak2 je.

Masuk wayang tgk tak ramai pun org. pergi hari bekerja mcm tu lah. duduk la kat mana yg suka. Depan aku sekumpulan budak Indonesia datang dengan cikgu depa. aku dulu sekolah tak de pulak cikgu bawak p tengok wayang...huhuhuhu...Aku tengok cerita ni di Sunway Putra Mall. First time tgk wayang kat sini sampai nak cari pintu masuk pun tersasul. 

Cerita ni pasal budak (Mowgli) yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala. Harimau kumbang yang jumpa dia  time dia kecil. so kira dia ni adik beradik dengan serigala tu la. comel gila Mowgli ni. macam muka anak hindustan. 

Separuh cerita dah rasa mcm best je cerita ni. ada lucu, sedih dan ngeri. part lucu memang aku gelak sama naik la ngan bebudak Indon tu. eh eh tak sedar jadi bebudak jugak walaupun dah kertu..huhuhuhu

part ngeri tak delah ngeri tahap infiniti. masih boleh budak2 tengok. yang tak boleh blah bila budak baris aku jerit sambil peluk mak dia. Mak dia explain kemain apa yang jadi. Budak india tu tak berani nak tgk tapi nak tgk gak. tgk sambil tutup muka je lah tapinya....heehehehe comel je..

bab sedih bila ibu serigala yang jaga Mowgli dr kecil  sayang gila dekat Mowgli ni. dia kata Mowgli tu tetap anak dia sebab dia yang besarkan dan asuh Mowgli. Part ni aku sedih tetiba teringat Luqman. tetiba emo sejak jadi mak2 ni.

 Lagi sedih bila Mowgli terpaksa tinggalkan kumpulan serigala tu utk pergi hidup dengan manusia. Mowgli tu dah memang dari kecil hidup dengan binatang camne dia nak hidup dengan manusia kan?. Mowgli terpaksa keluar dari hutan tu sebab ada seekor harimau, Shere Khan nak bunuh dia. kemain nama harimau tu kan. Harimau tu jugaklah yang bunuh ayah Mowgli dl. 

Part geli bila tang ular besar duk nak membelit n makan Mowgli.  geli gelaman sebab memang bapak besar la ular tu sama besar dengan batang pokok. nasib ada beruang nama Baloo selamatkan Mowgli. Baloo ni kelakar gila dalam cerita ni. nak tau lebih lanjut korang p lah tengok cerita ni.

Rasa tak rugi pun tengok cerita ni. 5 bintang. sesuai la mak ayah bawa anak2 p tgk cerita ni. 

Kesimpulannya, walaupun cerita ni cerita pasal seorang budak dengan binatang dalam hutan tapi banyak pengajaran. jalan cerita dah la best tak pernah pulak aku rasa bosan. 2 jam tu sekejap je.  Cerita ni khabarnya adaptasi dr novel.



Ikhlas,
Ibu Luqman

Friday, April 8, 2016

BABY E SPA, WANGSAWALK

Assalammualaikum...

Hari tu bawa Luqman pergi baby spa dekat Wangsawalk. Aku yg excited sebenarnya sebab memang dah lama teringinnnnnn sangat nak tengok dia berenang.. biasalah mak yg akan over lebih dr anak. nak pergi mandi pool entah bila tahun.

pergi hari kerja memang best la sebab takde berebut n serabut dengan orang lain. Time aku pergi baby spa ni memang Luqman sorang je yang ada. nah kau Luqman buat la spa ni macam apak kau punya. Dekat sini ada dua servis kita boleh pilih.

Swimming + Swimming Diaper RM48
Massage RM 38

Nak swimming saja pon boleh tapi sebab aku ibu yang over aku ambik semua. hahahaha..Nak datang sini pastikan baby dah kenyang n cukup tidur. xcukup tidur nanti bukan baby yang swimming tapi baby tidur je dalam kolam tu.kan dah rugi.



Mula2 sampai staff akan bagi borang dan isi la segala mak nenek maklumat diorg minta. Lepas tu baby akan dibogelkan dan dipakaikan swimming diaper yang memang dah termasuk dalam pakej. Swimming diaper ni bg mengelakkan tetiba air menjadi keruh dan bertukar color...hehehe...



Di baby spa ni ada 3 kolam. 1 kolam besar dan 2 kolam kecil. Had umur boleh mandi di baby spa ni sampai 3 tahun je. Lebih  umur p terjun pool lain. paling kecik lupa pulak tanya berapa tahun. Luqman dapat mandi kolam besar sebab takde baby lain. Mula2 letak Luqman dalam air tu dia terus terkangkang jer. nasib tak menangis melalak. good boy Luqman.


Suhu air memang diorg dah set 35C suam2 je sesuai la untuk baby. Diorg akan bagi baby swim 30 minit. memang diorg dah set masa. Sambil baby swim boleh la ibu ambil gambr n video. Staff tu akan monitor anak kita.



mula masuk terkangkang je kaki Luqman



ni baru panas enjin nak gelak2. jenuh staff tu acah2 dia bagi dia gelak.

Bila dah nampak Luqman ok diorg akan pasang ombak. bukan la ombak laut tu tapi mcm air laju tu. mula la mana2 hala anak aku berpusing. tapi Luqman tu lagi gelak galak sebab seronok. Jangan risau baby tenggelam ke apa sebab diorg akan pakaikan pelampung dekat kepala baby.



yang ni dah pakai pelampung kat pinggang pulak.. Luqman lasak sangat katanya.

Lepas setengah jam swim, diorg angkat dan lap badan Luqman. Tuala takyah bawak memang diorg dah sediakan. Lepas tu sesi mengurut pulak. amboi kemain sungguh kau nak. Ibu perati jerrr. hahahaha..





Urutan yang diorg buat ada teknik sebab aku tgk Luqman stim semacam je. hahaha... layu2 mata kene urut. Time tu aku tengok Luqman mcm nak tertidur dah. Time nak urut tu mencabar gak. kesian staf tu nak suruh Luqman baring tapi tetap la dia nak duduk n main. 



Staf tu urut belakang badan dia dl.. Lepastu bagi dia baring dan letak mainan yang gantung2 tu. baru tenang nak urut perut n badan. Sambil urut diorg sapu minyak. minyak apa tak tau la. aku pulak tak tanya. bila cium xde plak bau wangi ke apa.



amboi bagi kaki nampakkkk

Staf tu pesan Luqman akan tidur sebab penat. Lepas mandi tu pun kemain minum banyak susu. setengah jam duk dalam tu mau xlapar anak aku. 

Elok separuh jalan balik dah goal dalam kereta. Angkat masuk rumah pun xsedar. petang tu dia tidur lama gila 3 jam lebih. mata bukak tapi xlarat nak bangun letih sangat kot. tu xpe lagi. malam punnn tidur awal. 8.30pm dah goal. hahaha.... 



hai lah anak. time tido ni lah ibu rasa nak peluk cium. muka budak xde dosa



penat mengalahkan org g berperang

Ohh sebelum terlupa dekat baby spa ni ada disediakan nursing room. so tak perlu risau. untuk yang nak jadi ahli pon boleh siap ada pakej. aku tak jadi ahli pun saja je nak bg Luqman rasa. lepas ni kita pergi air terjun je la. murah sikit...hahahaha...

Jom tengok kebaikan baby spa kepada baby :

 1. Menggalakan perkembangan otak bayi
2.Meningkatkan keyakinana dan keselamatan bayi
3. Meningkatkan keselamatan dan emosi bayi
4.Mengukuhkan hubungan ibu bapa dan bayi
5.Bayi lebih tenang dan tidur lama.





tata....


Ikhlas,
Ibu Luqman


Monday, April 4, 2016

BEKAM

Assalammualaikum....

Hari ni saja nak share pasal aku p bekam jumaat lepas. dulu time anak dara pernah buat bekam ni. ada yang kata bekam ada dua jenis bekam darah n angin. yg aku pernah buat bekam darah je. bekam angin xpasti mcm mana . buang angin tau la... hehehe..

Aku buat dekat area Sri Rampai, Setapak KL. badan aku lepas pantang bersalin ni tak pernah p urut ke apa dah. spa jauh panggang dr api la. balik kg je nak book makcik urut dia ada hal. makcik urut ada masa aku pulak keluar bandar. so aku decide nak bekam je la senang.

Bekam dengan org yang sama bekam aku time anak daro dl. akak ni dulu buat kat rumah dia je bisnes bekam ni sekarang alhamdulilah rezeki dia dapat bukak kedai. 

so bekam ni sakit tak? bekam bukan untuk lelaki ke?mahal x? amboi soklan depa kemain..ok meh aku share ngan korang pengalaman aku bekam.


Bagi aku bekam tak sakit pun. mcm kene gigit semut je time dia cucuk nak kuarkan darah tu. bersalin lg sakit uollsss..bekam juga bukan untuk lelaki yer semua boleh. tempat lain aku xtau la harga camne tapi dengan akak ni 1 cup RM 10. hari tu aku buat 11 cup untuk belakang badan dia caj RM 100.


Mula2 dia suruh aku tanggalkan kesemua pakaian kecuali seluar dalam. kene pakai kain batik yang disediakan. Katil dia dekat area muka tu berlubang sebab aku kene meniarap. so senang la aku nak bernafas sebab ada lubang tu. aku kan bekam belakang badan. lepas tu aku di urut sekejap oleh kakak tu nak lancarkan pengaliran darah. 

Seeloknya p bekam waktu pagi. sebelum p berbekam jangan ambik makanan berat dan elok datang dengan perut kosong. Aku sebelum datang tu aku minum susu segelas je. buat lapik perut.

Lepas diurut sekejap, badan aku disapu minyak. Terus akak tu pamkan bersama cawan bekam kawasan spot yang ingin dibekam. aku xpasti apa fungsi dia buat mcm tu. tapi time ni dia xcucuk keluarkan darah lagi. lepas beberapa minit dia cabut cawan tu. aku panggil je cawan tak tau nama apa sebetulnya. 

pen bekam

Kali ni baru dia pakai pen bekam cucuk di kawasan nak keluarkan darah tu. Setiap kali dia nak cucuk keluarkan darah aku dapat dengar dia baca bismillah. sejuk sikit hati aku hahaha...time dia cucuk ni badan korang jangan keras kejung plak buat lek2 sudah. dapat bayang x korang? 

gambar "cawan"- ehsan google

 Lepas dia buat proses tu aku dapat rasa darah mengalir keluar. Selang beberapa minit dia datang tengok dan lap darah dengan tisu dan ganti cawan baru.

Dua kali akak tu ulang proses yg sama sampai dia rasa darah aku dah ok kot. lepas tu lap dengan air untuk bersihkan kesan2 darah. lepas tu siap! Sekejap je bekam pun xde la makan masa lama pun. dalam setengah jam je.

Akak ni bekam khas untuk wanita saja. tapi masa aku bekam ni ada gak lelaki yg datang untuk rawatan tulang belakang. tapi pakai mesin la. nampak mcm best gak yang tu. next time aku nak cuba. rawatan resdung, gurah pun akak tu ada buat.




Time aku buat bekam ni hari kerja so tak ramai orang la.lagipun katil bekam ada dua. so mana yang takut datang sorang boleh ajak kawan. yang penting perempuan. sambil bekam boleh gosip artis.hahaha

Setelah hampir setengah jam darah kotor dikeluarkan ni la hasilnya.....



ehsan google 

seram x korang??

aku bekam mcm gambar atas tu la. tu pic google. tak kan nak letak pic aku pulak. sebijik mcm pic tu. tu la kesan lepas bekam. tapi jangan risau kesan tu akan hilang. bila mandi tak pedih pun. kalau warna lebam tu pekat n hitam maksudnya darah kotor n banyak angin. kene ulang buat bekam sampai warna darah normal .

Lepas bekam memang rasa ringan gilerrr badan tapi tujuan utama bukan untuk kurus okeyhhh...hahahaha...aku bukan p sedut lemak. ada yang tanya aku p bekam untuk kurus ke? soalan apakah ini? bekam ni untuk keluarkan darah kotor bukan keluarkan lemak. darah kotor ni hasil dari pemakanan kita dll. 

So rasanya mungkin aktiviti bekam ni aku nak jadikan rutin. aku dah tanya akak tu takpe ke bekam sebulan sekali.katanya ok. aku risau pengsan or mati je. hahahaha cetek betul ilmu aku. ok korang kalau sapa2 yang area KL boleh la try p bekam kat akak ni.  

Tapi ada juga golongan yang tak boleh bekam sepeti ibu mengandung, orang tua dengan penyakit, dalam period dll. sila telefon tanya dl sebelum pergi. kang xpasal2 jadi hal lain pulak.


Selamat mencuba....


ok tata....