Monday, September 26, 2016

TREKKING DI FRIM KEPONG

Assalammualaikum wbt....

 Fuhh lama aih tak menulis..tepu dah otak. ni cerita sabtu lepas kami pergi FRIM Kepong
. Kalau sesapa duk area KL mesti pernah dengar tempat ni. ni kira kali ke 3 aku sampai sini. Time belajar, time dah habis belajar dan sabtu lepas.

Ada yang tanya ok ker bawak budak sekecil Luqman tu masuk hutan. Luqman dah 1 tahun 4 bulan. hutan?? hehehee kira hutan bandar la ni kan. mula2 laki aku mmcm tak setuju gak aku bawak Luqman sini tapi aku nak  jugak pergi. Alasan aku anak omputeh tu boleh jer!! 

Setelah berhujah yang pasti mmg aku akan menang, laki aku kata let's go! .oh laki aku cakap melayu je la tapinya...kekeekee...Fisrt thing kalau nak bawa budak sebaya Luqman ni trekking korang kene tau tempat yang kita nak bawa tu camne . maksud aku hutan tebal ke atau sekadar hutan biasa2 je. Kalau dah tau hutan tebal ada binatang buas bagai tu memang ko tak normal la tu kalau nak bawa gak ekekeke...

Alhamdulilah Luqman ni kulit dia dari baby tak sensitif. Kelebihan kulit gelap.. ekekee...Dalam masa yang sama prepare la barang2 kelengkapan dia. segala mak nenek susu n baju, napkin bagai. Alaa nak p mall barang yang sama gak korang kene bawak kan...

Lepas tu bincang siapa yang nak pikul anak. of coz laki aku la yang kene pikul. So aku pikul beg barang je.heheheee. memang kami bawa baby carrier tu tapi ada la 5 minit dia nak duduk lepas tu dah mengamuk nak turun dah. aku rasa nak bawa stroller pun ok tapi pastikan stroller korang yang heavy duty la. kang tak pasal2 balik trekking tayar stroller korang tak cukup :-)




Dah jadi mak ni beg penuh barang anak je lah. makanan anak jangan lupa pulak. mau mengamuk anak korang satu FRIM boleh dengar...hehehe..kipas tu pun aku bawak wlpun tak tau apa motif dia.. nak pukul nyamuk gamaknya hahahaa..

Kami gerak dari Sentul  pukul 8 pagi. dalam 30 minit sampai la.tak jauh pun. pakai waze lagi senang.


Depan gate FRIM. Pagi2 pun que panjang dengan kereta n bas berderet2 nak masuk. Nak parking luar pun boleh percuma je tapi aku malas nak menapak jauh.


Nak masuk sana kene bayar dulu. kami kene RM 6.35. pejam mata la sekejap sebab nak masuk gak kann...patut bagi masuk free je la...hehehee


Masuk pusing2 dulu dalam FRIM ni. lama tak datang. dapat view ni sejuk je mata memandang hijau2 pokok. segar sekejap mata aku. Dapat parking terus confident je jalan nak pergi trekking trek lama dulu tapi diorang gtau trek tu tengah renovate. nak naik canopy walkway boleh tapi kene g daftar kat guide depan nun...dengar perkataan 'nun' tu mcm jauh gayanya. malas la pulak.. so abg guard tu inform trek baru ada kat depan dan kene menapak sikit. ok dengar perkataan 'sikit' ok lah. tak kan dah datang nak balik pulak. dah bayar pulak tu. 

Ikut la satu group muda mudi ni nak pergi trekking juga. jalan 5 minit tak sampai lagi. aku berpeluh dingin dah ketiak ni.. nasib sejuk je dalam FRIM ni. laki aku dah jeling aku. aku buat rilek je lagi. jangan bagi aku nampak bersalah sangat...hahahaa






Aku suka view gini. satu perasaan damai je di hati ni.. ewahhh




Nampak simpang ni dah legaaa aku...hahahaa takut kene marah ngan laki sebab jauh no menapaknya..rupanya kat sini boleh parking kereta. dekat campsite ni. next time kita datang kita park dekat sini ye laling..kikiki



















Time ni ada geng pengakap tengah camping. kira dah nampak campsite ni korang berjaya la sampai. sampai starting point je la tapinya...belum trek sebenar lagi..






haaaa ni dia betul2 laluan trek dia. time ni ada yang dah turun dr trekking. ada yang naik basikal. ada yang jogging. berpeluh2 depa . aku? jalan je la mampu pon. tapi yang best nya trek dia sempoi je. xla kene panjat bukit bagai. kira lenggang mak enon je jalan2 sambil dengar burung n air terjun. xperlu nak rushing. bukan aku masuk pertandingan apa pun.




 Luqman pun rilek je jalan...hehehee lama gak dia jalan . dah penat baru minta dukung. awek lalu dia buat u-turn. acah2 nak ikut awek. perangai abah hang sangat.



Jumpa air berhenti sat celup2  kaki Luqman. seronok la member tu..


On the way nak turun bertembung dengan geng2 otai cina ni. ramah diorang ni ..say "good morning" la , "apa khabar" la.. ada sorang tu kaki tempang tapi respek betul aku dengan apek tu...rilek senyum je..

Dalam sejam gak la kami trekking sebab trek dia pendek je. trek yang panjang tu tengah renovate. Kira ok la kalau satu family ada anak kecil nak bawa diorg datang sini. nyamuk pun xde. 







Lepas trekking kami p cari tempat mandi. dalam FRIM ni juga. cuma kene drive ke dalam sikit. air pun xde la dalam sangat untuk budak2 ok la. mak pak budak boleh rilek makan n bercanda ria. kedai makan pun ada kalau lapar. kat tepi2 tu ada org jual buah, air dan jajan.






Mungkin next time aku nak datang lagi tapi tunggu trek tu dah siap renovate. Dalam FRIM ni pun ada org buat majlis kahwin juga. tapi kira hari minggu memamng penuh la manusia kat sini. satu je pesan aku jangan bawa kereta laju2 dalam ni. budak2 sangattt ramai. 

Mungkin pihak FRIM boleh perbaiki  dari segi aspek keselamatan.Budak2 bawah umur sangat ramai yang buat aktiviti dalam ni. cumanya pada pandangan mata kasar aku ni kurang pengawasan dari ibu bapa mahupun dari pihak FRIM sendiri. mungkin bayaran tiket masuk FRIM dah boleh upah RELA untuk kawal bila hujung minggu kan??


Ok la jumpa lagi. Sekian bebelan..


Ikhlas, 
Pencinta Alam




1 comment: