Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

CCRIS PTPTN


Assalammualaikum...

Hutang WAJIB bayar kan? camtulah dengan PTPTN. dah kita pinjam kita bayarlah kan huhuhu. Saja nak share pengalaman kami laki bini tentang CCRIS PTPTN ni. Masalah timbul bila laki aku nak buat loan bank tak diluluskan.

kami pergi semak dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ipoh rupanya laki aku ada CCRIS sebab PTPTN.  bukan sebab jadi penjamin atau kredit kad (memang tak ada pon) dll. dah alang2 aku pun semak. ponnn samaa CCRIS PTPTN. sehati sejiwa sungguh la. hahahaa..

Kami pelik gak sebab sekarang memang kami bayar konsisten kenapa sampai kene CCRIS ni. lepas dah diterangkan oleh staf AKPK tu mereka suruh kami rujuk ke PTPTN terus. AKPK hanya boleh semak  dengan Bank Negara. So dari situ kita boleh tahu kita CCRIS sebab apa. Balik KL, kami pergi cari booth PTPTN dalam Giant Batu Caves. 

CCRIS PTPTN ni boleh kene sebab :

1) kurang bayar bulanan- sepatutnya korang kene bayar sebulan rm200 tapi hanya bayar rm100 je setiap bulan still kene CCRIS juga.

2) tunggakan awal - lepas 6 bulan habis belajar WAJIB bayar PTPTN. tapi korang bayar selepas 2 tahun habis belajar walaupun setiap bulan konsisten.


kami dinasihatkan oleh staff PTPTN untuk bayar separuh dari tunggakan yang ada untuk melayakkan kami dapat surat daripada PTPTN untuk tujuan lulus loan di bank. so bila dah bayar separuh daripada tunggakan, nama CCRIS di bank dah tak wujud. 

So fikir punya fikir laki aku gunakan KWSP Akaun 2 dia untuk buat bayaran separuh tunggakan tersebut. Sistem ujrah PTPTN dari 3% -1% juga akan berlaku bila dah setelkan separuh tunggakan tersebut.

Bagi yg ada i-akaun (KWSP Online) lagi mudah sebab staf PTPTN yang akan uruskan bagi pihak kita. Cuma isi borang yang diberi oleh staf di booth tu dan seterusnya diorg tolong uruskan. Kita cuma pergi ke KWSP bila dapat panggilan dari KWSP untuk buat pengesahan bahawa kita ada melakukan transaksi tersebut. Amaun tersebut akan terus kredit ke PTPTN dalam masa 2-3 minggu bekerja jika tiada sebarang masalah.



Menurut depa lagi penstrukturan boleh dibuat sekiranya kita tidak mampu bayar komitmen bulanan yang sepatutnya yang telah ditetapkan oleh PTPTN. tapi yang tu kene buat perbincangan lanjut dengan PTPTN. yang tu bab lain.

So itulah yang aku boleh kongsi tentang CCRIS PTPTN kami. Sehingga blog ni ditulis kami belum lagi dapat surat dari PTPTN untuk tujuan lulus loan tersebut.

Kalau ada korang yang tau cara lain boleh la kongsi kat blog ni. pada peminjam PTPTN yang dah buat loan awal huntunglah korang kan. terlepas la korang CCRIS tapi hutang tetap hutang kan. peringatan untuk diri aku jugak. Walaupun tak mampu bayar semua sekurang2 nya kita ada usaha nak bayar tiap2 bulan. jangan tak bayar langsung. itu melampau. heheehe...

ok la tata...


Ikhlas,
Peminjam PTPTN

Tuesday, October 20, 2015

BUKA SYARIKAT DI SSM

ewahhhh tajuk kemain....heheehhee...ni saja nak cerita aku p Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nak p register company.....company enterprise saja...aku pergi SSM dekat UTC Kuala Lumpur...pergi naik LRT je n berhenti kat hentian Plaza Rakyat...UTC KL ni dulu Hentian Pudu...Alkisah nya hari Sabtu angkut sekali sikenit Luqman tu pergi SSM ni....jalan dari hentian Plaza Rakyat tu agak ngeri la sebab jalan mcm ala2 lorong tapi kiri kanan semak...boleh bayang x korang??jalan plak bunyi gedung gedang gedung gedang ....kalau malam confirm amat seram ni....





jalan atas bende alah ni la...xtau nama apa.....




konon pergi awal boleh setel cepat la...sekali sampai depan pintu masuk UTC....nah kau buka pkl 2 petang.....adehhhh...frust ya amat...




datang balik pkl 2 ptg sekali tgk yang beratur nak ambik no giliran fuhhhhhh teramat ramai umat...bkn di SSM saja tapi semua tempat....kesan tutup pagi tu la ni....dah tu xkan aku nak balik pulak kan...tunggu gak la...Luqman aku bagi abah dia handle...kat dalam aku uruskan segala bagai sampai siap.....



ramai ya amat manusia yg berurusan kat SSM...nasib kaunter laju...2kali luqman tido n bangun baru siap...fuhhh lega...akhirnya....




ni aku dah setel daftar syarikat kami...amboi syarikat mcm besar sangat bunyinya tu....kuangkuangkuang...

ni aku copy dari website SSM cara nak mendaftar syarikat ye puan2...sebelum pergi daftar boleh rujuk n baca sini dulu ...xpaham juga boleh call org SSM k... jgn call aku sudah..T______T


Permulaan Perniagaan Milik Tunggal/Perkongsian

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
Dua (2) bentuk perniagaan:
  1. Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi
Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?
1. Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
2. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM  atau melalui perkhidmatan e-Lodgement.
3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) . Rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred
(i) Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
(ii) Nama Tred – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42).  Rujuk Panduan Permohonan Nama Perniagaan.
4. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
5. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun  dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Siapa yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Salah seorang rakan kongsi

Berapa yuran yang dikenakan?
Nama tred – RM60 setahun
Nama sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Bila Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi?
1 jam dari masa bayaran

ok nanti sembang-sembang lagi ok....

tata........

Friday, October 16, 2015

REZEKI DAN DOA

aku bukan ustazah... bukan juga ilmuwan agama terulung...jauh sekali nak bagi tazkirah .....tapi ni utk peringatan diri aku juga...hari tu ada dgr rancangan tanyalah ustaz ni....pagi2 aku akan pastikan TV mmg sentiasa on dan pasang tanyalah ustaz ni...mcm2 topik bab agama yg dibincangkan...panel/penceramah pon selalu bertukar...kalut2 bersiap nak p kerja tapi telinga duk dgr rancangan ni....dah aku jahil bab agama so kene la tambah ilmu di dada ni...bgs rancangan mcm ni...kekadang dia punya ulasan n jawapan ustaz tu kene sebijik tepat batang hidung aku ....huhuhuhu

Ustaz  Abu Hassan Din ni aku cukup suka kalau dia bg ceramah...menusuk sungguh kat hati aku...detail siap dgn ayat Al-Quran n Hadis...ni ceramah tentang kehebatan DOA...ceramah dia sangat2 terkesan di hati aku...beliau ulas tentang DOA yg dimakbulkan Allah s.w.t...

Antaranya :

1. Doa org teraniaya
2. Doa org musafir
3. Doa seorang ibu


panjang lebar dia terang bab DOA ni...tapi xsempat dgr semua sebab kalut nak p kerja dah time tu...so apa kaitan doa dan rezeki pulak ni? haaaa baca quote bawah tu....


betapa hebatnya doa ibu bapa kita kan...tapi kdg2 kita terlupa dan ego bahawa tanpa doa ibu dan ayah, kita bukan siapa2 di dunia ni.....kita ingat kita berjaya n apa yg kita ada sekarang hanyalah usaha kita semata-mata....bkn ye tuan2 dan puan2....berjaya setinggi langit pon kita sekarang  itu semua dari doa mak bapak kita...ni peringatan untuk diri aku juga...

aku kalu sentuh bab mak bapak aku, cukup sensitif.... terutamanya mak...tak terbalas kot jasa2 mereka berdua....ohh xboleh tulis dah sebab dah rasa rindu kat mak...heheehe padahal br cakap ngan mak kat telefon tadi...

papepon bahagiakan lah mak bapak kita selagi mereka bernyawa....buat ayah Al-Fatihah...moga ayah tenang di sana...

saya sayang mak ayah saya...

ok tata...