Assalammmualaikum....
Korang kalau pernah duduk asrama mesti slalu dengar kes histeria ni kan. tipulah kalau xpernah terjadi kat asrama korang. dulu time mula2 masuk asrama aku ingat histeria ni kene kat org perempuan masa time period je. rupanya tak.
Al kisah kat asrama aku ni ada sorg budak perempuan tu boleh tahan cun la selalu je kene histeria. mula2 tu kesian tapi dah selalu sangat asyik dia je kena aku macm menyampah pulak. hahaaha. betul ke dia histeria ke buat2 histeria? yg best nya bila dia kene histeria mesti time tu ada geng budak laki. senang cerita ada budak laki je start dah histeria dia datang. gittuuu. xkisahlah dalam dewan ke dalam surau pon kena. hmmmm aku fikir boleh tahan hantu ni rasuk time budak laki ada je. hahahah jahat imiginasi aku.
Ada sekali tu time baca yassin antara maghrib ngan isyak mata budak tu dah bulat semacam memandang satu tempat. tiba2 nah kauu suara dia garau menjerit mcm org xbetul. aku pe lagi bukak langkah nak lari la. gila kalau aku nak stay situ lagi..hahaha.. takut aku nak tolong. org kata histeria ni boleh berjangkit. entah aku pun xtau sebab aku xpernah plak kene histeria sepanjang aku duk asrama tu. bukan cakap besar setakat kene kacau ada la. aku kene angkat dr katil kawan aku ke katil kosong yang org xberani tidur. katil anak org asli. serammmm tapi tu la xramai yang tau. kawan2 rapat aku je tahu cerita ni.
Yang betul2 kene histeria aku xnafikan la mmg kesian la sebab nampak penat dan lembik badan lepas dah ok tu. ustazah siap bagi minum air tawar/ yassin nak pulihkan depa. tapi kalau asyik muka tu jerr yang kene histeria mcm kepelikan di situ. yang lawaknya ada yang buat2 histeria tu bila ustazah kata nak tanggal baju bagi bogel dan2 je elok plak bangun mcm xde pape berlaku. nampak sangatttt oii hahahaa.mcm2 perangai.
Kalau nak cerita pengalaman histeria ni time duk asrama tu la paling banyak aku tengok. tapi paling banyak tgk xreal la. hahaa. sampai satu tahap bila dengar junior kene hisreria boleh aku terfikir depa nak tarik perhatian je tuu. kahkah! time duk asrama ni lah nak tarik perhatian abg angkat la, kakak angkat la pakwe angkat semua terangkat la. nyampassss hahahaa...
Sekarang xtau la histeria ni masih ada lagi ke x di asrama. tapi selalu je berita pasal histeria ni ada kat surat khabar. dan yang selalu kene histeria budak perempuan. sesekali kalau pergi asrama aku tu kenangan paling xleh lupa aku kene angkat oleh makhluk ke katil lain dan budak aspura (lelaki) masuk bilik kitaorg (aspuri). budak laki masuk bilik lagi seram dari histeria oii.
Histeria merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh masyarakat melayu yang dirujuk sebagai penyakit yang diakibatkan oleh gangguan makhlus halus atau gangguan hantu. Dalam perubatan moden barat, histeria dikatakan sebagai satu penyakit yang berpunca daripada despresi psikologikal. Kedua-dua penafsiran terhadap perkataan histeria berkaitrapat dengan pemahaman dan budaya yang berbeza antara masyarakat melayu dan barat.
Masyarakat Melayu sering mengaitkan histeria sebagai satu gejala yang berlaku kepada seseorang melibatkan perubahan kelakuan fizikal seperti agresif, cepat marah tanpa sebab tertentu, tindakan fizikal yang melebihi kekuatan fizikal asal, menjerit, meraung tanpa sebab yang kesemua tindakan ini merupakan tindakan luar biasa yang dilakukan akibat daripada gangguan dari kuasa luar (supernatural ghaib) keatas pesakit. Gejala ini biasanya dikaitkan berlaku di asrama sekolah, kilang-kilang, kawasan hutan lipur dimana terdapatnya tempat perkhemahan dan sebagainya.
(Sumber : google)
Ikhlas,
Ex-Aspuri
Ikhlas,
Ex-Aspuri