Thursday, March 9, 2017

TRIP SABAH 4H 3M : DAY 4

Last day ni memang dah plan nak borong barang je kiriman kawan2 ofis dan untuk diri sendiri.. Lepas breakfast terus merayau jalan kaki ke Pekan KK ni. Kedai pertama nak tuju adalah kedai mutiara. nama kedai JAMILAH JEWELLERIES. kami cari kedai ni guna waze je. 

Sapa yang minat pearl tu boleh hilang akal kejap datang kedai ni. hilang akal sebab cantik. aku suka tengok je la. tak minat nak beli hehe. macam2 harga ada dari murah sampai harga telan ayaq liuq hahahaa...pearl pun macam2 kualiti dan jenis. laki aku sempat la beli satu gelang untuk mak dia. aku tunggu luar je. nampak sangat tak minat kat situ..aku minat tang makanan je =)



Kedai depa ni besaq bukan gelang je rantai semua ada. gtau je nak set ka, nak beli satu2 ka. semuaaa ada..tapi yang ni je sempat tangkap gambar..heheheee..





Dah habis pusing pekan balik hotel semula. dah tak larat jalan sebab cuaca panas. hahaha mengada sangat kan. tengahari rembang merayau jalan kaki mau tak peluh ketiak aku. Luqman pun panass kan? Sementara laki aku p jumpa kawan dia, aku dah siap mendobi baju semua. Kemas2 barang tunggu nak check out je.



Dalam pukul 11pg check out hotel sebab terus nak terjah Filipino Market nak shoppingggg...aku sukaaaa...


Sotong kering

Sila minta diskaun serendah mungkin okeyyy...kalau ada kawan Sabah sila bawa bersama..dapat harga lagi murahhh





Baju biru tu la kawan laki aku. orang Sabah baaah.. nasib ada dia dapat la murah banyak. Faham2 la kalau org luar yang datang beli cakap plak keyel memang harga mahal la. Baju merah tu owner kedai. kawan dia gak. Kat situ aku tunjuk je barang pe aku nak. Bab harga kawan laki aku yang kawtim...Baik sangat kawan laki aku ni siap hantar sampai ke airport. Terima kasih En Bait. =)


Macam2 ada pilih dan sedia duit je. aku memang suka shopping barang mcm ni..kene dengan hati ahkak tau =)



hasil tangkapan di Filipino Market..


Kuih cincin



Amplang ikan dan udang



Baju merah ni bukan beli kat Filipino Market ye heheehe... Lepas beli semua barang kiriman kami singgah makan dulu then terus ke airport. Flight kami 3.30 ptg.

Maka tamatlah sudah percutian di Sabah. back to reality kene p kerja kene masak hari2...hahaaha...

Pada yang bertanya total harga semua nah aku senaraikan kat bawah tapi ni ikut bajet kami sepanjang di Sabah ni. Harap membantu pada korang yang merancang nak bercuti ke Sabah. Memang puas hati pergi ke Sabah terutamanya Kundasang. ada rezeki nak datang lagi dan duduk lama skit di Kundasang. Bang mail sila take note dan hadam =)


Anggaran Kos Untuk 4 Hari 3 Malam (2 Orang)
Tiket Flight  – RM600 

Pengangkutan(FOC) + minyak – RM200

Penginapan – RM600

Entry Fee yang pergi (Details kat bawah) – RM23
Makan Minum – RM300+-
Lain-lain/ Shopping – RM300+-

** Kereta tu korang boleh sewa dengan harga RM100/day. Kene rajin survey. Alhamdulilah rezeki Luqman kami tak perlu bayar sewa kereta sepanjang 4 hari kat Sabah. jimat banyak =)

TOTAL KOS UNTUK 2 ORANG: RM2023



Entry Fee Details: (2 orang dewasa)

Fish Spa Kg. Luanti +Camera Fee – RM10 +RM3
Desa Dairy Farm – RM10
Tea Garden - FOC


Entry fee yang kami tak pergi :
Kinabalu Park – RM3 (boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali)
Park Museum – RM2
Canopy Walk at Poring Hot Springs – RM3
Kundasang War Memorial – RM2
Rumah terbalik – RM10.60
Taman Laut – RM3
Pakej Pulau Details: Pulau Manukan & Pulai Sapi
Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Entry pulau: RM3

P/s : Harga mungkin akan berubah....

Okay tata...



Friday, February 24, 2017

TRIP SABAH 4H 3M : DAY 3

 Alhamdulilah bangun pukul 6 pagi dapat tengok view ni dari bilik. dapat gak tengok walaupun petang semalam hujan. laki aku dah sound katanya mesti tak dapat tengok sebab petang semalam hujan. dengki lerr tu! Sini pukul 6pagi pun dah macam pukul 7pagi kat tempat kita. kalau tengok betul2 macam tak percaya yang tu Gunung Kinabalu depan mata aku ni. Subhanallah


view dari bilik kami =)




Tak puas hati aku pergi turun ke tempat yang diorang sediakan untuk layan view Gunung Kinabalu ni. lagi rasa kagum. seronok sebab ada geng walaupun tak kenal tapi dengan harapan yang sama. ewahhh. bangun pagi nak tengok Gunung Kinabalu depan mata. laki aku masih buat air liur basi kat bilik. Lama aku kat sini sebab masih tak percaya dapat tengok depan mata. entah bila lagi nak datang sini kan? *hint kat laki* jakun dan aku berpisah tiada time ni.. bertabah la bang mail =)




Maaf la banyak aku tepek pic ni sebab sukeeeee...hahahahaa...





Gigih kan menunggu ? 





Dah mula nak berkabus dah waktu  ni. dalam pukul 7pagi.





Fokus pada awan belakang tu. dah mula berkabus sangat time ni dalam pukul 9pagi. cuaca pun cantik je. nampak je macam panas tapi sejuk berangin je.







Budak bertuah ni tak nak langsung tangkap gambar kat sini =(




Gunung Kinabalu 9.30 pagi. Langsung dah tak nampak huhuhu


Lepas dah puas tengok view Gunung Kinabalu tu kami pergi breakfast. Makan pagi  ni dah masuk dalam pakej bilik sekali. Menu ni aku pilih time makan malam. macam2 menu korang boleh pilh. Western , melayu style semua ada tapi korang boleh pilih satu menu je la. air macam biasa free flow. 



Laki - Keoteow
Bini - Mee Kicap

Setel check out dan ambil deposit semua terus gerak ke Desa Dairy Farm. Dari hotel kami lebih kurang 5km je. Time aku pergi ni hari sekolah so tak ramai sangat la yang datang. tapi dalam tak ramai tu penuh juga parking kat sini. 


Tiket masuk :

2 orang dewasa : RM 10.00
Luqman : FOC

Luas sangat kawasan sini. tapi korang akan jadi ralit tengok view kat sini. cuaca macam biasa la dingin dan sejuk. tapi tak sesejuk kat hotel kami.







 Kalau nak tengok proses memerah susu pada waktu petang je. dari pukul 3ptg. Kami tak tunggu pun sebab nak p tempat lain pulak.




Macam biasa la aku chocolate pilihan hati. Beli satu share berdua laki bini. Sini macam2 susu ada. sedia duit semua setel..



Nak ke kandang lembu kene turun ke bawah sikit. tempat yang aku pergi ni khas untuk kita bagi makan kat kambing dan lembu yang ada. tak banyak la lembu pun. nak yang lembu banyak kene menapak ke depan lagi. tu betul2 untuk kandang lembu sahaja.








Kat tempat ni kita boleh beli rumput dan susu bagi makan semua lembu dan kambing. tak la banyak sangat binatang tapi yang best tu bila suap makanan kat  diorang kemain  lagi bersungguh makan. lapo betul agaknya.

Rumput : RM 1.00 seikat
Susu : RM 1.50 sebotol




 Amboi Luqman suka nau dia tu..Dia gelakkan kambing berebut makan rumput tu. Abah dia pon sama naik gelak -______- Kambing tu tanduk baru hangpa tau!
 Eh eh datang plak lagi sekor. 2 kali beli rumput tak cukup2 gak diorang makan. hehehe. 




Tu dia sampai terteleng kambing ni nak makan rumput.


So apa yang best kat sini? view dia...hahahaa... cuaca dia pon syiokk... macam kat New Zealand dah. ecehhh acah2 macam pernah pergi NZ je kahkah ..Lembu kat sini pun bukan lembu baka biasa. Rumput yang ada kat sini pun special kot ditanam khas untuk lembu ni makan. Hebat tak aku mengkaji? hahaha

So jangan muntah sebab pic selepas ni di tempat yang sama dan orang yang sama k =)

Konsep dia pic layan view =)










Time ni Luqman dah start mengamuk sebab daripada dia dok main pasir kat tanah aku angkat dukung. Budak besar dia mana la tau lagi nak hargai view gini kan. Ibu dia yg over nau nau. bertabah lah Luqman.=)



Kasi can abah plak ngan Luqman. Member baik sangat ni -______-






Tempat wajib bergambar kalau datang Desa Dairy Farm. 

Puas meronda dan lepak dalam ni kami nak gerak ke Sabah Tea Ranau plak. korang pakai waze je mesti jumpa punya. perjalanan dalam sejam gak la nak sampai sini. lebih kurang gitu la estimate time dia. ingat2 lupa dah aku. nak selamat isi minyak kereta penuh2. =)


Yang paling best kat sini masuk FOC =). aku sukeeee hahahaa




Korang sampai sini WAJIB beli tau kopi tenom ni. memang sedap!. 




Selain kedai ni korang boleh lepak kat restoran  sambil layan view ladang teh ni. teh tarik dia bapak sedap. sedap sampai laki aku minum bagi habis =( bagus sangat bang mail. minum sedap sampai tak ingat bini. aku plak order tea o. agak kelat skit tapi habis je segelas.


tak payah pergi cameron dah orang sini. sama je view dia. pokok teh.








Hasil tangkapan di sabah tea. bang mail kata dah boleh buka kedai kopi hipster di KL. deep sangat tu ..*perlisebabbiniborongbanyak*


Lepas tu kami ke Fish Spa Massage. sebelah je ladang teh ni. yang ni kene bayar la ye puan2.

Tiket masuk 2 orang dewasa : RM 10.00
Kamera : RM 3.00

Makanan ikan : 1 packet RM0.20. max boleh beli 5 packet je.

 Kat sini akan diberi masa nak ber spa dengan ikan2. ikan kat sini bapak la besar. sampai takut aku nak sua kaki. air kat sini color hijau. nak mandi dengan ikan pun boleh tapi harga lain. korang tak boleh dok sini sehari konon nak dibelai oleh ikan2 tu k. jangan mimpi. habis masa yang diberi ada staff akan tempik pakai pembesar suara. nombor korang akan dipanggil menandakan masa dah habis. staff diorang pun akan meronda kawasan tu. aku tak ingat berapa lama  boleh ada kat situ tapi belum habis masa kami dah chow dulu..






Lepas tu kami balik ke KK semula. sampai KK pon dah malam. time ni kami walk in je kat hotel di KK. tempah dalam fon je. yang hotel ni memang aku tak recommend langsung. bang mail la degil gatai nak walk in je. kalau aku tahu begini mahu dr KL dah aku booking. huhuhu. sebaris dengan hotel yang first day kami duduk juga.

Lepas check in hotel p makan malam. badan letih ya amat sangat. ingat nak tapau je makan kat bilik. last makan pon pagi kat Kinabalu Pine je. dalam kereta pun makan merapu je. jenis aku bangsa perut nak nasi atau makanan berat gak. setakat roti tu mana mau kenyang woii..




Nasib sedap gak tapi makan tak habis. tapau balik  konon nak makan kat bilik. tak larat dah nak ratah sebab perut dah full. Nama restoran ni Saji. Kawan bang mail yang recommend. harga aku tak tau sebab bang mail yang bayar =)

Balik bilik mandi solat semua terus aku tidur dengan Luqman. bang mail keluar jumpa kawan dia. aku tak sedar pape dah.punya la penattt tapi hati ada puas dan seronokkk..yippiiii


Nanti rajin skit aku habiskan Day 4 plak k =)