Harini saja nak share jamu buatan aku sendiri. resepi ni aku dapat dr FB tapi aku olah ikut sedap tekak aku..hehhee..ada yang panggil air kunyit. aku panggil jamu kocok..
Jom tengok cara buat :
Bahan-bahan :
Kunyit
Asam jawa
Manjakani
Halia
Madu *tambahan sendiri
Gula melaka (tiada dlm pic)
Sediakan dulu bahan2 mcm gambar di atas. tak kenal sila pergi google. kunyit tu pakai kunyit hidup tau. jgn korang gatal2 nak pakai kunyit serbuk pulak.. kita nak buat jamu bukan nak goreng ikan. harap maklum. sukatan pakai agak2. tapi manjakani tu jangan gatal pakai satu bgkus pulak. pakai satu biji je bagi sukatan periuk kecil.paham tak ni? tak faham sila pm tepi.
First, tumbuk kunyit dengan manjakani sampai hancur. kene tumbuk pakai lesung batu tau . jangan gatal nak pakai blender pulak. aku ketuk kepala korang dengan lesung. sila jangan pemalas sangat.
Didihkan air dalam periuk. sukatan agak-agak je. Aku pakai periuk sedang je. Periuk yg aku pakai pun periuk yg bukan kesayangan..hahahaa...kesian periuk pun aku bezakan kasih sayang ni..
Kasi air gelegak dulu lepas tu masukkan semua bahan2. senang bukan? agak2 dah sebati semua sejukkan dan tapis. masuk dalam botol dan simpan dalam peti.
Cara minum jamu kocok ni 3 kali seminggu. tu cara aku la. korang tak nak ikut suka hati korang. ada yang tanya khasiat jamu ni. ehem..sila google la ye. hint dia aku bagi sikit je. untuk DALAMAN WANITA. full stop.
Pada yang nak cuba silakan tak payah nak minta izin. bukan resepi aku pun. aku olah resepi orang *jujur* Sama2 lah kita mengetatkan apa yang longgar ..gittuu hahaha ok bye.
Nota kaki: aku masih menjual madu Al-Shifa. Sebotol RM 21.00 (500g)
No comments:
Post a Comment