Thursday, April 28, 2016

CCRIS PTPTN


Assalammualaikum...

Hutang WAJIB bayar kan? camtulah dengan PTPTN. dah kita pinjam kita bayarlah kan huhuhu. Saja nak share pengalaman kami laki bini tentang CCRIS PTPTN ni. Masalah timbul bila laki aku nak buat loan bank tak diluluskan.

kami pergi semak dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ipoh rupanya laki aku ada CCRIS sebab PTPTN.  bukan sebab jadi penjamin atau kredit kad (memang tak ada pon) dll. dah alang2 aku pun semak. ponnn samaa CCRIS PTPTN. sehati sejiwa sungguh la. hahahaa..

Kami pelik gak sebab sekarang memang kami bayar konsisten kenapa sampai kene CCRIS ni. lepas dah diterangkan oleh staf AKPK tu mereka suruh kami rujuk ke PTPTN terus. AKPK hanya boleh semak  dengan Bank Negara. So dari situ kita boleh tahu kita CCRIS sebab apa. Balik KL, kami pergi cari booth PTPTN dalam Giant Batu Caves. 

CCRIS PTPTN ni boleh kene sebab :

1) kurang bayar bulanan- sepatutnya korang kene bayar sebulan rm200 tapi hanya bayar rm100 je setiap bulan still kene CCRIS juga.

2) tunggakan awal - lepas 6 bulan habis belajar WAJIB bayar PTPTN. tapi korang bayar selepas 2 tahun habis belajar walaupun setiap bulan konsisten.


kami dinasihatkan oleh staff PTPTN untuk bayar separuh dari tunggakan yang ada untuk melayakkan kami dapat surat daripada PTPTN untuk tujuan lulus loan di bank. so bila dah bayar separuh daripada tunggakan, nama CCRIS di bank dah tak wujud. 

So fikir punya fikir laki aku gunakan KWSP Akaun 2 dia untuk buat bayaran separuh tunggakan tersebut. Sistem ujrah PTPTN dari 3% -1% juga akan berlaku bila dah setelkan separuh tunggakan tersebut.

Bagi yg ada i-akaun (KWSP Online) lagi mudah sebab staf PTPTN yang akan uruskan bagi pihak kita. Cuma isi borang yang diberi oleh staf di booth tu dan seterusnya diorg tolong uruskan. Kita cuma pergi ke KWSP bila dapat panggilan dari KWSP untuk buat pengesahan bahawa kita ada melakukan transaksi tersebut. Amaun tersebut akan terus kredit ke PTPTN dalam masa 2-3 minggu bekerja jika tiada sebarang masalah.



Menurut depa lagi penstrukturan boleh dibuat sekiranya kita tidak mampu bayar komitmen bulanan yang sepatutnya yang telah ditetapkan oleh PTPTN. tapi yang tu kene buat perbincangan lanjut dengan PTPTN. yang tu bab lain.

So itulah yang aku boleh kongsi tentang CCRIS PTPTN kami. Sehingga blog ni ditulis kami belum lagi dapat surat dari PTPTN untuk tujuan lulus loan tersebut.

Kalau ada korang yang tau cara lain boleh la kongsi kat blog ni. pada peminjam PTPTN yang dah buat loan awal huntunglah korang kan. terlepas la korang CCRIS tapi hutang tetap hutang kan. peringatan untuk diri aku jugak. Walaupun tak mampu bayar semua sekurang2 nya kita ada usaha nak bayar tiap2 bulan. jangan tak bayar langsung. itu melampau. heheehe...

ok la tata...


Ikhlas,
Peminjam PTPTN

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. so now camne? status ccris dh zero ke??

    ReplyDelete
  3. Salam,sama la ngan pengalaman sy..nk buat loan x lepas..sudah nye sy bayar lump sump ansuran untuk setahun..x tau la nama da clear ke belum ni..hurm..

    ReplyDelete
  4. Saya pun plan nak byr semua. Total rm23400. Wow. Nangis nak bayar

    ReplyDelete
  5. saya suami isteri pun kena ccris tahun 2015 hari tu..
    lepas tu terus buat ujrah dan bayar bulan2..
    Alhamdulillah 2017 habis bayar..
    Suami la masih ada 8 tahun lagi..
    semoga kita semua dipermudahkan urusan untuk membayar hutang

    ReplyDelete