Assalammualaikum...
Dah lama sangat tak update blog. last update bulan 10.
tak tau la busy ke apa yang jadi malas sangat nak update.
Pejam celik dah nak habis tahun 2016
rasa macam sekejap je tahun ni.
tak tahu kenapa rasa cepat je masa berlalu sekarang
nampak sangat dah kertu
kalau nak cerita pencapaian tahun 2016 ni hmmm
tak tau nak cerita apa sangat
peningkatan berat badan tu sudah tentulah kahkah
tapi azam aku setiap tahun adalah cuba jadi yang terbaik dan org baik-baik. Insyaallah.
Tahun ni banyak bende jugak impian tak tercapai
Nak marah sapa kan?
Marah diri sendiri je la
Satu- berat badan tak mencapai BMI lagi kahkah.
Bukan tahun ni je
tiap-tiap tahun gitu laaaa
Kedua- nak abiskan thesis master yang tak habis-habis lagi
baru separuh jalan je siap
malas betol la nak membaca sekarang ni.
masa asyik mencemburui aku je. alasan sangatttt.nak seribu daya ye dok?
kagum dengan org yang beranak pinak yang sambung belajar.
aku ank sorang pun dah rasa masa mcm tak cukup je
dah tak larat nak hadap n dengar laki bebel pasal thesis ni
Insyaallah cuba habiskan dan konvo tahun 2017.
Doakan aku.
Tahun 2017 aku cuba nak jadi..
Hamba yg taat perintah Allah
Isteri yang baik walaupun selalu melawan suami
Ibu yang baik walaupun selalu marah anak time laki takde
Anak yang baik walaupun tak mampu bagi mak 10k sebulan
Staff yang baik walaupun selalu guna internet ofis layan fb, blog
Kakak yang baik walaupun garang mcm singa
tu jelah impian aku.
aku jenis org yg simple
tak nak letak impian tinggi dan tak logik
nanti jiwa merana dan sakit hati je
dan yanggg paling penting aku tak nak jadi orang yg busuk hati
tak nak dengki dengan orang lain
nak jadi orang yang sentiasa sabar dan positif je
ewahhh kemainnn.. kalau menulis nak up je kan kahkahkah...
Harap 2017 nanti perkara yang baik-baik je jadi kat aku
Untuk semua org juga
nak dengar yang happy2 je
tapi dah nama pun hidup kan?
mesti ada je yg menduga
yang penting bukan apa yang diduga
tapi cara kita handle dugaan tu ok?
Alhamdulilah aku dikelilingi keluarga yang baik
kawan yang baik2
walaupun aku bukan org yang baik2
cantiknya aturan Allah kan?
betapa DIA menegur aku dengan cara yang halus
tanpa buka aib
tanpa jatuhkan hukuman di dunia
makin berumur ni kita cari ramai kawan
bukan cari ramai musuh
tak perlu nak dengki dengan rezeki orang lain
tak perlu nak cari gaduh
rugi masa rugi tenaga
aku pun masih belajar erti syukur
syukur masih bernafas
syukur masih ada ruang taubat
syukur masih ada keluarga
syukur masih cukup makan
syukur atas segalanya
syukur pada apa yang aku ada
bukan apa yang org ada
itu nikmat sebenar syukur
makin tua ni makin emo pulak aku rasa sekarang
baca caption sedih skit kat fb
bergenang air mata
dengar ustaz ceramah terus sayu je rasa kat hati
adik aku gurau kasar dengan aku
"katanya tak lama dah la tu". bongok sangat statement tu.
ya mati itu pasti!
hati n jiwa cepat cair
tapi degil n ego masih ada heheehe
dah geng mak2 ni faham2 lah ye.
Untuk penutup 2016 ni aku menyusun 10 jari mohon maaf (dah mcm raya)
kalau ada yang terasa hati
tersentap dengan mulut laser aku
sepanjang jadi kawan aku
jadi musuh aku
anggaplah aku hanya hamba Allah yang selalu alpa.
Ok tata..
Bye 2016...
Hi 2017...
Tuesday, December 27, 2016
Saturday, October 22, 2016
PANJAT TANGGA BATU CAVES
Assalammualaikum...
Ni cerita sabtu lepas kami laki bini n Luqman p naik tangga Batu Caves. Nampak sangat dah tak tau nak p mana kan...aku ni mmg lagi suka masuk hutan or hiking dr p mall. p mall pun suka je tapi bila nak p makan la...heheehe...Batu caves ni memang laluan aku hari2 kalau nak p kerja. Dari dulu dah teringin nak naik tangga Batu caves ni. Dari jauh nampak sayuppp je tangga ni.
Hari nak pergi tu belah bahagi gak. Laki aku biasa la dia kata tempat India sembahyang. Tak sesuai bawa Luqman. Tapi aku cakap la kita bukan nak p buat apa pun sekadar nak panjat tangga dan nak tgk ada apa kat Batu Caves ni. Lepas ni mungkin xjejak dah sini.
Biasa naik rumah kami tingkat 4 je.xde lif. ni saja la konon nak cabar diri mampu ke idok nak naik 272 tangga pulak. lagipun rumah kami nak kesini xla jauh pun.
Yang lawaknya laki aku kata nanti org ingat dia nak p sembahyang. pulakkk dahhhh..hahahaaa.. Ala aku xkisah la org nak cakap apa kat laki aku memang dr dl org tgk dia ingat mamak atau India. Mamak ok lagi sebab Islam. India tu hmmm lantak kome la labu...
Ok lah jom layan gambar..
Sampai2 je kene bayar parking RM 2.00
Patung tu emas betul ke? kalau betul rugi xkikis skit nak p jual...hahahaa
Luqman besar nanti boleh tunjuk gambar ni kat dia. Bukti dah sampai Batu Caves ..hahahaa psyco
Tgk gambar aku kat atas tu nampak gayanya kene lebih jaga makan dan exercise. bab makan tu susah bebeno nak disiplin huhuhu...
Amboi 2 kesayangan ni laju je naik. Kat sini kalau nak ambik nyawa sekejap boleh lepak tepi mcm makcik sebelah laki aku tu.
Rupanya kat sini memang ramai pengunjung la. mcm2 bangsa ada. ada yg dari China. bukan China Malaysia ye. Batu Caves ni xsilap aku antara tempat tarikan di Malaysia. Malaysia boleh!! tetiba..
Ada sorang uncle tu bapak la tua tapi steady je naik tangga ni. siap senyum2 lagi. aku pe lagi buat2 cool je la walaupun nak kene ambik nyawa sat..Ada yang mcm ala2 jogging kat sini. ngeri pulak aku kalau bayangkan dia terjatuh...fuhhh
Untuk perkongsian, tangga kat sini agak kecil kalau nak bandingkan tangga kat rumah kami yg agak lebar. So berhati2 buka langkah ye.
Ambik nyawa jap.. alignment lutut time ni sudah mula tak tentu arah dah...hahahaa. Luqman gak untung sepanjang kat sana berdukung je...langsung xnak pijak tanah. takut kot..
haaaa view camni lah aku suka...lepak kat atas layan view ni jap. Time ni belum pukul 9pg lagi. org pun xramai sangat. Lagipun Deepavali nak dekat ni diorg dok sibuk la buat kerja2 renovation.
Memang nak masuk dark cave ni tapi buka pkl 10.30pg la pulak. takde rezeki.
Dengar khabar dalam ni lagi besar patung2 nya..
Kalau korang dah nampak pintu ni maksudnya korang dah berjaya panjat 272 tangga.. ni kira pintu utama la.. diorg tgh sibuk buat kerja2 renovation. tu yang besi merata2..
Ni view dalam gua Batu caves. Sebenarnya gua batu caves ni besar tapi aku tinjau2 gitu je la sebab time ni diorg tgh buat upacara sembahyang. Dalam gua ni pun masih ada lagi tangga yang kita boleh naik tapi xla setinggi yg kami naik tu. laki aku xbagi pergi dah. Cukuplah setakat yg kami naik. bawa Luqman kan so banyak benda la kene jaga katanya..orait kanda...
Dalam ni pun ada org jual cenderahati. Pelancong kan ramai datang sini.
Time turun aku pelik kenapa la diorg bawa naik batu kerikil ni. Ingatkan memang cara diorg nak hapus dosa. tapi semua bangsa la pulak bawa sorang satu. tak pun nak guna time sembahyang depa kat atas nu. fikir punya fikir laki aku kata dia suh org yg naik tu bawa sebab nak jimatkan bayar pekerja...hahahaa.. entah lah betul ke tidak. Aku tgk semua org yg naik bawak satu bekas.
Kami bawa badan je la naik.. dah tu ingat tu batu yg dah dibaca jampi serapah so tak berani la sentuh. kehkehkeh
Yang ni aku memang kagum sebab dia naik 272 tangga pakai lutut je. Ko mampu? Ni pun aku teka je dia nak hapuskan dosa kot. Ke salah? nak betul sila google. dah la cantik minah ni ala2 pakistan muka dia. banyak sangat dosa ko ni dik dr bawah sampai ke atas naik pakai lutut..hehehe.. ahkak mampu tengok je la..kita hormat budaya dan adat agama lain.
Dah abis turun tangga saja aku merayau sekitar Batu caves ni. dah nama pun tempat diorg sembahyang kan so jangan la nak expect lebih2 pulak. Kat bawah ni ada la org jual barang2 dan makanan.
Nak buat henna pun boleh kat sini. Tak mahal sangat pun tapi tgk corak yg kat banner tu aku dah ngeri. tapi kalau nak simple pun boleh request. Yang dok buat tu ramai pelancong asing je la aku tgk.
Bagi aku Batu Caves ni lebih kepada tempat ibadat kaum india tapi apa salahnya kalau nak cuba panjat tangga tu kan. sekali seumur hidup why not?? ahkak kalau dah semangat nak suruh korang pergi mmg terus speaking. hahahahaa
Esoknya hari ahad betis aku bengkak. lepas balik panjat tu tak rasa sangat..hambekk nak sangat panjat kan tapi ahkak sukeeee...
Ok lah next mission nak p Bukit Kiara pulak. Korang kalau ada tempat yang boleh bawa budak hiking share la ngan aku. yang penting murahhhh...hahahaa..
Ok la tata....
PANJAT TANGGA BATU CAVES
Assalammualaikum...
Ni cerita sabtu lepas kami laki bini n Luqman p naik tangga Batu Caves. Nampak sangat dah tak tau nak p mana kan...aku ni mmg lagi suka masuk hutan or hiking dr p mall. p mall pun suka je tapi bila nak p makan la...heheehe...Batu caves ni memang laluan aku hari2 kalau nak p kerja. Dari dulu dah teringin nak naik tangga Batu caves ni. Dari jauh nampak sayuppp je tangga ni.
Hari nak pergi tu belah bahagi gak. Laki aku biasa la dia kata tempat India sembahyang. Tak sesuai bawa Luqman. Tapi aku cakap la kita bukan nak p buat apa pun sekadar nak panjat tangga dan nak tgk ada apa kat Batu Caves ni. Lepas ni mungkin xjejak dah sini.
Biasa naik rumah kami tingkat 4 je.xde lif. ni saja la konon nak cabar diri mampu ke idok nak naik 272 tangga pulak. lagipun rumah kami nak kesini xla jauh pun.
Yang lawaknya laki aku kata nanti org ingat dia nak p sembahyang. pulakkk dahhhh..hahahaaa.. Ala aku xkisah la org nak cakap apa kat laki aku memang dr dl org tgk dia ingat mamak atau India. Mamak ok lagi sebab Islam. India tu hmmm lantak kome la labu...
Ok lah jom layan gambar..
Sampai2 je kene bayar parking RM 2.00
Patung tu emas betul ke? kalau betul rugi xkikis skit nak p jual...hahahaa
Luqman besar nanti boleh tunjuk gambar ni kat dia. Bukti dah sampai Batu Caves ..hahahaa psyco
Tgk gambar aku kat atas tu nampak gayanya kene lebih jaga makan dan exercise. bab makan tu susah bebeno nak disiplin huhuhu...
Amboi 2 kesayangan ni laju je naik. Kat sini kalau nak ambik nyawa sekejap boleh lepak tepi mcm makcik sebelah laki aku tu.
Rupanya kat sini memang ramai pengunjung la. mcm2 bangsa ada. ada yg dari China. bukan China Malaysia ye. Batu Caves ni xsilap aku antara tempat tarikan di Malaysia. Malaysia boleh!! tetiba..
Ada sorang uncle tu bapak la tua tapi steady je naik tangga ni. siap senyum2 lagi. aku pe lagi buat2 cool je la walaupun nak kene ambik nyawa sat..Ada yang mcm ala2 jogging kat sini. ngeri pulak aku kalau bayangkan dia terjatuh...fuhhh
Untuk perkongsian, tangga kat sini agak kecil kalau nak bandingkan tangga kat rumah kami yg agak lebar. So berhati2 buka langkah ye.
Ambik nyawa jap.. alignment lutut time ni sudah mula tak tentu arah dah...hahahaa. Luqman gak untung sepanjang kat sana berdukung je...langsung xnak pijak tanah. takut kot..
haaaa view camni lah aku suka...lepak kat atas layan view ni jap. Time ni belum pukul 9pg lagi. org pun xramai sangat. Lagipun Deepavali nak dekat ni diorg dok sibuk la buat kerja2 renovation.
Memang nak masuk dark cave ni tapi buka pkl 10.30pg la pulak. takde rezeki.
Dengar khabar dalam ni lagi besar patung2 nya..
Kalau korang dah nampak pintu ni maksudnya korang dah berjaya panjat 272 tangga.. ni kira pintu utama la.. diorg tgh sibuk buat kerja2 renovation. tu yang besi merata2..
Ni view dalam gua Batu caves. Sebenarnya gua batu caves ni besar tapi aku tinjau2 gitu je la seba b time ni diorg tgh buat upacara sembahyang. Dalam gua ni pun masih ada lagi tangga yang kita boleh naik tapi xla setinggi yg kami naik tu. laki aku xbagi pergi dah. Cukuplah setakat yg kami naik. bawa Luqman kan so banyak benda la kene jaga katanya..orait kanda...
Dalam ni pun ada org jual cenderahati. Pelancong kan ramai datang sini.
Time turun aku pelik kenapa la diorg bawa naik batu kerikil ni. Ingatkan memang cara diorg nak hapus dosa. tapi semua bangsa la pulak bawa sorang satu. tak pun nak guna time sembahyang depa kat atas nu. fikir punya fikir laki aku kata dia suh org yg naik tu bawa sebab nak jimatkan bayar pekerja...hahahaa.. entah lah betul ke tidak. Aku tgk semua org yg naik bawak satu bekas.
Kami bawa badan je la naik.. dah tu ingat tu batu yg dah dibaca jampi serapah so tak berani la sentuh. kehkehkeh
Yang ni aku memang kagum sebab dia naik 272 tangga pakai lutut je. Ko mampu? Ni pun aku teka je dia nak hapuskan dosa kot. Ke salah? nak betul sila google. dah la cantik minah ni ala2 pakistan muka dia. banyak sangat dosa ko ni dik dr bawah sampai ke atas naik pakai lutut..hehehe.. ahkak mampu tengok je la..kita hormat budaya dan adat agama lain.
Dah abis turun tangga saja aku merayau sekitar Batu caves ni. dah nama pun tempat diorg sembahyang kan so jangan la nak expect lebih2 pulak. Kat bawah ni ada la org jual barang2 dan makanan.
Nak buat henna pun boleh kat sini. Tak mahal sangat pun tapi tgk corak yg kat banner tu aku dah ngeri. tapi kalau nak simple pun boleh request. Yang dok buat tu ramai pelancong asing je la aku tgk.
Bagi aku Batu Caves ni lebih kepada tempat ibadat kaum india tapi apa salahnya kalau nak cuba panjat tangga tu kan. sekali seumur hidup why not?? ahkak kalau dah semangat nak suruh korang pergi mmg terus speaking. hahahahaa
Esoknya hari ahad betis aku bengkak. lepas balik panjat tu tak rasa sangat..hambekk nak sangat panjat kan tapi ahkak sukeeee...
Ok lah next mission nak p Bukit Kiara pulak. Korang kalau ada tempat yang boleh bawa budak hiking share la ngan aku. yang penting murahhhh...hahahaa..
Ok la tata....
Monday, October 10, 2016
TREKKING DI TAMAN EKO RIMBA KL, HUTAN SIMPAN BUKIT NANAS
Assalammualaikum..
Ahad lepas trekking kat Bukit Nanas. gini la duk KL dah tak tahu nak p mana..kalau duit bnyak tau je nak p mana...hahaaha..
Bukit Nanas ni unik sebab satu2 nya hutan tropika yang masih wujud di tengah bandaraya. Merupakan kawasan hutan simpanan kekal yang tertua di Negara kita. wahhh..
Nak p sini korang pakai waze je memang cepat dan tak jem. dari rumah aku dalam 15 minit je gitu. Kalau korang datang sini aku nasihatkan korang parking depan KL Tower. situ free dan ada pintu masuk ke Bukit Nanas. kami kene bayar RM6.00 untuk parking sebab tu parking tanah persendirian. Tapi jangan risau masuk bukit nanas ni FOC je. yang ni hakak sukeeee...nak free ajerr..heheheee.
Malas nak banyak bebel korang layan gambar je la okey...
depan main gate. dua org tu geng trekking aku selamanya...*paksarela*
kat sini ada staf yang bertugas di kaunter sambut kedatangan korang. diorang akan bagi pamphlet.
sebelum trekking tulis nama dalam buku dulu ..kot2 hilang dalam hutan ke...huhuhuhu
start nak naik canopy walk dah.. nak enjoy view..
first canopy..
Luqman ni langsung tak nak org dukung dia. nak jalan sendiri. acah2 dewasa sangat..
Jangan risau laki aku dah standby kat belakang. kene terangkan kang ada yg fikir kami lepas Luqman cam tu je..orang sekarang pemikiran pelik2 je.hek
ehemm...kasi can la..
haaaaa ingat tak takut td...br ada akai nak pegang tali.
kene naik tangga nak sampai canopy ke 2..
pandangan dari atas
view KL Tower dari canopy..
Canopy ke 3.. ni kira level paling tinggi la kat sini.. seronok tgk view..tapi kalau datang ngan kawan yang suka pedajal masak la kene jalan atas canopy ni sambil kawan lain lompat2 atas canopy.. merangkak patah balik la jawabnya =)
tapi sini kira masih tinggi sederhana la nak compare ngan Taman Negara Pahang. aku tgk dari mata kasar aku diorg memang maintain dan jaga canopy walk ni terutamanya dari aspek keselamatan. tak delah papan canopy atau tali yang lama, koyak, putus ke apa.. seram oii...
pada yang gayat dan seangkatan dengannya boleh la guna tangga. tapi sayang la datang sini tak naik canopy kan..
signage disediakan insyallah tak sesat. lagipun staff diorang rajin ronda.
time ni dah habis trekking. sekejap je pon dan boleh la kalau nak bawa budak kecil pun. ada yang aku nampak siap bawa baby lagi. hak masing2.
Habis trekking, kami singgah pejabat dulu. pejabat sama yang aku masuk tadi. Dalam tu ada info dan pameran yang boleh kita lihat dan baca.
Dalam Bukit Nanas ni pon ada Taman Herba.. bab ni laki aku suka la tgk..dia minat bab pokok2 ni.. tapinya aku la jadi tukang baca untuk dia...baca kuat2 sebab senang ingat katanya..-_________-
macam2 nama saintifik dan pelik aku jumpa kat sini..
ko mampu?hahahaaa
letih baca nama pokok leh santai kat sini..
Sebelum kami balik, kami singgah KL Tower. jalan kaki je...dah alang2 tk jauh pergi je la menapak kan.
ni gate yang boleh pergi terus ke KL Tower.
KL Tower
ni depan parking KL Tower ada rumah dan kereta terbalik. kecil je. nak masuk sini kene bayar.
Dewasa- RM 15.00
Kanak2- RM 10.00
Mahal bagi aku. semua mahal kalau tanya aku ni...hahaha kede sungguh. bukan ape kecil je tempatnya dan aku rasa tak de pe sangat pun. aku tengok dr luar pon dah boleh predict ada apa di dalam tu. tapi kalau korang nak masuk silakannn no hal. poket masing2.
Pendapat aku tempat ni boleh korang bawa family trekking sama2. yang paling penting badan sihat poket pon selamat...hahahaa...bab lain aku tak nak la komen banyak2 sebab pandangan mata kasar aku ok2 je.
Ok la nak fikir next mission plak.
Broga?Batu Caves?Gunung Datuk?Bukit Tabur? hmmm....
Bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)