ehemmm...ni tulisan pertama aku walaupun blog ni dah lamaaaa wujud since aku xkawen lg sampailah Luqman lahir...hahhaa nampak x kat situ punyelah malas nak menulis.tapi apasal nama blog Raudhah? nama aku Raudhah kah?neyyy..Raudhah ni nama salah satu syurga(tq pakcik goggle) n aku suka la nama tu..naseb blm ada anak gegurl lagi kalau takkk..abahhhh (laki aku) nak gegurl plz...hahaahaha gila meroyan.
ok lah aku xpandai nak berkata2 sgt.blog ni pon buat utk rujukan n senang nanti Luqman nak tgk gambar2 dia ke , bebelan ibu dia ke..IBU okeh! ibu ni bunyi lembut je walaupun mak dia xselembut yg disangka...menyinga je la kerjanya..ni br anak sorang..anak 2,3,4,5 eh? hahaahahaha berangan kuat.yang sorang ni pon xtau nak handle lagi..bila Luqman nangis je nak je letak balik dalm perut boleh?vavavaavaa
Muhammad Luqman Hakeem Bin Muhammad Ismail. Tu nama betoi anak aku. just call Luqman.ececeecehh sgt.kenapa bukan Hakeem? suka hati aku la nak panggil pe.intan payung ke awang ke anak aku kan...huhuhuhu..Actually...nama tu mak mertua yg kasi sebab dia kenan sgt ngan cerita tentang kebijaksanaan Luqman Hakeem ni. Cite dia sila google sendiri k..kang kata aku agung2kan anak aku sangat..macam aku sorang je yg ada anak, mcm aku sorang je yg sakit beranak blablablabla....
6/5/2015, 3.55kg ,7.23pm
Nah aku belanja pic luqman selepas lahir. Separuh mati aku teran keluarkan ini budak tapi terpaksa vacum gak akhirnya. Alhamdulilah sangat wlpon hampir 20 minit meneran keluar juga ko nak.aishh anak suka betol kau kat duk dalam no...bab vacum tu aku cite part lain.huhuhu..
Rambut lebat giler.mcm abah hang banyak bulu2..hahaaa..pipi tembun tu confirm pipi aku =)
Mengandungkan luqman ni alhamdulilah sgt sebab xpernah mabuk n muntah..xpenah ok!pening2 biasa n letih tu mmg ada la. aku drive p kerja dr sentul ke damansara sampailah perut aku ckup bulan n boyot pon steady medy je. xde alahan bagai.syukurrr sgt dipermudahkan.org kata rezeki ngandung ni lain2 kan.so untk ngandung lg xtau rezeki camana plak =). oh lupa nak gtau luqman lahir kat Hospital Selayang.lahir2 je doc kesan luqman ada tiroid.tiroid?bukan org tua je ke ada tiroid.why luqman??? why?? over hanat hahahaaa...ye lah kan anak pertama mesti nak semuanya terbaik dan excellent..pastu luqman kene tahan di NICU. Bermulalah episod baru Luqman di NICU..
ok nanti sambung lagi....
No comments:
Post a Comment