Assalammualaikum...
Ni cerita sabtu lepas kami laki bini n Luqman p naik tangga Batu Caves. Nampak sangat dah tak tau nak p mana kan...aku ni mmg lagi suka masuk hutan or hiking dr p mall. p mall pun suka je tapi bila nak p makan la...heheehe...Batu caves ni memang laluan aku hari2 kalau nak p kerja. Dari dulu dah teringin nak naik tangga Batu caves ni. Dari jauh nampak sayuppp je tangga ni.
Hari nak pergi tu belah bahagi gak. Laki aku biasa la dia kata tempat India sembahyang. Tak sesuai bawa Luqman. Tapi aku cakap la kita bukan nak p buat apa pun sekadar nak panjat tangga dan nak tgk ada apa kat Batu Caves ni. Lepas ni mungkin xjejak dah sini.
Biasa naik rumah kami tingkat 4 je.xde lif. ni saja la konon nak cabar diri mampu ke idok nak naik 272 tangga pulak. lagipun rumah kami nak kesini xla jauh pun.
Yang lawaknya laki aku kata nanti org ingat dia nak p sembahyang. pulakkk dahhhh..hahahaaa.. Ala aku xkisah la org nak cakap apa kat laki aku memang dr dl org tgk dia ingat mamak atau India. Mamak ok lagi sebab Islam. India tu hmmm lantak kome la labu...
Ok lah jom layan gambar..
Sampai2 je kene bayar parking RM 2.00
Patung tu emas betul ke? kalau betul rugi xkikis skit nak p jual...hahahaa
Luqman besar nanti boleh tunjuk gambar ni kat dia. Bukti dah sampai Batu Caves ..hahahaa psyco
Tgk gambar aku kat atas tu nampak gayanya kene lebih jaga makan dan exercise. bab makan tu susah bebeno nak disiplin huhuhu...
Amboi 2 kesayangan ni laju je naik. Kat sini kalau nak ambik nyawa sekejap boleh lepak tepi mcm makcik sebelah laki aku tu.
Rupanya kat sini memang ramai pengunjung la. mcm2 bangsa ada. ada yg dari China. bukan China Malaysia ye. Batu Caves ni xsilap aku antara tempat tarikan di Malaysia. Malaysia boleh!! tetiba..
Ada sorang uncle tu bapak la tua tapi steady je naik tangga ni. siap senyum2 lagi. aku pe lagi buat2 cool je la walaupun nak kene ambik nyawa sat..Ada yang mcm ala2 jogging kat sini. ngeri pulak aku kalau bayangkan dia terjatuh...fuhhh
Untuk perkongsian, tangga kat sini agak kecil kalau nak bandingkan tangga kat rumah kami yg agak lebar. So berhati2 buka langkah ye.
Ambik nyawa jap.. alignment lutut time ni sudah mula tak tentu arah dah...hahahaa. Luqman gak untung sepanjang kat sana berdukung je...langsung xnak pijak tanah. takut kot..
haaaa view camni lah aku suka...lepak kat atas layan view ni jap. Time ni belum pukul 9pg lagi. org pun xramai sangat. Lagipun Deepavali nak dekat ni diorg dok sibuk la buat kerja2 renovation.
Memang nak masuk dark cave ni tapi buka pkl 10.30pg la pulak. takde rezeki.
Dengar khabar dalam ni lagi besar patung2 nya..
Kalau korang dah nampak pintu ni maksudnya korang dah berjaya panjat 272 tangga.. ni kira pintu utama la.. diorg tgh sibuk buat kerja2 renovation. tu yang besi merata2..
Ni view dalam gua Batu caves. Sebenarnya gua batu caves ni besar tapi aku tinjau2 gitu je la sebab time ni diorg tgh buat upacara sembahyang. Dalam gua ni pun masih ada lagi tangga yang kita boleh naik tapi xla setinggi yg kami naik tu. laki aku xbagi pergi dah. Cukuplah setakat yg kami naik. bawa Luqman kan so banyak benda la kene jaga katanya..orait kanda...
Dalam ni pun ada org jual cenderahati. Pelancong kan ramai datang sini.
Time turun aku pelik kenapa la diorg bawa naik batu kerikil ni. Ingatkan memang cara diorg nak hapus dosa. tapi semua bangsa la pulak bawa sorang satu. tak pun nak guna time sembahyang depa kat atas nu. fikir punya fikir laki aku kata dia suh org yg naik tu bawa sebab nak jimatkan bayar pekerja...hahahaa.. entah lah betul ke tidak. Aku tgk semua org yg naik bawak satu bekas.
Kami bawa badan je la naik.. dah tu ingat tu batu yg dah dibaca jampi serapah so tak berani la sentuh. kehkehkeh
Yang ni aku memang kagum sebab dia naik 272 tangga pakai lutut je. Ko mampu? Ni pun aku teka je dia nak hapuskan dosa kot. Ke salah? nak betul sila google. dah la cantik minah ni ala2 pakistan muka dia. banyak sangat dosa ko ni dik dr bawah sampai ke atas naik pakai lutut..hehehe.. ahkak mampu tengok je la..kita hormat budaya dan adat agama lain.
Dah abis turun tangga saja aku merayau sekitar Batu caves ni. dah nama pun tempat diorg sembahyang kan so jangan la nak expect lebih2 pulak. Kat bawah ni ada la org jual barang2 dan makanan.
Nak buat henna pun boleh kat sini. Tak mahal sangat pun tapi tgk corak yg kat banner tu aku dah ngeri. tapi kalau nak simple pun boleh request. Yang dok buat tu ramai pelancong asing je la aku tgk.
Bagi aku Batu Caves ni lebih kepada tempat ibadat kaum india tapi apa salahnya kalau nak cuba panjat tangga tu kan. sekali seumur hidup why not?? ahkak kalau dah semangat nak suruh korang pergi mmg terus speaking. hahahahaa
Esoknya hari ahad betis aku bengkak. lepas balik panjat tu tak rasa sangat..hambekk nak sangat panjat kan tapi ahkak sukeeee...
Ok lah next mission nak p Bukit Kiara pulak. Korang kalau ada tempat yang boleh bawa budak hiking share la ngan aku. yang penting murahhhh...hahahaa..
Ok la tata....
No comments:
Post a Comment