Thursday, May 5, 2016

MELAYAN ANAK SEPERTI RAJA, TAWANAN DAN SAHABAT

Assalammualaikum...
Jumpa artikel ni di FB. tempek di sini sebagai ingatan diri sendiri. panjang tapi berbaloi di baca. terima kasih pada tuan empunya artikel.


Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-
1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.
2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.
3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.

► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)
Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-
Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.
Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.
Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.
Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.

► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. 
Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-
1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.
Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).

► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.
Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.
Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
Amin.

RESEPI : LAKSA UTARA


Assalammualaikum...

Walaupun aku lahir dan membesar di Pahang tapi aku mix utara (Mak-Perak, Ayah-Kedah). kira mix juga kan. hehehe. sebab tu tak hairan aku sukaaa laksa utara  daripada laksa pahang. rasanya sepanjang aku hidup ni baru 2 kali kot aku makan laksa pahang @ laksa gebok. tak silap aku laksa pahang ni diorg masukkan rempah sikit dan santan. aku pernah makan je buat  tak pernah.

So harini saja nak share cara buat laksa utara cara aku . setiap org ada cara masing2 kan so jangan gaduh2. Sukatan ni aku buat makan untuk 2 bungkus laksa basah.

BAHAN-BAHAN :

Ikan selayang (sardin) + Ikan kembung kecil 12 ekor
Laksa basah 2 bungkus
Cili kering blend 3 senduk - nak pedas tambah lagi
Bawang merah besar blend - 2 senduk
Asam keping
Daun kesum - 1 ikat
Bunga kantan - 2 batang
Garam
Gula



 AKSESORI LAKSA:

Timun
Bawang
Telur - rebus
Daun salom/salad
Lada kecil




1. Ikan disiang bersih. masukkan ikan dalam periuk bersama air, asam keping dan garam. Rebus sampai ikan tu masak. Sekejap je dalam 10 minit.


2. Ni rupa kejadian ikan yang direbus tadi. tapis mereka semua untuk tos air. Air rebusan tu jangan gatai p buang pulak. Kita nak guna sat lagi untuk buat kuah laksa. air tu yang penyedap kuah nanti.


3. Sementara tunggu ikan tu sejuk kita blender la bawang merah besar. setengah orang blender sekali dengan cili kering tapi aku tak.  blender asing2. tok guru aku ajar macam tu so jangan nak derhaka resepi. dah expert nanti baru boleh derhaka. :)


4. Masak bawang merah blender tu dalam periuk tapi jangan tumis. Masak tanpa minyak sampai air bawang tu kering. Bawang ni kalau  tak masak sampai air kering nanti kuah laksa tak sedap dan cepat rosak.



5. Lepas masak bawang merah tadi sampai kering air, masukkan cili kering blender. pun sama masak cili tu sampai kering air bukan sampai hangit ok. jaga api dan sesekali kacau2 la.


6. Part mengopek ikan ni paling bercinta sekali. buat ramai2 sekejap je la. nak makan sedap punya pasal buat je la. aku asingkan isi dgn tulang ikan. seekor demi seekor huhuhu. tulang ikan jangan gatai p buang. nanti ada gunanya.

7. Isi ikan yang diasingkan tadi kita blend. Isi ikan sahaja dulu.  Lepas tu blend tulang ikan. Kemudian tapis untuk ambil airnya sahaja.


8. Agak2 cili dan bawang kita dah kering air masukkan la ikan yang kita blend tadi. kalau pekat sangat tambah air. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, asam keping, garam dan gula.

9. Laksa basah tu aku celur je bila air dah mendidih. Kemudian tos air.  Siappp



Sesetengah laksa nampak berminyak sebab depa tumis cili n bawang pakai sedikit minyak. Dengan cara aku ni pun Insyaalah cili kering tu akan masak dan tak akan sakit perut. Berzaman dah aku pakai resepi ni. kalau korang tak nak guna bawang dalam kuah ponnnn boleh takde hal. masing2 punya cara kan. 

Ada juga orang masukkan ikan sardin tin dalam kuah. ponnn boleh. tapi kalau pakai ikan fresh ni lagi sedap n manis kuah kita. manis ikan.

So itu sajalah cara aku buat laksa utara dari dulu sampai la ni. xpernah berubah. Harap korang boleh mencuba. kalau sedap alhamdulilah =)

Laksa ni sedap kalau kita buat kuah dia sehari awal. lagi rasa umphh. tapi aku lepas siap terus makan sampai puas. tak makan nasi pun takpa dah..heheehe



Ikhlas,
Peminat fanatik laksa utara