Tuesday, October 20, 2015

BUKA SYARIKAT DI SSM

ewahhhh tajuk kemain....heheehhee...ni saja nak cerita aku p Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nak p register company.....company enterprise saja...aku pergi SSM dekat UTC Kuala Lumpur...pergi naik LRT je n berhenti kat hentian Plaza Rakyat...UTC KL ni dulu Hentian Pudu...Alkisah nya hari Sabtu angkut sekali sikenit Luqman tu pergi SSM ni....jalan dari hentian Plaza Rakyat tu agak ngeri la sebab jalan mcm ala2 lorong tapi kiri kanan semak...boleh bayang x korang??jalan plak bunyi gedung gedang gedung gedang ....kalau malam confirm amat seram ni....





jalan atas bende alah ni la...xtau nama apa.....




konon pergi awal boleh setel cepat la...sekali sampai depan pintu masuk UTC....nah kau buka pkl 2 petang.....adehhhh...frust ya amat...




datang balik pkl 2 ptg sekali tgk yang beratur nak ambik no giliran fuhhhhhh teramat ramai umat...bkn di SSM saja tapi semua tempat....kesan tutup pagi tu la ni....dah tu xkan aku nak balik pulak kan...tunggu gak la...Luqman aku bagi abah dia handle...kat dalam aku uruskan segala bagai sampai siap.....



ramai ya amat manusia yg berurusan kat SSM...nasib kaunter laju...2kali luqman tido n bangun baru siap...fuhhh lega...akhirnya....




ni aku dah setel daftar syarikat kami...amboi syarikat mcm besar sangat bunyinya tu....kuangkuangkuang...

ni aku copy dari website SSM cara nak mendaftar syarikat ye puan2...sebelum pergi daftar boleh rujuk n baca sini dulu ...xpaham juga boleh call org SSM k... jgn call aku sudah..T______T


Permulaan Perniagaan Milik Tunggal/Perkongsian

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
Dua (2) bentuk perniagaan:
  1. Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi
Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?
1. Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
2. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM  atau melalui perkhidmatan e-Lodgement.
3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) . Rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred
(i) Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
(ii) Nama Tred – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42).  Rujuk Panduan Permohonan Nama Perniagaan.
4. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
5. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun  dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Siapa yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Salah seorang rakan kongsi

Berapa yuran yang dikenakan?
Nama tred – RM60 setahun
Nama sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Bila Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi?
1 jam dari masa bayaran

ok nanti sembang-sembang lagi ok....

tata........

No comments:

Post a Comment