Assalammualaikum...
Tahun baru 2017 aritu balik Ipoh dan plan nak bercuti di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut. Kalau dari Ipoh dalam 2 jam sampai la. Asalnya tempah 2 bilik tapi last minit kami berempat je pergi. Aku, laki aku, mak mertua dan Luqman je. takpelah lagipun bukan lama pun. pergi 2 hari 1 malam je.
Aku tempah melalui website swiss garden terus. lebih murah compare dengan agoda pagoda tu heehehe. aku ambik jenis bilik deluxe garden view plus breakfast. setakat kami 3 dewasa dan luqman just nice je bilik tu. masih ada tempat solat dan boleh bergerak . cuma aku tambahkan extra bed plus breakfat untuk mak mertua aku.
Deluxe garden view + breakfast (2 dewasa) = RM 242.59
Extra bed + breakfast (1 dewasa) = RM 70.00 + RM 20.00 = RM 90.00
Total = RM 332.59
Tips : aku nasihatkan kalau nak tambah breakfast tambah time korang nak check in. lebih murah. kalau tak depa caj RM 40.00 per dewasa.
ID bilik dia ok la sejuk mata aku memandang. yang penting bilik bersih.
jakun tangkap pic nak masuk blog
kat luar bilik ada balkoni. kalau ambil bilik sea view lagi cantik. buka sliding door nampak view laut. pastu malam2 seram sorang2 hahahaa...
Tips : kalau nak upgrade bilik time check in tu boleh request. tambah RM60.00
Kat sini aku suka tgk landskap depa. bagi aku cantik sesuai la ngan level resort tu.
ni view dr level bilik aku.bilik aku bilik hujung so takyah nak upgrade bilik dapat gak tgk laut kahkah.. tapi kene kaluar bilik la kalau nak tgk view ni. cantik kan?sejuk mata n hati.
port fevret aku.suka dengar air mengalir. tenang jap jiwa
Sauna
Jacuzzi
Yang tak best sebab bercampur lelaki dan perempuan. huhuhu...baik aku berendam dalam tab mandi kat bilik aku. =)
Tapi masa aku pergi ni takde orang pon berendam. tapi risau gak tgh dok syok berendam tetiba masuk lelaki omputeh. takkan la aku nak berdua je ngan dia. mau kene parang ngan laki aku. hahahaa
masuk gym laki dok sengih2 kat aku..ye bang nanti saya exercise k. janji! kehkeh
bilik karaoke
Petang lepas Asar br turun pool. kawasan pool dia besar siap ada kerusi rehat bagai. view pon cantik sebab dah nak senja dah time ni.. seronok sebab tak ramai orang sangat. mandi la sampai kejung pon takde org marah. tapi Luqman mandi sekejap je sebab sejuk. br lepas hujan.
laki aku pulun t shirt dan seluar katak dia je. kehkehkeh
Lepas maghrib kami keluar cari makan malam. Tapi kalau aku sorang keluar time tu mau patah balik. hahaha. aku dah nak tapau siang tu siap2 makan dalam bilik je laki aku tak nak. katanya nak kuar cari makan luar. lantok dia. drive siang ok lagi la walaupun sunyi nampak pokok2 je. ni malam dah la gelap gelita. seram aku. nak keluar dr resort pon sunyi je .
Konon nak p makan kat area teluk batik sebab pernah makan kat satu kedai tu. sedap dan harga pon ok. buka waze tapi mak mertua aku kata tak nak jauh2. dia tak larat nak duk lama dalam kereta. so on the way ke teluk batik tu nampak kedai ni belah kanan. tawakal je la berhenti makan. sekali tgk menu bapak la murah. tu pakej 5 orang makan.berbaloi sangat..murah gila kan?
Harga :
Nasi & Lauk = RM 50.00
Air buah 1 Jug = RM 10.00
Total = RM 60.00
V
V
V
V
V
HARI KE-2
Breakfast kat resort ok ok je la. tak la banyak sangat menu. menu basic. nasi lemak, bubur nasi dan menu omputeh. aku kan tekak omputeh tak layan la nasi lemak bagai tu hahahaaa..
ruang makan. tak ramai umat manusia. seronok sebab tak perlu q.
Lepas breakfast terus turun ke pantai.tak la panas sangat pergi pagi2 kan. aku kan puteri lilin panas sikit tak boleh. =) mak mertua aku tak larat dah nak menapak ke pantai. dia nak rehat dalam bilik je. kat sini kalau bawa org tua mmg kesian sikit la kat depa. tempat ni luas dan banyak tangga.
Kat sini memang private beach kiranya org yg menginap kat sini je boleh attach ngan pantai depa. tu aku suka. takdelah berpusu manusia melepak tepi pantai. tapi time ni mmg org dah habis cuti yang dtg sini omputeh je ramai. kami je yang tak berapa nak putih. tanya guard situ dr awal dec tak putus-putus org datang sampai habis cuti sekolah dan tahun baru.
Ada gak aktiviti pantai kat sini boleh buat. nak p pulau pangkor pon depa ada pakej. tapi aku just nak santai je kat sini. lagipun duk sekejap sangat.buat penat badan je kalau p pangkor.
boleh tanya kat kaunter ni tentang aktiviti yang disediakan resort. sedia duit je.
ni staf resort yang uruskan aktiviti pantai. ATV, banana boat mcm2 la ade.
Tapi kami main aktiviti santai je. memanah. sebelum main diajar cara dan teknik yang betul. si Luqman tu menyibuk je nak main anak panah. jangan risau anak panah dia tak tajam pun. ringan mcm fiber kot. tapi selamat la anak kecil dok main.
Harga :
RM 16.00/ 30 minit.
Main 30 minit tu pun abis lenguh tangan dah. nasib tak ambil sejam. berlagak konon tak cukup 30 minit tu. hahaaha..ni pun main bergilir dengan laki aku. sakit tangan n dada oii. terus terbayang macam mane la org pergi berperang tu. naik kuda pastu memanah lagi. fuhhh dasyat sungguh.
next naik kuda pulak. ajak Luqman naik sekali.sepatutnya kene pakai helmet gak tapi dia rimas terus tak nak pakai. naik kuda ni dr tempat aku naik sampai hujung pantai dan patah balik. dia bawa la lalu tepi pantai. nasib kuda ni ok je risau gak la tetiba buat perangai mau aku terjerit mcm perempuan tak betul kat tepi pantai tu. ada staff resort akan lead kuda tu. selamat sikit la.
Harga :
Dewasa =RM 40.00
Dewasa + Kanak2 = RM 50.00
Sebelum balik Ipoh sempat singgah Teluk Senangin. dalam 7km je dr resort. sini pon banyak chalet dan homestay. sesuai sangat nak berkelah ramai2. pantai dia sama mcm pantai resort. next time boleh try sini plak.
bye bye peacock. jenuh tunggu hang tak kembang2 pon. merajuk laki lari ka apa tak tau la. jinak sangat tapi kesian takda kawan. sorang2 je.
Bagi aku ok la tempat ni sebab aku nak santai2 je abiskan cuti..Tapi ada 2 benda yang aku nampak resort ni boleh tambah baik :
1. Toilet takde batang paip oi...jenis air pancut kat pungkoq tu..bahaahaa...omputeh sgt. jenuh aku nak basuh berak anak aku.
2.sejadah tu simpan la siap2 dalam laci/almari. tak perlu nak kol baru hantar. tu pun hantar lepas mak mertua aku siap sembahyang dah. tunggu punya la lama.
ok bye.tata