Assalammualaikum..
Ada yang tanya aku budget dan detail trip ke Sabah aritu..sebab dah ramai tanya aku share je la sementara ingatan masih kuat..heheee...aku share ni atas dasar perkongsian dan rujukan kawan-kawan yang tanya. takda niat lain. nak pergi ni pun bukan zasss terus pergi. tu kalau aku kayaaaaa...kene buat kira2 dulu pastu pecah tabung..hehehe..
Aku beli tiket pun dah lambat sebenarnya. bulan 12 baru beli sebab date nak pergi pun masih tak confirm. last2 decide pilih tarikh 4-7 Feb 2017. kalau korang nak murah booking awal. setahun awal lagiiii murah. Luqman masih bawah 2 tahun so kene caj sikit je la sebab tak ambil seat pun. yang best bawa infant ni sebab diberi priority nak masuk flight. boleh q sekali dengan hot seat..ngeh2..tak perlu nak q panjang berjela..tu yang untungnya..
Tiket dua hala ( 2 dewasa + infant) + Luggage = RM 564.74
KLIA2 - KK ~7.50AM
KK - KLIA2 ~ 3.30PM
Perjalanan ambil masa 2jam 30minit (Air Asia)
Info :
Kalau kita bawa infant(bawah umur 2tahun) tak boleh check in online tau!. kene check in kat kaunter sahaja. Tapi di KK airport boleh check in di kaunter dan kiosk.
Sebelum pergi aku dah research tempat yang aku rasa nak pergi. dekat 10 blog rasanya aku baca pasal tempat menarik sebelum pergi Sabah. bukan apa nak dapat info dan harga terbaru. pastu nak tau tempat mana yang best.
ni kali kedua aku pergi Sabah tapi dulu tu takat kat KK je. tu pun pergi sebab kerja. tak merayap mana pun. Kali ni pergi sebab betul2 nak pergi merayap Sabah terutamanya Kundasang. ni awal2 aku dah siapkan itinerary walaupun tak semua tempat tu aku pergi. perancangan tu penting ye puan2. laki pun tak delah jeling maut kalau tanya kita nak ke mana dulu. senang dah tau nak pergi mana nanti. tunjuk je kertas tu biar laki hadam sendiri hahaha...jangan risau semua tempat tu pakai waze Insyaallah sampai.
Persediaan yang aku sangat pentingkan adalah barang2 Luqman dari segi baju, ubat, makanan, susu, pampers dan segala mala barang dia. ni kali pertama dia nak naik flight. ramai yang tanya Luqman ok ke dlm flight.. haaa meh sini nak habaq mai..30 minit yang pertama sangat mencabar bagi kami berdua. fuhhh fuhhh... tak nak pakai safety belt, nak turun dr kerusi, nak jalan2 ramah mesra dengan org lain. huhuhu...sabo je lah walaupun aku dah nak hijo time tu..
kami dah set mental fizikal bila dia naik flight. aku ngan laki sama2 kene handle dia. bg tab pun 10 minit je dia nak tgk. lepas tu nan hado. so bertabah la dan minta maaf dekat penumpang sebelah. huhuhu.. so terpaksa la aku main2 dengan dia, tepuk tangan, nyanyi2 tapi slow la. orang sebelah aku tu nasib ok. rajin gak dia melayan Luqman. Girl tu tido Luqman pergi kacau plak -______- setengah jam je la dia mcm tu pastu dia tidur sampai la kat airport KK. rasa macam nak sujud syukur bila dia dah tidur tu hahaha...lagi satu memang aku sengaja pilih time flight pagi buta dengan harapan dia akn tido dalam flight. Alhamduliah menjadi strategi tu..
So pada yg first time nak bawa anak kecil tu doa dan istighfar banyak2 ye. hehehee... lain anak lain perangai depa. ada gak budak girl tu baya luqman kot baik jeee. duduk je kat riba mak dia..ada je budak belakang kami melalak non stop tapi bila dah jadi mak org ni aku faham je. mungkin diorg tak selesa sebab sakit telinga kot. kita yg tua ni pun sakit telinga bila dok dlm flight tapi kita tau cara nak handle. diorg tak faham lagi. so dlm flight siapkan air, jajan, tab segala mala yang boleh diorg behave sikit. sikit je la. hahahaaa
Jajan wajib untuk Luqman. dia suka sangat roti ni. Sebab kat Sabah takde aku bawa siap2 dr KL. Ibu mithali sangatt ni..
Dari Sentul kami minta tolong anak saudara hantarkan ke KLIA2..5pagi dah gerak ke airport.tapi kalau nak jimat boleh naik bas. tak silap aku bas seawal pukul 5.00pagi dah ada dr KL Sentral ke KLIA2. Boleh tgk kat internet jadual perjalanan bas tu. Dalam pukul 6pagi kami dah sampai RnR Nilai. Berhenti makan dulu sebab makan kat airport nanti mahal..huhuhu
Kami sampai airport KK lebih kurang pukul 11 pg.
Sampai airport KK pun tak bangun2 lagi. Aman sekejap dunia kami berdua nak mengopi. Lepak minum kejap kat Airport KK sebab dalam flight tak makan pape pun.
Lepas tu p ambil kereta terus nak ke Jeti Jesselton. dari hotel tak la jauh sangat. nak book pakej ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi tapi takde rezeki. huhuhu. Dalam kereta Luqman dah start muntah2. dia macam tak sedap badan. merengek je.susu pun tak nak. terus tukar plan check in hotel dulu. bagi dia mandi dan segarkan badan dulu. Laki aku p tapau makanan kejap. kat area sini ada je kedai makan. mamak pun ade hehehe. cumanya yang aku perati kene pandai pilih kedai. ada je yg muslim makan kat kedai cina.
First day ni kami duk Hotel Dreamtel. ambil sekali pakej sarapan. Dekat kawasan hotel kami ni banyak sangat hotel. pilih je ikut kemampuan. bagi yang backpakers pon ada. serendah RM30.00 pon boleh dapat satu malam. Majoriti yang ramai datang Sabah ni aku jumpa adalah pelancong dari China. Pergi mana2 pun jumpa je diorang.
bagi aku hotel dia ok sebab perabot, tilam, katil semua baru walaupun bilik agak sempit sikit. pic bilik lupa nak ambil.hahaa..sarapan pagi pun banyak pilihan. Lokasi pun ok sebab dekat dengan bandar. boleh jalan kaki je nak p mana2. cuma parking hotel konsep dia sapa cepat dia dapat. gituuu...depan hotel ni pun ada service bus ke airport. harga tak pasti plak . teksi pon melambak parking dekat depan hotel ni. senang cerita ok la hotel ni hehehe. Lokasi dia betul2 tepi Padang Merdeka.
Siap ada cawangan di Indonesia..
Bilik(Superior Double Room) + Sarapan = RM 220.00/malam
konon dalam pukul 4ptg nak juga pergi Pulau Manukan. satu pulau pun jadi la..tgk2 Luqman masih tak ok lagi. masih muntah..huhuhu terkubur impian mak ko nak p Pulau. mintak gak kat laki aku nak pergi gak pagi esok. last2 tak pergi jugak...hahahaha tak sampai hati tgk luqman mcm tu. sapu minyak angin kot2 perut dia masuk angin ke apa. gelabah beruk kami berdua sebab ingat dia food poisining. yang pelik susu pun dia tak nak. paling tak boleh lupa siap beli susu flavor baru kat dia. konon dia dah tak lalu dah susu yang dia minum sekarang..kahkah.. pengalaman sungguh la sebab dia tak pernah mcm tu.. kalau ingat balik gelabah beruk tu sengih je sorang2..
Petang tu sebab tak jadi p pulau kami pusing2 Tanjung Aru. seronok je layan view, bunyi ombak, bunyi flight di samping hati yg meruntun kecewa sebab tak dapat p Pulau...huhuhu...
Kat sini kan cepat gelap so dalam pukul 6 petang dah boleh tgk sunset. ramai gak pelancong lepak sini. siap buat BBQ lagi.
Lepas layan Tanjung Aru kami p layan view dekat atas bukit plak. Bukit ni pun dekat je dengan hotel kami. sebelah Padang Merdeka tu ada simpang ikut je naik sampai atas. tepi jalan nak naik bukit tu ada kedai makan. boleh lepak minum sambil layan view bandar KK. ramai yang parking kereta tepi jalan sebab nak tengok sunset. tapi aku layan view dalam kereta je sudahhh...malas nak turun sebab Luqman tido atas riba. hati kecewa siapa tau..nak luah kat laki tak berani. mau seguni kene bebel nanti. tengok sunset pun nampak Manukan je...hahaaa
Lepas tu balik hotel siap2 nak p makan malam pulak. Perancangan asal nak p makan seafood kat Filipino Market. Sekali laki aku cakap cr kedai lain dan TENANG. amboi dia punya permintaan tu rasa nak gigit kerusi je. macam la aku ni org situ. tau je kedai mana yang ok dan sedap dan TENANG. laki aku rasa serabut kat Filipino Market tu. katanya kalau berdua ok la. sebab Luqman ada tak boleh bawa situ. nak makan pun tak tenang nanti.baik kanda..
Lagipun laki aku dah pernah p makan hampir semua kedai kat situ. dia kata tak kena tekak dia cara masakan kedai situ. banyak kedai dah dia cuba makan tapi takleh gak telan. laki aku kan anak raja -______- kalau ikan basuh tak bersih, tak masak betul2, bau hanyir sikit memang tolak tepi la. ikan mahal n fresh camne pun terus tak lalu makan. Last2 kami makan kat satu kedai kat mana pun aku tak tau. yang pasti tak jauh dari Tune Hotel. ramai gak orang makan kat kedai tu.
Sayap ayam ni memang win. sedap bak hang... tak makan dengan sos pun sedap gila dah. sos tu aku tak suka sangat. tekak aku la. yang penting ayam tu. tak kering dan tak keras. juicy je. mula2 laki aku eksyen sebab katanya ala kepak ayam kat KL pon ade. aku tapau makan kat bilik dia pulak sibuk nak mintak sebab dah rasa baru tau sedap. tu la orang berlagak memang selalu rugi hahahaa. harga pun tak la mahal sangat. 1 kepak tu RM 1.70. kalau korang p Sabah WAJIB makan tau.
First day kami di Sabah agak terkilan sebab aku tak dapat p Pulau yang memang aku nak sangatttt p. Pulau Manukan dan Pulau Sapi. tapi sebab fikirkan anak lupakan saja semua itu. mungkin ada hikmah. positif je la nak buat apa lagi kan. tak kan nak menangis bucu katil lak. mau kene tempeleng ngan laki aku. anak tak sihat pun gigih gak nak pergi pulau. Insyaallah mungkin ada rezeki p Sabah lagi lepas ni... berbulu je laki dengar bila aku cakap gitu..hahahaha..
Tengok pic google sambil ber huhuhuhu ....
Day 2 insyaallah rajin skit aku update lagi ok!..
Kundasang mu tunggu aku datang...gituuu...
No comments:
Post a Comment