Monday, October 10, 2016

TREKKING DI TAMAN EKO RIMBA KL, HUTAN SIMPAN BUKIT NANAS

Assalammualaikum..

Ahad lepas  trekking kat Bukit Nanas. gini la duk KL dah tak tahu nak p mana..kalau duit bnyak tau je nak p mana...hahaaha..

Bukit Nanas ni unik sebab satu2 nya hutan tropika yang masih wujud di tengah bandaraya. Merupakan kawasan hutan simpanan kekal yang tertua di Negara kita. wahhh..

Nak p sini korang pakai waze je memang cepat dan tak jem. dari rumah aku dalam 15 minit je gitu. Kalau korang datang sini aku nasihatkan korang parking depan KL Tower. situ free dan ada pintu masuk ke Bukit Nanas. kami kene bayar RM6.00 untuk parking sebab tu parking tanah persendirian. Tapi jangan risau masuk bukit nanas ni FOC je. yang ni hakak sukeeee...nak free ajerr..heheheee.

Malas nak banyak bebel korang layan gambar je la okey...





 depan main gate. dua org tu geng trekking aku selamanya...*paksarela*



kat sini ada staf yang bertugas di kaunter sambut kedatangan korang. diorang akan bagi pamphlet.



sebelum trekking tulis nama dalam buku dulu ..kot2 hilang dalam hutan ke...huhuhuhu


start nak naik canopy walk dah.. nak enjoy view..


first canopy..




Luqman ni langsung tak nak org dukung dia. nak jalan sendiri. acah2 dewasa sangat..


Jangan risau laki aku dah standby kat belakang. kene terangkan kang ada yg fikir kami lepas Luqman cam tu je..orang sekarang pemikiran pelik2 je.hek


ehemm...kasi can la..



haaaaa ingat tak takut td...br ada akai nak pegang tali.


kene naik tangga nak sampai canopy ke 2..




pandangan dari atas



view KL Tower dari canopy..



Canopy ke 3.. ni kira level paling tinggi la kat sini.. seronok tgk view..tapi kalau datang ngan kawan yang suka pedajal masak la  kene jalan atas canopy ni sambil kawan lain lompat2 atas canopy.. merangkak patah balik  la jawabnya =)

 tapi sini kira masih tinggi sederhana la nak compare ngan Taman Negara Pahang. aku tgk dari mata kasar aku diorg memang maintain dan jaga canopy walk ni terutamanya dari aspek keselamatan. tak delah papan canopy atau tali yang lama, koyak, putus ke apa.. seram oii...


pada yang gayat dan seangkatan dengannya boleh la guna tangga. tapi sayang la datang sini tak naik canopy kan..




   
signage disediakan insyallah tak sesat. lagipun staff diorang rajin ronda.



CCTV pon ade. korang jangan risau diorang akan pantau dr bilik kawalan di ofis.




time ni dah habis trekking. sekejap je pon dan boleh la kalau nak  bawa budak kecil pun. ada yang aku nampak siap bawa baby lagi. hak masing2.

Habis trekking, kami singgah pejabat dulu. pejabat sama yang aku masuk tadi. Dalam tu ada info dan pameran yang boleh kita lihat dan baca. 











Dalam Bukit Nanas ni pon ada Taman Herba.. bab ni laki aku suka la tgk..dia minat bab pokok2 ni.. tapinya aku la jadi tukang baca untuk dia...baca kuat2 sebab senang ingat katanya..-_________-



macam2 nama saintifik dan pelik aku jumpa kat sini.. 


ko mampu?hahahaaa




letih baca nama pokok leh santai kat sini..



Sebelum kami balik, kami singgah KL Tower. jalan kaki je...dah alang2 tk jauh pergi je la menapak kan.



ni gate yang boleh pergi terus ke KL Tower.


KL Tower



ni depan parking KL Tower ada rumah dan kereta terbalik. kecil je. nak masuk sini kene bayar.

Dewasa- RM 15.00
Kanak2- RM 10.00

Mahal bagi aku. semua mahal kalau tanya aku ni...hahaha kede sungguh. bukan ape kecil je tempatnya dan aku rasa tak de pe sangat pun. aku tengok dr luar pon dah boleh predict ada apa di dalam tu. tapi kalau korang nak masuk silakannn no hal. poket masing2.




Pendapat aku tempat ni boleh korang bawa family trekking sama2. yang paling penting badan sihat poket pon selamat...hahahaa...bab lain aku tak nak la komen banyak2 sebab pandangan mata kasar aku ok2 je.

Ok la nak fikir next mission plak. 

Broga?Batu Caves?Gunung Datuk?Bukit Tabur? hmmm....


Bye.




















Wednesday, October 5, 2016

RESEPI JAMU KOCOK

Assalammualaikum,,,,

Harini saja nak share jamu buatan aku sendiri. resepi ni aku dapat dr FB tapi aku olah ikut sedap tekak aku..hehhee..ada yang panggil air kunyit. aku panggil jamu kocok..

Jom tengok cara buat :




Bahan-bahan :

Kunyit
Asam jawa
Manjakani
Halia
Madu *tambahan sendiri
Gula melaka (tiada dlm pic)

Sediakan dulu bahan2 mcm gambar di atas. tak kenal sila pergi google. kunyit tu pakai kunyit hidup tau. jgn korang gatal2 nak pakai kunyit serbuk pulak.. kita nak buat jamu bukan nak goreng ikan. harap maklum. sukatan pakai agak2. tapi manjakani tu jangan gatal pakai satu bgkus pulak. pakai satu biji je bagi sukatan periuk kecil.paham tak ni? tak faham sila pm tepi.



First, tumbuk kunyit dengan manjakani sampai hancur. kene tumbuk pakai lesung batu tau . jangan gatal nak pakai blender pulak. aku ketuk kepala korang dengan lesung. sila jangan pemalas sangat.



Didihkan air dalam periuk. sukatan agak-agak je. Aku pakai periuk sedang je. Periuk yg aku pakai pun periuk yg bukan kesayangan..hahahaa...kesian periuk pun aku bezakan kasih sayang ni..



Kasi air gelegak dulu lepas tu masukkan semua bahan2. senang bukan? agak2 dah sebati semua sejukkan dan tapis. masuk dalam botol dan simpan dalam peti.

   

Cara minum jamu kocok ni 3 kali seminggu. tu cara aku la. korang tak nak ikut suka hati  korang. ada yang tanya khasiat jamu ni. ehem..sila google la ye. hint dia aku bagi sikit je. untuk DALAMAN WANITA. full stop.

Pada yang nak cuba silakan tak payah nak minta izin. bukan resepi aku pun. aku olah resepi orang *jujur* Sama2 lah kita mengetatkan apa yang longgar ..gittuu hahaha ok bye.

Nota kaki: aku masih menjual madu Al-Shifa. Sebotol RM 21.00 (500g)

Monday, September 26, 2016

TREKKING DI FRIM KEPONG

Assalammualaikum wbt....

 Fuhh lama aih tak menulis..tepu dah otak. ni cerita sabtu lepas kami pergi FRIM Kepong
. Kalau sesapa duk area KL mesti pernah dengar tempat ni. ni kira kali ke 3 aku sampai sini. Time belajar, time dah habis belajar dan sabtu lepas.

Ada yang tanya ok ker bawak budak sekecil Luqman tu masuk hutan. Luqman dah 1 tahun 4 bulan. hutan?? hehehee kira hutan bandar la ni kan. mula2 laki aku mmcm tak setuju gak aku bawak Luqman sini tapi aku nak  jugak pergi. Alasan aku anak omputeh tu boleh jer!! 

Setelah berhujah yang pasti mmg aku akan menang, laki aku kata let's go! .oh laki aku cakap melayu je la tapinya...kekeekee...Fisrt thing kalau nak bawa budak sebaya Luqman ni trekking korang kene tau tempat yang kita nak bawa tu camne . maksud aku hutan tebal ke atau sekadar hutan biasa2 je. Kalau dah tau hutan tebal ada binatang buas bagai tu memang ko tak normal la tu kalau nak bawa gak ekekeke...

Alhamdulilah Luqman ni kulit dia dari baby tak sensitif. Kelebihan kulit gelap.. ekekee...Dalam masa yang sama prepare la barang2 kelengkapan dia. segala mak nenek susu n baju, napkin bagai. Alaa nak p mall barang yang sama gak korang kene bawak kan...

Lepas tu bincang siapa yang nak pikul anak. of coz laki aku la yang kene pikul. So aku pikul beg barang je.heheheee. memang kami bawa baby carrier tu tapi ada la 5 minit dia nak duduk lepas tu dah mengamuk nak turun dah. aku rasa nak bawa stroller pun ok tapi pastikan stroller korang yang heavy duty la. kang tak pasal2 balik trekking tayar stroller korang tak cukup :-)




Dah jadi mak ni beg penuh barang anak je lah. makanan anak jangan lupa pulak. mau mengamuk anak korang satu FRIM boleh dengar...hehehe..kipas tu pun aku bawak wlpun tak tau apa motif dia.. nak pukul nyamuk gamaknya hahahaa..

Kami gerak dari Sentul  pukul 8 pagi. dalam 30 minit sampai la.tak jauh pun. pakai waze lagi senang.


Depan gate FRIM. Pagi2 pun que panjang dengan kereta n bas berderet2 nak masuk. Nak parking luar pun boleh percuma je tapi aku malas nak menapak jauh.


Nak masuk sana kene bayar dulu. kami kene RM 6.35. pejam mata la sekejap sebab nak masuk gak kann...patut bagi masuk free je la...hehehee


Masuk pusing2 dulu dalam FRIM ni. lama tak datang. dapat view ni sejuk je mata memandang hijau2 pokok. segar sekejap mata aku. Dapat parking terus confident je jalan nak pergi trekking trek lama dulu tapi diorang gtau trek tu tengah renovate. nak naik canopy walkway boleh tapi kene g daftar kat guide depan nun...dengar perkataan 'nun' tu mcm jauh gayanya. malas la pulak.. so abg guard tu inform trek baru ada kat depan dan kene menapak sikit. ok dengar perkataan 'sikit' ok lah. tak kan dah datang nak balik pulak. dah bayar pulak tu. 

Ikut la satu group muda mudi ni nak pergi trekking juga. jalan 5 minit tak sampai lagi. aku berpeluh dingin dah ketiak ni.. nasib sejuk je dalam FRIM ni. laki aku dah jeling aku. aku buat rilek je lagi. jangan bagi aku nampak bersalah sangat...hahahaa






Aku suka view gini. satu perasaan damai je di hati ni.. ewahhh




Nampak simpang ni dah legaaa aku...hahahaa takut kene marah ngan laki sebab jauh no menapaknya..rupanya kat sini boleh parking kereta. dekat campsite ni. next time kita datang kita park dekat sini ye laling..kikiki



















Time ni ada geng pengakap tengah camping. kira dah nampak campsite ni korang berjaya la sampai. sampai starting point je la tapinya...belum trek sebenar lagi..






haaaa ni dia betul2 laluan trek dia. time ni ada yang dah turun dr trekking. ada yang naik basikal. ada yang jogging. berpeluh2 depa . aku? jalan je la mampu pon. tapi yang best nya trek dia sempoi je. xla kene panjat bukit bagai. kira lenggang mak enon je jalan2 sambil dengar burung n air terjun. xperlu nak rushing. bukan aku masuk pertandingan apa pun.




 Luqman pun rilek je jalan...hehehee lama gak dia jalan . dah penat baru minta dukung. awek lalu dia buat u-turn. acah2 nak ikut awek. perangai abah hang sangat.



Jumpa air berhenti sat celup2  kaki Luqman. seronok la member tu..


On the way nak turun bertembung dengan geng2 otai cina ni. ramah diorang ni ..say "good morning" la , "apa khabar" la.. ada sorang tu kaki tempang tapi respek betul aku dengan apek tu...rilek senyum je..

Dalam sejam gak la kami trekking sebab trek dia pendek je. trek yang panjang tu tengah renovate. Kira ok la kalau satu family ada anak kecil nak bawa diorg datang sini. nyamuk pun xde. 







Lepas trekking kami p cari tempat mandi. dalam FRIM ni juga. cuma kene drive ke dalam sikit. air pun xde la dalam sangat untuk budak2 ok la. mak pak budak boleh rilek makan n bercanda ria. kedai makan pun ada kalau lapar. kat tepi2 tu ada org jual buah, air dan jajan.






Mungkin next time aku nak datang lagi tapi tunggu trek tu dah siap renovate. Dalam FRIM ni pun ada org buat majlis kahwin juga. tapi kira hari minggu memamng penuh la manusia kat sini. satu je pesan aku jangan bawa kereta laju2 dalam ni. budak2 sangattt ramai. 

Mungkin pihak FRIM boleh perbaiki  dari segi aspek keselamatan.Budak2 bawah umur sangat ramai yang buat aktiviti dalam ni. cumanya pada pandangan mata kasar aku ni kurang pengawasan dari ibu bapa mahupun dari pihak FRIM sendiri. mungkin bayaran tiket masuk FRIM dah boleh upah RELA untuk kawal bila hujung minggu kan??


Ok la jumpa lagi. Sekian bebelan..


Ikhlas, 
Pencinta Alam




Wednesday, August 10, 2016

HISTERIA


Assalammmualaikum....


Korang kalau pernah duduk asrama mesti slalu dengar kes histeria ni kan. tipulah kalau xpernah terjadi kat asrama korang. dulu time mula2 masuk asrama aku ingat histeria ni  kene kat org perempuan masa time period je. rupanya tak.


Al kisah  kat asrama aku ni ada sorg budak perempuan tu boleh tahan cun la selalu je kene histeria. mula2 tu kesian tapi dah selalu sangat asyik dia je kena aku macm menyampah pulak. hahaaha. betul ke dia histeria ke buat2 histeria?  yg best nya bila dia kene histeria mesti time tu ada geng budak laki. senang cerita ada budak laki je start dah histeria dia datang. gittuuu. xkisahlah dalam dewan ke dalam surau pon kena. hmmmm aku fikir boleh tahan hantu ni rasuk time budak laki ada je. hahahah jahat imiginasi aku.


Ada sekali tu time baca yassin antara maghrib ngan isyak mata budak tu dah bulat semacam memandang satu tempat. tiba2 nah kauu suara dia garau menjerit mcm org xbetul. aku pe lagi bukak langkah nak lari la. gila kalau aku nak stay situ lagi..hahaha.. takut aku nak tolong. org kata histeria ni boleh berjangkit. entah aku pun xtau sebab aku xpernah plak kene histeria sepanjang aku duk asrama tu. bukan cakap besar setakat kene kacau ada la. aku kene angkat dr katil kawan aku ke katil kosong yang org xberani tidur. katil anak org asli. serammmm tapi tu la xramai yang tau. kawan2 rapat aku je tahu cerita ni.


Yang betul2 kene histeria aku xnafikan la mmg kesian la sebab nampak penat dan lembik badan lepas dah ok tu. ustazah siap bagi minum air tawar/ yassin nak pulihkan depa. tapi kalau asyik muka tu jerr yang kene histeria mcm kepelikan di situ. yang lawaknya ada yang buat2 histeria  tu bila ustazah kata nak  tanggal baju bagi bogel dan2 je elok plak bangun mcm xde pape berlaku. nampak sangatttt oii hahahaa.mcm2 perangai.


Kalau nak cerita pengalaman histeria ni time duk asrama tu la paling banyak aku tengok. tapi paling banyak tgk xreal la. hahaa.  sampai satu tahap bila dengar junior kene hisreria boleh aku terfikir depa nak tarik perhatian je tuu. kahkah! time duk asrama ni lah nak tarik perhatian abg angkat la, kakak angkat la pakwe angkat semua terangkat la. nyampassss hahahaa... 


Sekarang xtau la histeria ni masih ada lagi ke x di asrama. tapi selalu je berita pasal histeria ni ada kat surat khabar. dan yang selalu kene histeria budak perempuan. sesekali kalau pergi asrama aku tu kenangan paling xleh lupa aku kene angkat oleh makhluk ke katil lain dan budak aspura (lelaki) masuk bilik kitaorg (aspuri). budak laki masuk bilik lagi seram dari histeria oii.


Histeria merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh masyarakat melayu yang dirujuk sebagai penyakit yang diakibatkan oleh gangguan makhlus halus atau gangguan hantu. Dalam perubatan moden barat, histeria dikatakan sebagai satu penyakit yang berpunca daripada despresi psikologikal. Kedua-dua penafsiran terhadap perkataan histeria berkaitrapat dengan pemahaman dan budaya yang berbeza antara masyarakat melayu dan barat.

 Masyarakat Melayu sering mengaitkan histeria sebagai satu gejala yang berlaku kepada seseorang melibatkan perubahan kelakuan fizikal seperti agresif, cepat marah tanpa sebab tertentu, tindakan fizikal yang melebihi kekuatan fizikal asal, menjerit, meraung tanpa sebab yang kesemua tindakan ini merupakan tindakan luar biasa yang dilakukan akibat daripada gangguan dari kuasa luar (supernatural ghaib) keatas pesakit. Gejala ini biasanya dikaitkan berlaku di asrama sekolah, kilang-kilang, kawasan hutan lipur dimana terdapatnya tempat perkhemahan dan sebagainya.
(Sumber : google)

Ikhlas,
Ex-Aspuri